Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jakel Lancar Kempen Raya Sakan, Harga Lebih Jimat Dari Tahun Lalu

Selain lebih murah, Jakel juga benarkan pelanggan tawar-menawar untuk dapatkan baju idaman.

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 8:16AM

Barisan selebriti yang turut telibat dalam kempen raya Jakel.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketibaan Ramadan yang bermula esok menyaksikan banyak jenama dan pusat beli-belah melancarkan kempen jualan bagi meraikan Aildilfitri pada April nanti.

Gedung tekstil terkemuka Jakel juga tidak ketinggalan menawarkan harga yang menarik kepada pelanggan.

Pada Jumaat lalu, Jakel melancarkan kempen Raya Sakan 2024 yang menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Syawal.

Kempen selama sebulan itu tampil dengan moto bergaya sambil berjimat, di mana Jakel menawarkan pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata pihaknya tetap menawarkan pada terendah walaupun berhadapan dengan kenaikan harga bahan daripada pihak pembekal.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

“Jakel tetap dengan prinsip untuk menghargai pelanggan dengan memberikan harga terendah supaya setiap orang mampu membeli dan bergembira dengan pakaian baru pada Aidilfitri nanti.”

“Paling menarik, kami juga membenarkan konsep jual beli menang-menang di mana pelanggan boleh tawar-menawar bagi mendapatkan harga yang mampu dibayar.

“Pilih apa sahaja pakaian yang disukai, dan boleh tawar harga,” ujar Mohamed Faroz ketika sidang media yang diadakan di Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Kesemua koleksi pakaian siap untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak yang disediakan oleh Jakel tahun ini adalah berteraskan trend terkini, hasil sentuhan pereka dalaman Jakel.

Justeru, pihaknya yakin ia mampu memenuhi citarasa pelanggan masa kini.

Nabil Ahmad dengan persalinan baju melayu jenamanya. Ini tahun kesembilan dia berkolaborasi dengan Jakel.
Nabil Ahmad dengan persalinan baju melayu jenamanya. Ini tahun kesembilan dia berkolaborasi dengan Jakel.

“Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju Melayu yang ditawarkan pada harga RM180 pada tahun lalu kini diturunkan kepada RM150 sahaja sepasang.

“Bahkan, pelanggan juga berpeluang memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau sampin berkualiti yang bernilai RM89 dengan setiap pembelian baju Melayu tahun ini.

“Untuk koleksi perempuan sedia dipakai pula, harga yang ditawarkan adalah serendah RM99 sahaja sepasang. Terdapat ratusan corak dan warna terkini untuk dijadikan pilihan,” ujar beliau.

Bagi memastikan promosi ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia, Jakel menyediakan 3 juta pasang stok baju Melayu di seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan. Jumlah ini adalah jauh lebih banyak berbanding tahun sebelumnya.

Tahun ini juga Jakel menawarkan pelbagai pilihan baju kanak-kanak perempuan dan lelaki bermula dari peringkat bayi hingga ke usia 14 tahun pada harga amat berpatutan bermula pada RM49 sepasang.

Tambah Mohamed Faroz, selain promosi baju Melayu Raya Sakan, pelanggan turut berpeluang mendapatkan pelbagai pilihan kurta pada harga serendah RM39, kemeja lelaki serendah RM59 serta baju kanak-kanak serendah RM29.

“Apapun, pelanggan tidak perlu risau tentang parkir di Jakel Mall, kerana kami menyediakan lebih 2,000 ruang, selain surau dan tandas khusus untuk kemudahan dan keselesaan pelanggan,” katanya.

Jualan promosi Raya Sakan itu membabitkan seluruh cawangan Jakel seluruh negara bermula 9 Mac hingga ke malam raya. – Getaran, 11 Mac 2024

Foto : Jakel

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 22 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

oleh Rahayu MN

Jelajah 15 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN