web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inspirasi Isuzu D-Max Terhadap Super Sunday, Suatu Gabungan Automotif Dalam Fesyen

Rekaan pakaian Super Sunday yang berdasarkan ciri-ciri Isuzu D-Max diperagakan di Kuala Lumpur Fashion Week.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 5:00PM

Pertunjukkan fesyen jenama Super Sunday di KLFW.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keserasian model kenderaan D-Max terhadap pakaian jenama Super Sunday dalam acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang bertempat di Pavilion, Kuala Lumpur minggu lepas telah membuka mata ramai orang.

Mungkin terdapat beberapa pihak yang agak keliru, apakah gabungan industri automotif tersebut bersama rekaan pakaian jenama tempatan ini.

Namun, kesinambungan kolaborasi hebat ini telah dipertontonkan pada hari terakhir acara ini berlangsung semasa sesi peragaan pakaian Super Sunday.

Rekaan yang sangat versatil serta memukau mata ini dihasilkan pengarah dan pengasas Super Sunday, Zulkifli Salleh atau lebih dikenali sebagai Bob.

Dia menyatakan bahawa idea asal pakaian yang diperagakan itu diinspirasikan daripada  ciri-ciri yang ada pada model baharu Isuzu D-Max keluaran generasi ketiga ini.

“Pada pendapat saya persamaan yang ada pada pakaian rekaan saya dan kenderaan ini ialah penerapan perasaan hebat, menyerlah, bergaya dan selesa dipakai, sama seperti ketika saya memandu Isuzu D-Max.

“Elemen reka bentuk yang ada pada kenderaan ini menjadikan saya lebih kreatif untuk menvisualisaikan pakaian Super Sunday,” ujarnya menerusi wawancara melalui saluran YouTube Isuzu D-Max MY.

Pelbagai rekaan baju, seluar dan sarung kepala menarik dipersembahkan oleh model- model yang terpilih dalam acara tersebut.

Antaranya, sarung kepala yang  direka berasaskan daripada sistem keselamatan beg udara dan keselesaan tempat duduk kenderaan tersebut.

Jadi ketika memakainya, anda akan sentiasa berasa selesa serta selamat digunakan dimana-mana sahaja.

Ini termasuk warna yang ada pada kenderaan Isuzu D-Max juga menjadi pilihan dalam menghasilkan baju atau seluar keluaran Super Sunday.

Nyata, gandingan Isuzu D-Max bersama Super Sunday di KLFW telah mengembangkan lagi cabang dalam dunia fesyen dalam acara berprestij ini dengan rekaan pakaian yang hebat serta luar biasa. - Getaran, 24 Ogos 2022.

Gambar: Izwan Ramlan

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan