Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tampil Bergaya di Pagi Raya

Walaupun belum dibenarkan untuk keluar beraya, kami sediakan tip-tip mudah untuk anda ambil kira tatkala membuat perancangan busana lebaran nanti.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2021 9:00AM

Gambar: Lilit

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beraya di rumah sendiri, bukanlah bermakna anda perlu berduka sehingga tidak mahu bergaya cantik bagi meraikan hari kemenangan umat Islam ini. Tak perlu boikot raya, tapi raikan secara sederhana dengan penuh ceria bersama seisi keluarga mahupun teman serumah.

Tiada baju baru? Tidak mengapa, yang penting anda bijak menggayakan koleksi baju yang ada. Boleh juga suai dan padan, asalkan boleh melaram sepuasnya dan yang paling penting boleh merakam memori untuk dikongsi dengan sanak-saudara yang jauh di mata.

Paling tidak, boleh dimuat naik ke akaun media sosial masing-masing, dengan tanda pagar #bajuraya2021, #raya2021, atau #fesyenraya2021.

Berikut merupakan tip tampil menawan sepanjang hari raya nanti.

1. Less is more. Janganlah berlebih-lebihan dalam menggayakan fesyen. Sepasang kurung moden dengan dengan aksesori minima sudah mampu membuatkan anda tampil versatil dan classy. Contohnya, jika anda sudah menggayakan anting-anting besar, tak perlulah kenakan rantai leher yang sarat.

2. Pastikan baju raya anda selesa dan praktikal untuk dipakai. Ingat, anda bukan mahu buat peragaan di pentas! Anda perlu beringat juga tentang kemungkinan perlu sinsingkan lengan nanti untuk membasuh pinggan mangkuk di dapur.

Gambar: Lilit
Gambar: Lilit

3. Jangan salah pilih fabrik, lebih-lebih lagi cuaca ketika ini agak terik di siang hari. Fabrik sejuk atau menyerap peluh seperti cotton, jersi dan sifon antara pilihan terbaik serta praktikal untuk dipakai sepanjang hari.

4. Siapa kata memakai kerongsang itu old-fashion? Jangan salah menilai. Walaupun kerongsang lebih popular di kalangan hijabista, tetapi ia juga cukup versatil untuk digayakan oleh wanita yang tidak bertudung. Contoh mudah, jika kebaya anda tampak polos kerana kurang perincian, padankanlah ia dengan kerongsang dampak yang boleh menjadi titik tumpuan.

5. Jika anda seorang yang bertudung, elakkan fabrik lycra yang sifatnya mengikut bentuk badan. Baju yang melekap di badan sama sekali tidak sesuai digayakan oleh muslimah. Penampilan anda akan nampak janggal.

6. Bijak bermain dengan warna. Pakaian anda seharusnya tidak melebihi tiga warna. Pemilihan kurang daripada tiga warna ini boleh membuatkan anda tampil manis, anggun dan elegan.

7. Pilih pelitup muka yang sedondon dengan warna baju yang digayakan ketika ziarah-menziarahi apabila dibenarkan nanti. Selain itu, boleh juga pakai pelitup muka premium yang menampilkan corak-corak bergaya seperti Pelitup Muka Himaya Edisi Raya.

Gambar: Lilit
Gambar: Lilit

8. Jika anda membawa beg clutch untuk beraya, pastikan bawa yang perlu sahaja. Jangan biarkan clutch anda ‘kembung’ dengan barang-barang tidak penting. Selain bawa kad pengenalan diri dan telefon bimbit, pastikan anda bawa cecair pembasmi kuman dan pelitup muka ekstra. 

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

9. Memandangkan pemakaian pelitup muka wajib, beri tumpuan pada solekan mata untuk menyerlahkan penampilan. Tapi pastikan pembayang mata yang digunakan tidak terlalu menjerit tonanya. Padankan dengan warna baju. Bagi golongan lelaki, beri tumpuan pada dandanan rambut. Sikat dengan rapi.

10. Untuk kaum lelaki, pakailah samping anda dengan betul. Bukan di bawah baju melayu. Kalau tidak pasti boleh cari video tutorial di YouTube. Selain itu, jangan penuhkan poket seluar atau baju melayu sehingga terbonjol. Kalau banyak sangat barang yang perlu dibawa, gunakan beg clutch. - Getaran, 11 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 hari yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran