Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rawatan Kecantikan Di Rumah Umpama Di Spa

Nu Skin membawakan beberapa pilihan produk untuk penjagaan diri yang merangkumi aspek kecantikan dan kesihatan.

Gaya Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 8:27AM

Memanjakan diri tanpa perlu berbelanja lebih dengan ke spa dan pusat kecantikan.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bertamu ke spa kecantikan memang mengundang kegembiraan buat ramai wanita, tetapi bukan semua orang mampu berbuat demikian dan tidak semua wanita selesa dibelai oleh individu yang tidak dikenali.

Lain orang, lainlah ragamnya. Membelai dan memanjakan diri di rumah juga pilihan yang baik.

Selain menjimatkan duit, anda juga boleh curi masa pada bila-bila masa untuk melakukan rutin kecantikan yang dikehendaki.

Pastikan anda punya kelengkapan yang diperlukan dan buat secara rutin. Kata kunci di sini ialah jangan malas!

Berikut adalah beberapa pilihan produk yang anda boleh dapatkan daripada Nu Skin untuk penjagaan diri yang merangkumi aspek  kecantikan dan kesihatan.

1. ageLOC® WellSpa iO® Nu Skin

Dengan adanya ageLOC® WellSpa iO® Nu Skin, pengembalian tenaga selepas akitiviti harian yang melelahkan menjadi lebih mudah.

Dengan teknologi arus mikro adaptif yang unik, peranti ini dirancang khusus untuk membantu anda berasa santai dengan meredakan tekanan dan ketegangan.

Peranti ini bukan sahaja menggalakkan peremajaan kulit, malah ageLOC® WellSpa iO® turut mengurangkan penampilan selulit serta menegangkan kulit melalui penggunaan yang konsisten.

Nod logam ageLOC® WellSpa iO® yang sedang dipatenkan adalah direka sempurna bersesuaian dengan kontur badan.

Untuk hasil yang optimum, gunakan bersama ageLOC® Body Serum dan ageLOC® Body Activating Gel.

Manfaatkan aplikasi Nu Skin Vera® untuk memperibadikan peranti dan sesi rawatan anda mengikut keperluan diri.

Jika diamalkan secara konsisten, penggunaan peranti dan barisan produk ini boleh menambah baik penampilan selulit, keanjalan, kontur, kelembutan, dan penampilan keseluruhan kulit serta badan.

2. Nutricentials® Pillow Glow Sleeping Mask

Nutricentials® Pillow Glow Sleeping Mask yang memberikan kesegaran yang diperlukan untuk kulit lesu. Sangat mudah diintegrasikan dalam rutin harian, gunakan sebelum tidur dan di awal pagi demi mendapatkan kulit yang anjal dan berseri!

Meskipun kehidupan di pusat bandar mempunyai kelebihannya tersendiri, gaya hidup ini juga mendedahkan diri kepada tekanan persekitaran.

Teruskan sambil meningkatkan daya tahan untuk melawan tekanan harian tersebut dengan menggunakan bahan botani bioadaptif inovatif Nu Skin.

Dihasilkan daripada tumbuhan yang tumbuh subur, penggunaan produk ini juga menguatkan perlindungan kulit terhadap tekanan harian.

3. ageLOC® Nutriol® Hair Care System​

Belai rambut anda dengan kasih sayang dan kelembutan melalui ageLOC® Nutriol® Hair Care System.

ageLOC® Nutriol® Scalp & Hair Shampoo bertindak lembut pada kulit kepala dan menguatkan rambut yang rosak serta melindunginya daripada potensi kerosakan mendatang.

Gayakan rambut tanpa perlu risau akan kerosakan haba dan hidratkan rambut yang sering diproses menggunakan ageLOC® Nutriol® Scalp & Hair Conditioner.

Selain itu, halang atau atasi masalah rambut gugur yang disebabkan tekanan, dengan ageLOC® Nutriol® Intensive Scalp & Hair Serum, yang membuatkan rambut menjadi lebih kuat dan kelihatan lebih tebal serta penuh dengan setiap penggunaan.

4. Inner Focus™ Collagen Peptide

Remajakan kulit dengan minum Inner Focus™ Collagen Peptide dua kali sehari! Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang menyegarkan, bahkan membantu kulit kelihatan segar dan berseri.

Untuk meningkatkan penghasilan kolagen dan elastin, produk ini membantu melindungi kulit dan menjadikannya kelihatan lebih muda agar anda sentiasa yakin dengan diri sendiri.

Diperkaya dengan Lutein daripada bunga marigold untuk melindungi kulit daripada tekanan oksidatif, anda boleh membebaskan diri daripada tekanan harian apabila menjadikan Inner Focus™ Collagen Peptide sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan diri.

Sayangi dan hargai diri anda demi kehidupan yang lebih sejahtera. Berbelanja untuk diri sendiri demi sebuah kegembiraan adalah sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran Nu Skin, sila layari laman sesawang, www.nuskin.com/content/nuskin/en_MY. – Getaran, 12 Februari 2024

Foto : Nu Skin

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 17 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN

Gaya 1 jam yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN