web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuasa Warna Dalam Kehidupan, Satukan Kisah Peribadi Dengan Ekspresi Visual

Nuances daripada Jotun dicipta untuk meraikan kehalusan warna, sambil menonjolkan aksen berani yang menghidupkan ruang

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2025 5:51PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Warna bukan sekadar elemen hiasan. Ia adalah alat komunikasi halus, namun berkuasa, yang menyatukan kisah peribadi dengan ekspresi visual. 

Dalam kehidupan seharian, warna membentuk suasana, membangkitkan kenangan dan mencerminkan siapa kita, sama ada melalui ruang kediaman, pakaian atau karya seni. 

Dari kelembutan warna pastel yang menenangkan jiwa, hinggalah kepada warna-warna terang yang membangkitkan semangat, kuasa warna mampu mengubah bukan sahaja ruang, tetapi juga pengalaman hidup kita secara keseluruhan.

Memahami bagaimana warna mampu membangkitkan perasaan dan kenangan, koleksi warna terbaharu Nuances daripada Jotun dicipta untuk meraikan kehalusan warna, sambil menonjolkan aksen berani yang menghidupkan ruang. 

Menggabungkan rona yang menggema landskap, seni bina dan tekstur yang membentuk latar kehidupan rakyat Malaysia, palet ini membantu orang ramai menemui semula apa yang terasa akrab dan segar dalam ingatan.

Nuansa kehidupan seharian, perkara yang mungkin kelihatan kecil akhirnya akan memberi impak yang besar di penghujung hari. Warna-warna untuk koleksi ini adalah rona lembut yang menghiasi jalanan dan langit kita, masing-masing menangkap intipati suasana rumah di Malaysia.

Jotun 1117 Peach Sky, contohnya, mengingatkan pada cahaya senja yang lembut di jalanan Melaka, manakala Jotun 0470 Avocado Green membangkitkan imej bidai lama di rumah-rumah kedai. Ini bukanlah sekadar warna, ia adalah perasaan, kenangan, dan hubungan yang dihidupkan di dinding rumah kita.

Mewujudkan Ruang Yang Penuh Jiwa 

Selama beberapa dekad, Jotun telah meneroka bagaimana reka bentuk warna boleh mencerminkan identiti, sama ada secara individu mahupun budaya. 

Pendekatan mereka adalah unik namun sangat peribadi. Mereka menawarkan palet warna yang bukan sahaja melengkapi ruang dalaman, tetapi juga menceritakan kisah yang bermakna. 

Dengan Nuances, ia mengenai pemahaman bahawa walaupun warna-warna terang memberikan impak visual yang paling ketara, perubahan lembut juga mampu mengubah suasana. 

Melalui koleksi ini, Jotun berhasrat menggalakkan rakyat Malaysia untuk membayangkan semula kisah mereka dalam kediaman sendiri.

“Warna bukan sekadar estetika, ia adalah hubungan dengan persekitaran dan sejarah kita. Koleksi NUANCES direka untuk mencerminkan detik-detik kecil yang sering diabaikan, kenangan rapuh, pemandangan yang biasa dan keselesaan yang membentuk kehidupan seharian kita,” ulas Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Warna Jotun untuk Malaysia dan Singapura, Lisa Abdullah.

Idea menggunakan warna sebagai alat naratif kini semakin jelas, terutamanya apabila lebih ramai pemilik rumah mencari cara untuk ‘menghidupkan’ ruang kediaman sebagai ekspresi identiti yang transformatif. 

Kesedaran kini ialah bahawa perubahan ini tidak memerlukan transformasi besar, tetapi lebih kepada langkah mudah dan penuh pertimbangan dalam memilih rona yang selari dengan latar belakang, akar budaya, bahkan tradisi keluarga yang hampir dilupakan.

Dari Rumah Ke Rak Pakaian

Walaupun warna-warna Jotun menghidupkan warisan dalam kediaman, falsafah yang sama turut meresap ke ruang kreatif lain. 

Sempena pelancaran koleksi Nuances, jenama cat ini telah menjalinkan kerjasama unik dengan jenama streetwear tempatan, Pestle & Mortar Clothing (PMC) bagi meneroka bagaimana warna dan budaya boleh diekspresikan melalui seni yang boleh digayakan.

Koleksi kapsul PMC menggunakan streetwear sebagai kanvas untuk mentafsir semula ikonografi tempatan, daripada rumah kampung hinggalah ke corak gasing, menghubungkan generasi melalui fesyen. 

Ia menjadi bukti bahawa penceritaan, sama ada di dinding mahupun pada baju-T, boleh memelihara warisan dengan cara yang terasa semula jadi dan segar.

Jika anda sedang merancang untuk memberi ‘roh’ kepada kediaman, warna-warna terbaharu Jotun ini mungkin mampu merealisasikan impian anda. 

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi Nuances, anda boleh ikuti pautan ini, https://www.jotun.com/my-en/decorative/interior/colours/colourcards/new-jotun-colour-chart dan lihat sendiri warna pilihan anda. - Getaran, 6 Mei 2025

Foto : Jotun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN