web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Produk Penjagaan Kulit Sensitif Terbaik Untuk Si Comel

Lindungilah bayi anda dengan produk-produk penjagaan kulit sensitif paling laris di pasaran.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 6:09PM

Bayi mempunyai kulit yang sensitif justeru ibu bapa perlu mengetahui penjagaan yang betul bagi mengelakkan kesan lain pada kulit si manja. - Gambar hiasan dari Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai ibu bapa yang baru sahaja menyambut kehadiran cahaya mata, anda harus sentiasa bersedia. Tatkala meraikan ahli baharu dalam keluarga, anda mungkin keliru mengenai cara untuk memulakan penjagaan bayi yang terbaik buat si comel.

Pertanyaan-pertanyaan seperti:

“Bagaimana mahu menjaga kulit bayi saya yang halus dan sensitif?, kenapa si kecil saya mengalami ruam lagi? atau adakah produk ini selamat untuk si kecil saya?''  sering bermain di fikiran ibu bapa yang baru menimbang cahaya mata.

Perlulah diketahui, bayi dan kanak-kanak lazimnya mengalami masalah kulit pada tahun-tahun awal kehidupan mereka. Malah, bayi yang mempunyai kulit sensitif juga akan bertindak balas dengan cepat sekiranya terdapat ketidakserasian dalam produk kulit yang digunakan.

Namun, masalah ini boleh dicegah dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Menurut pakar dermatologi, bayi yang mempunyai kulit sensitif tidak digalakkan menggunakan barang penjagaan kulit yang mengandungi wangian, pewarna dan pengawet.

Justeru ibu bapa dinasihatkan memilih rangkaian penjagaan kulit yang boleh melembap, melegakan dan melindungi kulit sensitif si kecil anda daripada sebarang kerengsaan atau tindak balas yang boleh menyebabkan kegatalan atau kemerah-merahan pada kulit mereka.

Berikut kami senaraikan tiga produk penjagaan bagi kulit sensitif terbaik untuk bayi anda, seperti di bawah:

Gambar ihsan Aveeno
Gambar ihsan Aveeno

Aveeno Baby Wash & Shampoo

Semua ciri-ciri pembersihan yang diperlukan bayi dalam satu formula lembut. Dihasilkan khas untuk bayi dengan kulit sensitif, sabun dan syampu bayi ini membersihkan tanpa mengeringkan.

Produk ini mengandungi ekstrak oat organik yang terkenal dengan sifatnya yang menenangkan dan mampu memberi nutrisi. Ia juga meninggalkan aroma yang segar.

Gambar ihsan Mustela
Gambar ihsan Mustela

Mustela Soothing Moisturising Lotion

Losyen bayi ini bertekstur ringan dan mulus. Berasal dari Perancis, Mustela Soothing Moisturising Lotion boleh melindungi dan melegakan kulit sensitif dan ruam bayi.

Ia meresap dengan mudah untuk memberikan kelembapan segera dan tahan lama serta meninggalkan lapisan ‘kulit kedua’ untuk melindungi kulit sensitif si kecil anda.

Gambar ihsan Cetaphil
Gambar ihsan Cetaphil

Cetaphil Baby Advanced Protection Cream

Krim bayi ini direka untuk menenangkan sambil melembapkan dan melindungi kulit bayi anda daripada kerengsaan dan ketidakselesaan.

Membaiki pelindung kulit dengan pantas, produk ini dirumus dengan bunga calendula serta mentega shea untuk menambahkan kelembapan dan menguatkan kulit si comel. - Getaran, 6 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN