Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Casio Lancar Dua Edisi Jam Yang Berbaloi Untuk Dimiliki Penggemar G-SHOCK

G-SHOCK warna Monokromatik terang untuk lelaki dan wanita serta HELLO KITTY BABY-G yang comel.

Gaya Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2024 9:10PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Casio Computer Co. Ltd baru-baru ini mengumumkan pelancaran model baharu jam tangan kalis hentakan G-SHOCK.

Tiga model jam tangan GMA-P2100 kompak baharu itu membawakan warna-warna monokromatik yang terang kepada siri 2100, yang terkenal dengan bezel oktagon yang ikonik.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Casio telah mengecilkan saiz jam tangan G-SHOCK yang menjadi buruan ramai untuk membangunkan barisan model genderless kompak yang lebih meluas.

Model GMA-P2100 yang baharu dalam siri 2100 memang dikenali dengan ciri-ciri bezel oktagon dan reka bentuk muka jam minimalis, datang dengan warna-warna terang dan profil kalis hentakan bersaiz lebih kecil yang mudah dipakai.

Bekas jam bagi jam tangan baharu ini adalah bersaiz 2.7 mm lebih kecil, menjadikannya 94 peratus lebih comel daripada saiz model-model GMA-S2100 konvensional.

Panjang tali jam juga dipendekkan kira-kira 10 mm bagi memudahkan mereka yang mempunyai pergelangan tangan lebih kecil mengenakannya.

Jam tangan ini didatangkan dengan skema warna biru firus cerah, merah jambu terang dan monokrom putih.

Rona cerah dan gelap bagi warna yang sama digunakan untuk komponen-komponen berbeza, termasuk permukaan jam, tanda indeks dan jarum jam, bagi memberikan muka jam yang diperkemaskan.

Bezel dan tali jam diperbuat dengan resin berasaskan bio, bahan yang diharapkan dapat membantu mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Kolaborasi HELLO KITTY BABY-G

Sebagai meraikan ulang tahun ke-50 Hello Kitty, Casio Computer Co. Ltd. juga mempersembahkan jam tangan kalis hentakan BABY-G, BGD-565KT baharu yang menampilkan watak popular HELLO KITTY daripada Sanrio Co. Ltd.

Lebih mengujakan, rekaan jam ini akan memberi peluang kepada pencinta watak ini menggayakan  rekaan jam yang mengambil ilham daripada penampilan sulung HELLO KITTY pada tahun 1974.

Selain meraikan ulang tahun ke 50 HELLO KITTY, jam tangan yang amat istimewa ini juga menandakan ulang tahun ke-30 BABY-G.

Jam tangan istimewa ini mewarisi reka bentuk model BABY-G pertama, dengan warna-warna yang tidak pernah lapuk ditelan zaman iaitu putih, merah dan biru daripada reka bentuk sulung HELLO KITTY dari tahun 1974. Gelang jalur berwarna merah dan biru menyerlahkan ton asas putih reka bentuk ini.

Tali jam diperbuat daripada resin berasaskan bio, dilapisi dengan lukisan watak animasi HELLO KITTY yang sedang ketawa, mengenyit mata dan kelihatan terkejut.

Apabila lampu belakang dihidupkan, mata, hidung dan misainya muncul pada paparan LCD jam tangan. Untuk menyempurnakan wajah HELLO KITTY, muka jam turut dihiasi dengan reka bentuk reben.

Sejumlah 50 imej HELLO KITTY juga menghiasi keseluruhan jam tangan bagi meraikan ulang tahun ke-50 ikon itu, selain model kolaborasi ini didatangkan dengan bungkusan khas termasuk kantung kain yang diilhamkan oleh reka bentuk jam tangan ini.

Menonjolkan wajah asal watak Sanrio yang comel ini, BABY-G ini memancarkan daya tarikan retro yang amat sesuai dengan reka bentuk klasik HELLO KITTY. – Getaran, 21 Januari 2024

Foto : Casio

Sorotan

1

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

2

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

4

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

5

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

6

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

7

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja