Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ezurin Khyra Warnai Dunia Fesyen Lancar Skaf E For All

Tujuan Ezurin melancarkan koleksi skaf itu bukanlah semata-mata untuk mengaut keuntungan lumayan, tetapi untuk memberi semula sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 2:00PM

Koleksi E ini berkonsep versatil dan menyerlahkan warna-warna mempesona untuk mencipta mood bertenaga dan luar biasa. - Gambar ihsan E For All

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat kepada gaya hidupnya yang serba mewah, siapa sangka fashionista dan sosialit terkenal, Ezurin Khyra tampil dengan koleksi skaf mampu milik yang boleh digayakan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan, warna kulit, jantina dan agama.

Dijual pada harga RM29 sehelai, koleksi yang dinamakan sebagai E ini berkonsep versatil dan menyerlahkan warna-warna mempesona untuk mencipta mood bertenaga dan luar biasa. 

Gambar ihsan E For All
Gambar ihsan E For All

Mengulas tentang pendekatan yang diambilnya itu, pemilik nama yang mesra disapa sebagai Ezurin ini memberitahu, tujuannya melancarkan koleksi skaf itu bukanlah semata-mata untuk mengaut keuntungan lumayan, tetapi untuk memberi semula sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua.

“E adalah untuk semua. Ia bukanlah semata-mata bertujuan untuk membuat duit yang banyak, tetapi saya mahu berikan sesuatu yang mampu dimiliki semua orang, untuk pengikut-pengikut media sosial saya,” ujar Ezurin ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi skaf ini pada Ahad lalu.

Ditanya mengapa memilih skaf berbanding pakaian lain, Ezurin memberitahu skaf adalah aksesori fesyen yang sentiasa ada bersamanya walau ke mana pun dia melangkah pergi.

Gambar oleh Abdul Razak Latif
Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Saya sentiasa membawa skaf saya ke mana-mana. Mahupun ke luar negara. Ia adalah aksesori mesti ada di dalam beg kerana saya suka menggayakannya. Apabila saya mahu tampil dengan jenama sendiri, saya berfikir sebaik-baiknya agar item fesyen yang dipilih sesuai untuk pasaran umum. Kalau saya buat koleksi pakaian, agak payah untuk saya bersaing dengan jenama-jenama besar yang ada,” ujar Ezurin lagi. 

Bercerita lanjut tentang koleksi skafnya itu, sebagai permulaan beliau mengeluarkan 10 koleksi skaf eksklusif bagi memberi impak kepada setiap wanita supaya kelihatan elegan dan berani. 

Gambar ihsan E For All
Gambar ihsan E For All

"Sebagai permulaan saya tampilkan 10 koleksi skaf E For All yang diinspirasikan dari 10 lokasi percutian yang pernah saya lawati iaitu Istanbul, Doha, Bahia, Rio, Dubai, Jakarta, Paris, Milan, Madrid dan Kuching. Ini adalah bandar-bandar yang paling saya gemari,” ujar Ezurin yang berharap agar koleksi skaf ini  menjadi 'trendsetter'.

Ulas Ezurin atau lebih dikenali sebagai Princess E ini lagi, idea untuk menghasilkan skaf ini adalah salah satu cara untuk dirinya meluahkan kecintaan terhadap seni. Biarpun hanya menyenaraikan 10 buah bandar, tetapi proses penghasilannya bukanlah sesuatu yang mudah. 

Gambar ihsan E For All
Gambar ihsan E For All

“Saya seorang yang sangat ‘details’, jadi saya mahu semuanya sempurna. Proses yang paling susah untuk menghasilkan skaf ini ialah ketika memilih warna-warna yang mahu ditampilkan. Saya mahukan warna-warna yang tidak terlalu terang, dan tidak terlalu gelap. 

“Selain itu, saya juga sangat menitikberatkan pemilihan fabrik. Saya mahukan fabrik yang selesa ketika dipakai dan mudah untuk digayakan dalam pelbagai cara. Sebab itulah fabrik kapas jadi pilihan,” ujar Ezurin teruja.

Ezurin Khyra bersama pasukan E For All - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Ezurin Khyra bersama pasukan E For All - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Sebelum mengakhiri bicara, Ezurin sempat menegaskan tujuannya menceburi bisnes fesyen bukanlah untuk mengejar kemewahan, tetapi ingin melihat setiap wanita tampil jelita dan bergaya. Bagi yang berminat untuk mendapatkan skaf eksklusif ini, ia boleh didapati secara dalam talian di www.eforezurin.com atau buat belian dengan 212 stokis berdaftar. - Getaran, 6 Oktober 2022

Gambar oleh Abdul Razak Latif
Gambar oleh Abdul Razak Latif

Berita Berkaitan

1

Gaya 5 bulan yang lalu

Alvin Chong Tekad Kuasai Dunia Fesyen Menerusi ALVN

2

TARA 8 bulan yang lalu

Pertunjukan Fesyen Gabungan Neonate, SVG Luar Biasa! Cat Walk Di Tengah-Tengah Litar Perlumbaan

3

Gaya 8 bulan yang lalu

Love, Bonito Sambut Ulangtahun Ke-13, Martabatkan Keindahan Warisan Batik

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Color Of The Year! - Hitam Pilihan Ramai Selebriti Syawal Kali Ini

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat