Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Alicia Amin Lega Protes Di KLFW Membawa Hasil Positif, Penganjur Janji Akan Bayar Model

Peragawati terkenal ini bersyukur dan gembira kerana apa yang diperjuangkannya selama ini akhirnya menunjukkan hasil biarpun makan masa bertahun.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Aug 2022 10:28PM

Alicia Amin - Gambar Instagram Alicia Amin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peragawati dan pelakon terkenal, Alicia Amin meluahkan rasa lega apabila protes yang dilalukannya sewaktu Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) berlangsung minggu lalu akhirnya membuahkan hasil positif.

Menurut Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, 27, pihak penganjur iaitu Andrew Tan telah berjanji kepadanya bahawa dia akan membayar kesemua model-model yang terlibat dengan KLFW dalam masa sehari.

“Andrew telah berjanji dengan saya menerusi panggilan telefon yang telah dirakam dengan kebenaran bahawa dia akan membayar para model yang terlibat dalam masa sehari. 

“Saya perlu simpan bukti kerana saya pernah bebrincang dengan dia pada tahun 2019 dan dia telah berjanji perkara yang sama bahawa dia akan selesaikan isu bayaran, tetapi dia tidak berbuat demikian. Tahun 2019 sehingga 2022 itu adalah jangka masa yang panjang. 

“Dan kali ini memang betul dia telah membayar model-model berkenaan dimana ini kali pertama perkara ini berlaku dalam masa 10 tahun penganjuran KLFW, model dibayar tepat pada waktu. 

“ Saya rasa sangat lega apabila mendapat tahu perkara ini dan inilah tindakan yang sepatutnya dilakukan. 

“Walaupun Andrew mendapat pelbagai kecaman selepas berita mengenai model tidak dibayar atau dibayar lambat ini mendapat liputan meluas, tetapi saya sangat gembira, andai segala kekecohan yang berlaku ini diperlukan supaya dia berubah. 

“Kalau dia kekalkan sikap sebegini, saya rasa KLFW akan berubah menjadi acara yang berbeza,” katanya sewaktu ditemui sejurus tamat melakukan pertunjukan fesyen untuk Alia Bastamam di KLFW. 

Dilihat seorang diri memperjuangkan nasib model-model tempatan, kata Alicia sebenarnya dia ada mendapat sokongan para model yang lain termasuklah senior.

“Ramai juga yang memberikan sokongan, antaranya kakak-kakak model yang lebih senior, model-model baru dan para selebriti tempatan. 

“Tetapi saya tak dapat nak dedahkan nama-nama mereka atas sebab tertentu. Mereka ada alasan sendiri kenapa mereka tidak dapat lantang bersuara. Tetapi mereka cakap secara terus dengan saya dan saya sangat-sangat hargai sokongan mereka. 

Paling penting Andrew sudah berjanji untuk bayar dan sekarang saya menanti bayaran untuk model-model yang tidak mendapat bayaran tahun-tahun sebelumnya. Kerana jika anda telah menukar sistem bayaran pada tahun ini, model-model lain yang telah bekerja pada tahun sebelumnya takkan kita nak lupakan mereka?” katanya.

Ditanya tentang jumlah bayaran model untuk berjalan di pertunjukan fesyen KLFW, kata Alicia setiap model mempunyai nilai mereka sendiri dan bukan semua model mendapat jumlah bayaran yang sama. 

“Saya mendapat tahu ada bayaran yang telah dibuat dalam puluhan ribu juga selepas artikel mengenai isu ini dikeluarkan. 

“Pada saya ini adalah sesuatu yang positif bila suara anda akhirnya didengari dan tindakan sewajarnya diambil. Kita bukannya saja-saja nak bersuara. 

“Ini adalah hak model-model yang bekerja. Mereka telah bekerja dan anda perlu bayar. Tak kisa lah pekerjaan apa sekalipun, kalau anda telah buat kerja, anda wajib dibayar,” katanya. 

Tambah Alicia lagi, selepas ini diharapkan para model lebih peka tentang terma pembayaran untuk setiap tugasan yang diambil sama ada menerusi emel mahupun whatsapp agar janji tidak dimungkiri.

“Kerja kami banyak melibatkan perbincangan secara lisan. Sejujurnya perjanjian secara lisan akan berakhir dengan kekecewaan. 

“Saya tahu ramai model yang berdiam diri kerana merasakan bayaran yang seharusnya mereka dapat tidak berbaloi untuk diperjuangkan di mahkamah. Terutamanya untuk model-model baru takut jika mereka bersuara, orang dah tak mahu ambil mereka bekerja lagi. Perkara ini saya sudah lalui dulu,” ujarnya. 

Alicia Amin (@hangriii) • Instagram photos and videos

“Jika anda hadir ke KLFW, hanya yang indah sahaja yang kelihatan di mata kasar. Model-model melangkah penuh yakin dibaluti busana penuh glamor, namun disebalik gemerlapan yang dipamerkan tersembunyi perit jerih seorang model di belakang pentas yang tidak diketahui ramai orang. 

“Jika anda merupakan model yang diupa pihak penganjur, anda perlu berjalan untuk banyak pertunjukan mengikut slot yang telah ditentukan. Kadang-kadang satu slot mempunyai banyak pereka fesyen. 

“Situasi di belakang pentas pula bila anda dah sarungkan pakaian, anda tidak boleh duduk kerana tidak mahu baju berkedut. Pentas pula kelihatan seperti tidak panjang, tetapi bila perlu berjalan memakai kasut tumit tinggi dan berjalan untuk lima pertunjukan setiap hari, memang penatlah. Ibarat berjalan dalam marathon mini sambil memakai kasut tinggi. 

“Mental juga kena kuat sebab anda berhadapan dengan ramai orang. Kena kekalkan sikap profesional sepanjang masa. 

Tiada makanan atau minuman yang disediakan pihak penganjur. Saya ada minta Andrew sediakan air untuk para model, dan hari ini dia ada sediakan tetapi minuman itu dari pihak penaja KLFW tahun ini,” kongsinya. 

Namun kata Alicia, berkenaan soal penyediaan makanan dan minuman, ia adalah bergantung kepada budi bicara pihak penganjur kerana perkara itu tidak termaktub dalam mana-mana sektor pekerjaan. 

“Saya pernah juga tanya kawan-kawan saya yang bekerja untuk konsert, kata mereka tiada undang-undang di Malaysia yang menyatakan bahawa anda perlu sediakan air untuk pekerja. Jadi perkara ini lebih kepada etika. Kalau anda seorang yang baik hati dan penganjur yang baik, anda akan sediakan air minuman,” katanya.

Ujar Alicia lagi bukan niatnya untuk menjatuhkan Andrew mahupun KLFW kerana dia sendiri sangat menyayangi acara yang meraikan untuk industri fesyen tanah air itu. 

“Saya sangat sayang KLFW. Kita dapat lihat semua pereka fesyen dan para selebriti tanah air berkumpul dan bersatu di acara ini. Kita semua meraikan fesyen di sini.

“Industri fesyen kita tidak besar tetapi kita boleh berkembang. Kalau boleh kita nak pergi sehingga ke peringkat antarabangsa terutamanya sekitar Asia. Tetapi untuk pergi ke tahap itu kita kena buat betul-betullah.” – Getaran , 30 Ogos 2022

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran