web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fung Keong Sneakers, Empayar Kuku Hasilkan Kasut Kanvas Kolaborasi Radikal 

Pengumuman oleh rabaklit itu mengesahkan kerjasama berkenaan dan pelancaran produk terbaharu mereka bersempena acara Viu Malaysia di Lalaport, Bukit Bintang City Center.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 7:41PM

Kolaborasi Radikal adalah kasut hasil kerjasama antara Fung Keong dan Kuku Besi. gambar rabaklit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita baik buat pengikut dan peminat barangan tempatan dari jenama Kuku Besi! Esok mulai jam 4 petang hingga 10 malam bertempat di pintu masuk Lalaport, Bukit Bintang City Center, Fung Keong Sneaker bakal melancarkan koleksi kasut terbaharu hasil kolaborasi mereka dengan Empayar Kuku Besi yang digelar Kolaborasi Radikal.

Menerusi hantaran akaun X @rabaklit (sebuah segmen radio rabaklit.fm di bawah stesen radio rakita FM), pengumuman tersebut mengesahkan khabar angin mengenai kolaborasi dan produk terbaharu itu sempena acara Viu Malaysia di booth Kukubesi Store.

“Akhirnya kini sudah sah, Fung Keong Sneakers new collaboration seterusnya adalah bersama Empayar Kuku Besi,” umumnya secara rasmi semalam.

Bahkan turut menjadi tarikan, 100 pembeli terawal akan mendapat stokin Empayar Kuku Besi eksklusif dan mereka boleh memilih warna stokin pilihan sama ada putih atau hitam.

“100 pembeli terawal akan menerima free gift stokin Empayar Kuku Besi bernilai RM30, pilihanlah stokin free gift ini sama ada putih atau hitam,” tambah pengendali rabaklit menerusi hantaran yang sama.

Jadi apa kata sejurus selepas selesai meraikan sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 di Putrajaya esok, terus meraikan cuti hari umum anda di Lalaport untuk mendapatkan keluaran eksklusif kasut Kolaborasi Radikal dan stokin dengan tawaran terhad itu dengan segera.

Sementara itu, Fung keong adalah peneraju pertama kepada pasaran kasut kanvas di Malaysia sejak 1939 dan amat popular dalam kalangan peminat Bruce Lee serta seni mempertahankan diri.

Malah, kasut kanvas tapak getah ini mempunyai daya tarikan meluas di Hong Kong dan Asia Tenggara suatu ketika dahulu. - Getaran, 30 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Wan Saiful 'Syok Sendiri', Tuduh Anwar Pendendam Kuku Besi Tidak Berasas

2

Kisah Kita 3 tahun yang lalu

Menakjubkan! 400 Kasut ‘Legend’ Fung Keong Terjual Dalam Tempoh Sejam

3

Kolum 3 tahun yang lalu

Mendaki Demokrasi - Hanya Seorang Yang Gila Sahaja Sanggup Menjadi Perdana Menteri Di Kala Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan