web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Tangan-Tangan Terer Bantu Perkasa Wanita B40 Kejar Impian Keusahawanan  

Sunlight Malaysia taja sepuluh wanita B40 menyertai program #IbuDigital dengan kerjasama Ibupreneur Malaysia, disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2023 8:33AM

Program Tangan-Tangan Terer - gambar Sunlight Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Statistik diperoleh daripada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 menunjukkan 63 peratus wanita di Malaysia mengorbankan peluang pekerjaan mereka demi komitmen terhadap rumah tangga dan tanggungjawab keluarga.  

Statistik daripada tinjauan pendapat yang dijalankan pada 2019 ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat perlu menghentikan stereotaip generasi, sebaliknya menghulurkan sokongan terhadap wanita supaya mereka berpeluang mengejar cita-cita dalam keusahawanan serta menyara keluarga. 

Atas dasar tanggungjawab sosial, Sunlight Malaysia terus memperjuangkan hak wanita untuk bebas mengejar impian mereka biarpun sibuk menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan memperkenalkan program ‘Tangan Tangan Terer’. 

Program dengan kerjasama Ibupreneur Malaysia dan disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini akan menaja sepuluh bakal usahawan wanita untuk menyertai program #IbuDigital.  

Program Tangan-Tangan Terer membantu memperkasa wanita B40 - gambar Sunlight Malaysia
Program Tangan-Tangan Terer membantu memperkasa wanita B40 - gambar Sunlight Malaysia

“Kami percaya apabila wanita diberi peluang yang sama untuk berkembang maju, hasilnya, mereka akan dapat menyumbang kembali dengan lebih baik kepada keluarga dan rumah tangga mereka.” 

“Oleh itu, kami amat menghargai Sunlight Malaysia kerana memberi peluang kepada wanita B40 dalam usaha pemerkasaan ekonomi dan peningkatan kemahiran. Diharap lebih banyak lagi inisiatif sebegini dilaksanakan pada masa hadapan,” ulas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.   

Melalui inisiatif ini, Sunlight Malaysia berharap untuk memperluaskan peluang wanita B40 untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan serta kemahiran bagi mencapai impian keusahawanan masing-masing. 

“Sama seperti Sunlight, 'setitik sudah cukup' untuk pengalaman mencuci pinggan mangkuk bebas minyak, kami menggalakkan wanita untuk #JadiLebihLagi. Sunlight meringankan tanggungjawab rumah tangga agar mereka mempunyai lebih banyak masa untuk mengejar cita-cita dan merealisasikan potensi diri,” ulas Ketua Bahagian Penjagaan Rumah Unilever Malaysia dan Singapura, Hong Ee Fen. 

Seperti yang dipraktikkan secara global, Sunlight Malaysia sentiasa meraikan wanita yang mengejar cita-cita mereka dan menyokong keusahawanan wanita melalui pelbagai program pendidikan. 

Terima dana RM30,000 setiap seorang 

Menerusi program Tangan Tangan Terer, sepuluh wanita B40 di seluruh Malaysia akan dipilih sebagai penerima dana bernilai RM30,000 daripada Sunlight Malaysia untuk menyertai program #IbuDigital. Ini adalah langkah pertama bagi mereka menuju ke arah merealisasikan impian keusahawanan, kebebasan kewangan dan kehidupan yang mampan. 

“Stereotaip generasi dan norma masyarakat menganggap wanita sebagai pengasuh yang harus meletakkan keperluan serta penjagaan keluarga dan rumah tangga melebihi diri sendiri. Ini telah menyebabkan impian mereka tertangguh dan gagal meneroka potensi diri.” 

“Melalui inisiatif ini, kami harap kaum wanita akan percaya sepenuhnya bahawa mereka mampu melakukan lebih banyak lagi; tangan yang sama bertungkus-lumus menjaga orang tersayang juga boleh memenuhi impian sendiri.” 

“Justeru itu, kami berharap wanita yang terpilih menyertai program ini akan diperkasakan supaya dapat mencapai matlamat dan impian keusahawanan mereka serta memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama,” ujar Hong Ee Fen lagi. 

Sunlight Malaysia berharap untuk memperluaskan peluang wanita B40 untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan - gambar Sunlight Malaysia
Sunlight Malaysia berharap untuk memperluaskan peluang wanita B40 untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan - gambar Sunlight Malaysia

Modul #IbuDigital mengandungi sepuluh kursus dan akan berlangsung selama tempoh dua bulan. Program ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan keusahawanan mikro melalui bengkel latihan peningkatan kemahiran secara praktikal dengan pakar industri.  

Modul meliputi aspek pembangunan produk, pemasaran digital, pengurusan kewangan, undang-undang dan jualan, serta pelbagai lagi. 

Panggilan Penyertaan 

Dari 25 Julai hingga 30 September 2023, Sunlight Malaysia menjemput semua wanita B40 Malaysia untuk mendaftar minat mereka dan berpeluang menyertai program Tangan Tangan Terer bagi meraih pengalaman yang bakal mengubah kehidupan. 

Program ini juga mampu meningkatkan kemahiran demi menambahbaikkan keluarga dan komuniti mereka. Sepuluh finalis akan dipilih pada suku keempat 2023. Untuk maklumat lanjut dan menghantar penyertaan, sila layari https://www.ulmysg.com/SunlightTanganTanganTerer. - Getaran, 29 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

Gaya 1 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN