web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Maybelline New York Lancarkan Kempen Roblox Interaktif, Sasarkan Komuniti Bertenaga

Maybelline menawarkan penampilan solekan maya, permainan mini dan muzik eksklusif yang mencipta pengalaman mengasyikkan

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2023 8:54PM

Maybelline New York Roblox

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Maybelline New York telah melancarkan kempen interaktif baharu dengan kerjasama syarikat peneraju bidang permainan dan inovasi muzik AI sejak tahun 2017, Splash. Kempen yang diberi nama ‘Makeup Your Mix’ menyasarkan komuniti muzik bertenaga dalam Roblox. 

Dalam dunia maya tersebut, Maybelline menawarkan penampilan solekan maya, permainan mini dan muzik eksklusif yang mencipta pengalaman mengasyikkan yang menggalakkan ekspresi diri, iaitu nilai teras Maybelline New York.

Kempen ini merangkumi pelbagai ruang maya dalam Roblox, seperti ruang istirahat Maybelline New York dan Bilik Graffiti, tempat pengguna boleh meneroka dan mencuba produk Maybelline dengan cara yang kreatif dan unik. Antara  kemuncak kempen ini ialah peluang untuk pemain menggunakan Surreal Falsies Mascara untuk melukis grafiti dalam ruang maya.

Selain pengalaman interaktif, kempen ini memperkenalkan enam penampilan solekan yang unik, menampilkan francais popular Maybelline seperti SuperStay Vinyl Ink Lip dan SuperStay Matte Ink Lip serta inovasi baharu seperti Falsies Surreal Mascara dan Color Tattoo Eye Stix. Pemain juga berpeluang untuk memenangi barangan dan pakaian Maybelline. 

Falsies Surreal Mascara
Falsies Surreal Mascara

Kempen ini turut  melibatkan perkongsian dengan DJ Maya Kai, yang mengeluarkan lagu lagu baharu bertajuk ‘Fantasy’, yang dipromosikan melalui pengaktifan masa terhad dan parti mendengar.

Naib Presiden Digital Maybelline New York, Emily Arkells, berkata, Maybelline sebagai jenama alat solek terkemuka dalam ruang digital komited untuk menyediakan pengalaman baharu dan menarik yang menggalakkan ekspresi diri kepada pengguna.

“Kerjasama kami dengan Splash dalam Roblox membolehkan kami menyepadukan produk kami dengan lancar ke dalam dunia interaktif. Dengan pelbagai rupa solekan maya yang dicipta oleh artis 3D dan jurusolek berbakat, pengguna kini boleh bereksperimen dengan gaya dan ekspresi yang berbeza dalam dunia maya Roblox melalui permainan muzik Splash.

“Kerjasama ini dianggap cukup selaras dengan nilai teras Maybelline New York iaitu ekspresi diri, permainan dan pemerkasaan yang menjadikan ekspresi diri boleh diakses oleh semua orang walau di mana sahaja mereka terlibat dengan jenama kami,” katanya.

Ketua Kerjasama Splash, Richard Slatter pula meluahkan rasa bangga beliau terhadap kerjasama terbaharu ini. 

"Semua pasukan telah membawa kepakaran terbaik mereka ke meja untuk pengaktifan ini. Saya sangat berbangga dengan pencapaian yang telah kami perolehi bersama dan komuniti kami sangat menyukainya! Para pemain Splash yang merupakan anak muda yang kreatif adalah sangat terlibat dan kami ingin bekerjasama dengan lebih banyak jenama yang cuba menjangkau khalayak ini, bukan sahaja pada Roblox tetapi juga pada produk kami yang lain, " ujar beliau.

SuperStay Vinyl Ink Lip
SuperStay Vinyl Ink Lip

Kempen interaktif ini membolehkan pengguna menyelami alam maya ‘Makeup Your Mix Maybelline’ di Roblox, di mana tiada batasan dalam kreativiti. - Getaran, 3 Oktober 2023

Foto : Maybelline New York

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia