web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedai Konsep Gaya Hidup Neu Cycle & Carriage Tampilkan 3 Koleksi Pereka Fesyen Tempatan

Kedai ini menampilkan rekaan pakaian daripada pereka fesyen tempatan seperti Outdwell, Kanoe dan Li’s Atelier yang sebelum ini turut terlibat dalam pertunjukan Mercedes-Benz KLFW 2022

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2022 5:05PM

Neu by Cycle & Carriage menampilkan rekaan pakaian daripada pereka fesyen tempatan seperti Outdwell, Li’s Atelier dan Kanoe - Gambar ihsan Cycle & Carriage

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemasukan industri automotif dalam dunia fesyen telah dibuktikan memberi kesan positif terhadap rekaan pakaian yang diperagakan semasa acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022, yang berlangsung pada Ogos lalu.

Beberapa pereka fesyen telah menunjukkan kemahiran serta kreativiti hasil kerja mereka terhadap pakaian yang disarungkan oleh model-model di atas pentas tersebut.

Neu by Cycle & Carriage
Neu by Cycle & Carriage

Buat pencinta dunia fesyen, kedai konsep gaya hidup Neu by Cycle & Carriage telah mengadakan pameran tema ‘Fashion Forward’. 

Ia menampilkan rekaan pakaian daripada pereka fesyen tempatan seperti Outdwell, Kanoe dan Li’s Atelier yang sebelum ini turut terlibat dalam pertunjukan Mercedes-Benz KLFW 2022 yang menjadi sebahagian daripada pengalaman gaya hidup moden serta terkini untuk Cycle & Carriage.

Pereka Outdwell, Li’s Atelier dan Kanoe
Pereka Outdwell, Li’s Atelier dan Kanoe

OutdWell tampil dengan rekaan pakaian lelaki berkualiti tinggi yang diinspirasikan daripada seni, filem, fotografi dan muzik. 

OutdWell
OutdWell

Manakala Kanoe pula memperagakan rekaan batik moden yang mempesona dan bercita rasa tinggi, sementara Li’s Atelier menghasilkan koleksi rekaan fesyen mesra alam dengan pembuatan yang cukup teliti. 

Kanoe
Kanoe
Li’s Atelier
Li’s Atelier

Turut dipamerkan di dalam kedai konsep gaya hidup Neu ini adalah Mercedes-Benz AMG GT C untuk pengunjung sendiri melihat dan mendekati kenderaan yang bergaya serta menakjubkan ini.

Kenderaan model dua pintu C190 GT ini memiliki lampu LED pada bahagian lampu depan dan belakang  kereta bersama sistem pemantulan three-chamber yang terbaharu.

Dengan penambaikan dalaman dan luaran, peminat Mercedes-Benz akan mendapat pengalaman yang luar biasa bersama Cycle & Carriage.

Mercedes-Benz AMG GT C
Mercedes-Benz AMG GT C

Kedai konsep Neu by Cycle&Carriage ini dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari dan terletak di Lot G316, Aras G, 1Utama Shopping Centre (New Wing). - Getaran, 26 September 2022

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan