Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Yayasan ROSE Dapat Pengiktirafan Global, Pemenang Pertama Dari Asia

Program ROSE telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan, dan keputusan terapi kanser serviks bagi ramai wanita di Malaysia.

Gaya Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2023 9:00AM

Yayasan ROSE diperakui sebagai organisasi penjagaan klinikal tersohor di Asia - gambar Yayasan ROSE

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Yayasan ROSE, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang berdedikasi untuk menghapuskan kanser serviks, telah diperakui sebagai organisasi penjagaan klinikal bersepadu Asia yang pertama untuk memenangi satu daripada tiga anugerah tersohor di peringkat global, di bawah program berprestij, Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan UNIVANTS (UNIVANTS of Healthcare Excellence).

UNIVANTS telah ditubuhkan pada 2018 bagi memberi inspirasi dan mengiktiraf mereka yang telah meninggalkan impak bermakna dan mencapai hasil luar biasa untuk  pesakit, komuniti, pakar penjagaan kesihatan dan alam sekitar.

Rakan pengasas dan semasa UNIVANTS terdiri daripada IFCC (International Federation of Clinical Chemistry and Laboratory Medicine); AACC (dahulunya dikenali sebagai American Association for Clinical Chemistry); EHMA (European Health Management Association); HIMSS (Modern Healthcare, Healthcare Information and Management Systems Society); NAHQ (National Association of Healthcare Quality); IHE (Institute of Health Economics) dan Abbott Laboratories.

Menurut Pengerusi Yayasan ROSE, Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, ROSE hari ini berdiri dengan bangganya bersama lebih 60 pasukan penjagaan klinikal bersepadu di seluruh dunia yang telah menunjukkan pencapaian berimpak tinggi.

Menurut beliau, antara pencapaian tersebut termasuk penyelesaian masalah menggunakan pendekatan yang inovatif, serta pemacuan transformasi penyampaian penjagaan kesihatan dengan kesan yang signifikan ke atas pesakit, doktor dan keseluruhan sistem kesihatan.

"Dalam usaha memerangi kanser serviks, anugerah ini akan mendorong kami untuk meningkatkan dan memperluas lagi penggunaan teknologi kesihatan berimpak tinggi untuk memperkasakan wanita yang terdedah kepada penyakit tersebut, terutamanya mereka yang berada dalam komuniti yang sukar mendapat penjagaan dan kurang berkemampuan,” katanya.

Yayasan ROSE menumpukan kepada usaha memerangi kanser serviks secara holistik - Yayasan ROSE
Yayasan ROSE menumpukan kepada usaha memerangi kanser serviks secara holistik - Yayasan ROSE

Di Malaysia, kanser serviks merupakan kanser kedua paling lazim berlaku dalam kalangan wanita di bawah umur 45 tahun. Dalam konteks ini, saringan yang komprehensif memainkan peranan yang sangat penting untuk mencapai penghapusan kanser serviks sebagai matlamat keseluruhan.

Langkah ini membolehkan diagnosis awal dilakukan dan rawatan diberikan tepat pada masanya, dan ia dapat mempertingkatkan lagi kemungkinan untuk sembuh daripada penyakit ini.

Pemegang Amanah Yayasan ROSE, Profesor Dr Woo Yin Ling, berkata, program ROSE menggabungkan ujian HPV dengan kaedah pensampelan kendiri, dan keputusannya adalah lebih tepat daripada ujian pap smear yang lazimnya dijalankan.

“ROSE juga memastikan bahawa pesakit wanita yang disahkan menjangkiti HPV dibimbing dan dirujuk untuk mendapatkan penjagaan,” katanya.

Pakar onkologi ginekologi tersebut turut menjelaskan bahawa ujian HPV dan susulan yang betul jelas menjadi faktor yang penting untuk mencapai penghapusan kanser serviks.

“Seperti yang dicadangkan dalam nama organisasi kami, Program ROSE telah ditubuhkan dengan tujuan untuk ‘Menghilangkan Halangan kepada Pemeriksaan Serviks’ (Removing Obstacles to cervical Screening).

"Inovasi utama yang kami tampilkan bukan sahaja ujian HPV yang menggunakan swab pensampelan kendiri tersebut. Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan golongan wanita memahami makna ujian yang dijalankan, dan jika perlu, memastikan mereka dirujuk ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan lanjut. Langkah ini diutamakan bagi Program ROSE,” ujar beliau.

Menurut Prof Woo, inovasi kedua Program ROSE adalah menyepadukan penggunaan peranti mudah alih dengan platform e-kesihatan digital yang selamat untuk proses pendaftaran dan pengumpulan data.

Ini katanya, memudahkan komunikasi dan akses kepada penjagaan sambil membimbing golongan wanita melalui sistem penjagaan kesihatan yang kompleks.

Beliau menambah, untuk mencapai misinya, Program ROSE akan terus menekankan pendidikan, penglibatan pihak berkepentingan, pembuatan keputusan termaklum dan pembentukan dasar untuk wanita Malaysia yang sukar mendapatkan akses kepada pemeriksaan, terutamanya di peringkat penjagaan.

Program ROSE telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan, dan keputusan terapi kanser serviks bagi ramai wanita di Malaysia. Sejak penubuhannya pada tahun 2019 hingga hari ini, Program ROSE telah menyaring lebih 23,000 wanita dengan kadar akses kepada penjagaan yang melebihi 92.5% bagi mereka yang didapati positif HPV. Hampir 200 wanita telah dikenal pasti dan dirawat untuk pra-kanser dan kanser awal.

Majlis rasmi penyampaian anugerah UNIVANTS of Healthcare Excellence akan diadakan pada 11 Ogos 2023. - Getaran, 20 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 minggu yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Jelajah 11 jam yang lalu

Aplikasi Yang Patut Dimuat Turun Apabila Bercuti Ke 5 Negara dan Kota Popular Berikut

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

Kalau mahu didik anak menabung, boleh simpan. Kalau hendak belanja, perlu pertimbangkan sebabnya.

oleh Rahayu MN

Selera 15 jam yang lalu

Grand Hyatt Kuala Lumpur Lancar Edisi Kedua #DinewithChef

Menggabungkan pelbagai hidangan dari seluruh dunia, pesta makanan ini berlangsung selama sebulan.

oleh Rahayu MN