web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Dalam 3 Hari, Kulit Lebih Berseri Dan Anjal 

Rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA dengan gabungan kebaikan sains dan bahan semulajadi.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 8:58PM

Inovasi terbaru NIVEA menggabungkan kebaikan sains dan bahan semula jadi - gambar NIVEA

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kulit cerah tanpa noda menjadi idaman ramai wanita. Ramai yang sanggup berbelanja besar bagi memastika kulit idaman dapat dimilki. Sebab itulah, jenama penjagaan kulit bagaikan berlumba-lumba menghasilkan produk penjagaan kulit atau wajah yang dimampu memuaskan pelanggan.

Terbaharu, NIVEA melancarkan inovasi terbaru mereka iaitu rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA dengan gabungan kebaikan sains dan bahan semulajadi. 

Diperkaya dengan 500X konsentrasi Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk dan 3X saiz molekul Hyaluron, rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA ini mampu menjadikan kulit lebih berseri, anjal dan sihat hanya dalam masa 3 hari sahaja. 

NIVEA Extra Bright C&HYA mampu menjadikan kulit lebih berseri, anjal dan sihat - gambar NIVEA
NIVEA Extra Bright C&HYA mampu menjadikan kulit lebih berseri, anjal dan sihat - gambar NIVEA

Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura, Ng Hock Guan memberitahu, rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA berbeza dengan produk lain di pasaran kerana ia menggunakan teknologi yang mengekstrak Vitamin C.

"Apa yang membezakan rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA daripada penjagaan kulit bervitamin yang lain adalah teknologi kami dalam mengekstrak Vitamin C, iaitu dengan teknik sejuk (cold extraction technology), yang tidak menggunakan haba untuk mengekalkan semua kebaikan vitamin dan nutrien untuk kulit anda.

Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA berbeza dengan produk lain di pasaran - gambar NIVEA
Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA berbeza dengan produk lain di pasaran - gambar NIVEA

"Malah, ia juga untuk memastikan keberkesanan yang optimum dapat dicapai. Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA adalah bukti kekuasaan sains dan bahan semula jadi. Selama lebih 100 tahun, NIVEA terus komited dalam menyediakan penjagaan kulit terbaik dengan rangkaian produk yang  dirumus khas,” ujar beliau.

Sementara itu, doktor selebriti, Dr Shazril Shaharuddin turut membuat perkongsian ketika majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini. Dr Shazril menegaskan kebaikan bahan paling utama iaitu Vitamin C sebagai salah satu bahan penjagaan kulit yang paling berkesan dan selamat terhadap kulit kusam dan tona tidak sekata. 

Dr Shazril berkata, vitamin C ialah antara bahan penjagaan kulit yang paling berkesan dan selamat - gambar NIVEA
Dr Shazril berkata, vitamin C ialah antara bahan penjagaan kulit yang paling berkesan dan selamat - gambar NIVEA

"Produk penjagaan kulit Vitamin C adalah berbeza kerana ia amat sensitif dan mudah teroksidasi terutamanya apabila terdedah kepada haba. Aspek unik NIVEA Extra Bright C&HYA adalah dalam teknologi pengestrakan Vitamin C, di mana teknik sejuk (cold extraction technology) digunakan, yang mampu mengekalkan kebaikan vitamin dan nutrien sambil memastikan keberkesanan anti-oksidanya adalah pada tahap maksima. 

“Ujian iodin menunjukkan Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk mempunyai keberkesanan yang lebih tinggi, mengesahkan statusnya sebagai penyelesaian yang luar biasa untuk kulit yang lebih berseri, anjal dan sihat," ujar beliau.

Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk digabungkan dengan 3X Saiz Molekul Hyaluron (HA) mampu menembusi secara mendalam dan mengaktifkan pengeluaran Hyaluron dalam setiap lapisan kulit, memberikan kelembapan berpanjangan sambil menjadikan kulit terhidrat, lembut dan anjal selepas digunakan. 

Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA adalah lambang kebaikan penjagaan kulit yang dipenuhi dengan bahan-bahan semula jadi yang sihat untuk menghasilkan kesan yang optimum untuk kulit lebih berseri, terhidrat serta sihat, dan ia adalah sangat sesuai untuk semua yang mementingkan kecantikan atau kesihatan kulit wajah.

Izzue Islam dan Shiha Zikir turut terlibat dalam kempen terbaru NIVEA - gambar NIVEA
Izzue Islam dan Shiha Zikir turut terlibat dalam kempen terbaru NIVEA - gambar NIVEA

Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA baharu terdiri daripada enam produk untuk melengkapkan rejim penjagaan kulit anda. Ia adalah Micellar Water, Cleanser (pembersih muka), Essence Water, Serum, Day Cream (krim siang) dan Night Gel (gel malam).

Saksikan keberkesanan NIVEA Extra Bright C&HYA yang menjanjikan hasil untuk kulit yang lebih berseri dan anjal dalam masa 3 hari!

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terkini, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/ - Getaran, 29 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 12 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

Gaya 1 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 12 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN