Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Koleksi Baju Raya RAEA Untuk Gaya Urban Penuh Anggun

RAEA RAYA '24 direka khas bagi menyempurnakan gaya wanita moden, sofistikated

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 12:16PM

gambar RAEA

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masuk minggu kedua berpuasa, pasti sudah ramai yang mula mengintai koleksi baju raya untuk digayakan pada Syawal nanti. Dengan pelbagai jenama yang menjengah di pasaran, pasti rambang mata dibuatnya.

Bagi membantu anda membuat pilihan, di sini kami cadangkan koleksi baju raya daripada jenama yang bertemakan pakaian urban, RAEA.  Tahun ini, buat kali pertamanya jenama berkenaan menampilkan koleksi raya buat penggemar pakaian mereka. 

Koleksi yang diberi nama RAEA Raya ‘24 ini direka khas bagi menyempurnakan gaya wanita moden dan sofistikated. Mementingkan fleksibiliti dalam rekaannya, setiap helaian diberi sentuhan moden kontemporari yang menawarkan gabungan gaya dan keselesaan tersendiri. 

Lebih mengujakan, setiap helaian boleh digayakan secara berasingan. Justeru, ekspresikan dirimu!  Ciptalah pelbagai gaya mengikut citarasa fesyen sendiri. Set baju kurung moden Sabrina contohnya, bajunya boleh digayakan bersama  seluar denim untuk acara di hujung minggu yang santai, manakala kainnya boleh disarung bersama kebaya untuk mencipta gaya tradisional. 

Selain itu, koleksi terbabit yang mendapat sentuhan menawan daripada pereka fesyen mereka sendiri, apabila setiap busana dinamakan sempena nama beberapa individu penting yang berjaya mencipta sejarah tersendiri dalam dunia fesyen.   

Koleksi itu mempunyai 22 jenis helaian artistik dalam menampilkan gabungan harmoni renda, satin, organza bersulam, cetakan dan fabrik bertekstur. Setiap set dihasilkan dengan teliti supaya si pemakai tampil lebih anggun mempersona. 

Pemilihan rona baju yang terdiri daripada pelbagai warna seperti fuschia, merah manggis, teal, ungu muda, hitam, biru kelabu, plum, zaitun dan coklat gelap bukan sahaja memikat pandangan mata, malah ia juga membawa simbol kemakmuran dan kepelbagaian budaya. 

RAEA RAYA '24 dijual pada harga di antara RM279 hingga RM399 untuk setiap set. Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian atau kunjungi stor mereka di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya.  

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web RAEA. – Getaran, 21 Mac 2024

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Gaya 12 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN