web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Metrojaya Next-Gen Tampil Koleksi Pereka Fesyen Lokal Dan Antarabangsa Ternama

Gedung terkemuka ini menyediakan barisan produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang dan beberapa jenama yang hanya terdapat di LaLaport Metrojaya.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 4:54PM

Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah mengukuhkan reputasi mereka dalam industri peruncitan lebih dari empat dekad, Metrojaya kini kembali untuk memperkenalkan kedai 'next-gen' terbaharu khas buat peminat setia gedung ini di LaLaport Bukit Bintang City Centre. 

Tekad untuk memberi pengalaman membeli-belah yang mengasyikkan untuk semua, gedung terkemuka ini menyediakan barisan produk eksklusif daripada jenama terkenal seperti Bill Keith, Yani Bakhtiar, Cynthia Tang, dan beberapa jenama yang hanya terdapat di LaLaport Metrojaya. 

Cawangan terbaharu di lokasi strategik ini bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan fesyen menarik, tetapi ia juga mempersembahkan kelengkapan rumah untuk memenuhi keperluan pelanggan. 

Tetamu kehormat menyerikan pembukaan Metrojaya LaLaport - Gambar ihsan SLPR Worldwide Group
Tetamu kehormat menyerikan pembukaan Metrojaya LaLaport - Gambar ihsan SLPR Worldwide Group

Gedung beli-belah ini pasti memberi nafas baharu dengan trend global terkini untuk membantu pelanggan membina kehidupan moden dengan produk gaya hidup berjenama yang hanya terdapat di Metrojaya seperti East India Company, Somerset Bay, Cape Cod dan Living Quarters, selain daripada koleksi eksklusif Metrojaya yang lain.

Pengerusi Metrojaya Department Store, Andrew Khoo Boo Yeow, berkongsi bahawa pihaknya komited untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan dengan menghasilkan produk memenuhi pilihan dan gaya hidup yang tersendiri. 

Mementingkan mutu dan kualiti, Metrojaya mengumpulkan koleksi terkini yang boleh didapati di dunia - memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk memilih apa sahaja mengikut citarasa mereka.

“Kami sentiasa mengemaskini pilihan kami demi menyediakan produk terkini untuk pelanggan dan memenuhi keperluan gaya hidup mereka. Ada di antara produk yang hanya boleh didapati di Metrojaya,” kata Andrew.

Pengerusi Metrojaya Department Store, Andrew Khoo Boo Yeow (tengah), bersama Lembaga Pengarah Metrojaya, Ong Hung Meng dan Puan Farizon binti Ibrahim merasmikan pelancaran Metrojaya LaLaport baru-baru ini - Gambar ihsan SLPR Worldwide Group
Pengerusi Metrojaya Department Store, Andrew Khoo Boo Yeow (tengah), bersama Lembaga Pengarah Metrojaya, Ong Hung Meng dan Puan Farizon binti Ibrahim merasmikan pelancaran Metrojaya LaLaport baru-baru ini - Gambar ihsan SLPR Worldwide Group

Selain daripada produk gaya hidup yang chic, Metrojaya LaLaport akan menjadi yang pertama untuk menyediakan vendor kopi tersendiri untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan. 

Tambahan unik untuk gedung ini juga termasuk tempat atau sudut Instagrammable untuk mengabadikan momen yang tidak dapat dilupakan.

“Vendor kopi yang disediakan bukan sahaja untuk membolehkan pelanggan kami bersantai dengan minuman kegemaran mereka, malah kami juga akan menyediakan bengkel yang menyeronokan untuk mereka yang berminat untuk mempelajari sesuatu yang baharu.

Ciri terbaharu ini akan tersedia di Metrojaya tidak lama lagi. Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk mengambil bahagian dalam keseronokan ini sambil meluangkan masa mereka bersama kami,” tambah Andrew lagi.

Metrojaya LaLaport mudah diakses menggunakan pengangkutan awam melalui LRT Hang Tuah dan stesen Monorel KL, dan hanya mengambil masa lima minit untuk berjalan kaki ke Metrojaya Lalaport dari stesen Merdeka laluan MRT Sungai Buloh-Kajang.  - Getaran, 23 September 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

2

TARA 2 tahun yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

3

Semasa 3 tahun yang lalu

LIMA'23: Sedia Platform Terbaik Beri Nafas Baharu Kepada Industri Maritim, Aeroangkasa - Loke

4

Selera 3 tahun yang lalu

Pengeluar Kopi Tertua Di Pulau Pinang Bersedia Untuk Berkembang Ke Seluruh Negara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 10 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN