Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hidup Kini Lebih Mudah Dengan LG RENT-UP

LG tawar kemudahan sewa beli, beri peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki pelbagai peralatan rumah teknologi terkini

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 8:10AM

gambar LG

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ramai di antara kita yang terpaksa berjimat demi kelangsungan hidup. Antara peralatan elektrik yang sering ditangguhkan apabila ingin berbelanja adalah pembelian alatan elektronik seperti mesin basuh, pengering pakaian, pendingin hawa dan penulen air.

Maklumlah harganya bukan murah, menelan ratusan malahan ribuan ringgit. Menyedari kekangan ini, LG Electronics (M) Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan pelancaran LG Rent-Up, yang juga perkhidmatan penyewaan peralatan rumah yang komprehensif di Malaysia. 

Program penyewaan inovatif itu menawarkan fleksibiliti dan mampu milik kepada rakyat Malaysia untuk memiliki dan meningkatkan  kehidupan mereka dengan  peralatan rumah pintar terkini daripada LG.

Ini bermakna, pengguna tidak perlu lagi mengeluarkan kos pendahuluan yang tinggi untuk membeli peralatan rumah dan peralatan yang usang juga boleh diketepikan. 

Program terbaharu daripada LG ini bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk meningkatkan ruang kediaman mereka dengan mudah sambil mengekalkan kestabilan kewangan. 

Di bawah program ini, sembilan rangkaian produk LG  tersedia untuk disewa beli. Ia  termasuklah penulen air, penulen udara, pendingin hawa, mesin basuh, peti sejuk, skrin televisyen dan pelbagai peralatan lagi. 

Tempoh sewaan yang ditawarkan juga cukup fleksibel iaitu minimun lima tahun, dan  maksimum tujuh tahun, bergantung kepada rangkaian produk yang dipilih.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan program penyewaan LG Rent-Up yang komprehensif kepada rakyat Malaysia. Dengan LG Rent-Up, kami berhasrat untuk mendatangkan pengalaman penyewaan yang terbaik kepada pengguna tempatan supaya mereka dapat  menikmati produk dan perkhidmatan yang inovatif tanpa memerlukan bayaran pendahuluan yang berlebihan,” ujar Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi.

Sewa Beli Termasuk Pakej Perkhidmatan Komprehensif

Produk LG juga didatangkan dengan pakej perkhidmatan komprehensif yang merangkumi pilihan servis layan diri dan lawatan berkala daripada juruteknik LG.

Selain itu, penyepaduan yang lancar antara produk LG dengan aplikasi LG ThinQ membolehkan pengguna memantau status produk yang disewa dengan mudah untuk memastikan peralatan tersebut kekal efisien. 

Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi.
Pengarah Urusan LG Malaysia, Justin Choi.

Selain daripada ketersediaan perundingan pakar, perkhidmatan penghantaran dan pemasangan percuma, serta khidmat pelanggan, LG Rent-Up turut menawarkan jaminan standard sepanjang tempoh penyewaan. 

Untuk pengalaman lebih memuaskan, pengguna juga boleh menaik taraf produk sewaan mereka kepada peralatan rumah LG yang lebih baharu pada penghujung tempoh penyewaan produk sedia ada.

“Apa yang benar-benar membezakan perkhidmatan penyewaan kami daripada yang lain ialah komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang mudah dan lancar.

“LG adalah satu-satunya jenama yang menawarkan program seumpama ini dan diharapkan ia mendapat sambutan yang baik di kalangan rakyat Malaysia bagi meraih gaya hidup yang lebih pintar,” ujar Justin. 

LG Rent-Up kini boleh didapati di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang LG dan program Rent-UpTM mereka, sila layari laman web rasmi LG di https://www.lg.com/my/rent-up atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita, dan promosi terkini. – Getaran, 22 Mac 2024

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

3

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

4

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

5

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

6

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

Disyorkan untuk anda

Jelajah 19 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Gaya 3 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN