web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Produk Rambut Untuk Rambut Yang Lembut

Buletin cantik Ogos ini dibuka dengan penawaran kempen rambut pertama oleh Sephora.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2022 10:00AM

Gambar produk penjagaan rambut ihsan Briogeo dan ikoo.

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penjagaan rambut dan kulit kepala semakin mendapat perhatian dengan peningkatan bilangan wanita yang ingin melakukannya di rumah sahaja. 

Ini kerana, golongan wanita sudah pun  terbiasa melakukan penjagaan rambut sendiri akibat penutupan salun selama hampir dua tahun lalu  disebabkan pandemik.

Sephora Asia Tenggara (Sephora) telah mengenal pasti tiga kebimbangan utama berkaitan rambut dalam kalangan wanita Malaysia menerusi tinjauan yang mereka lakukan. 

Antaranya, kulit kepala mengelupas, rambut kering dan helaian rambut yang mudah putus. 

Gambar dari Better Hair Club
Gambar dari Better Hair Club

Namun, usah khuatir! Buat julung kalinya, Sephora melancarkan Better Hair Club selaku kempen rambut pertamanya. 

Kempen rambut ini dijalankan bagi memberi tumpuan pada aspek kepelbagaian dalam penjagaan rambut wanita-wanita Asia.

Tanpa mengira jenis atau tekstur rambut, berhijab ataupun tidak, golongan wanita hari ini memilih penjagaan rambut yang menyeluruh agar rambut mereka lebih lembut dan terurus. 

Berikut kami syorkan empat produk rambut terbaik untuk mendapatkan rambut yang cantik dan lembut, seperti berikut:

#1 BRIOGEO Scalp Revival (226ml), RM198

Gambar dari Briogeo
Gambar dari Briogeo

 

#2 Olaplex No. 6 Bond Smoother (100ml), RM150

Gambar dari Olaplex
Gambar dari Olaplex

 

#3 iKOO Home Detangling Brush, RM107

Gambar dari ikoo
Gambar dari ikoo

#4 Virtue Labs Topical Scalp Supplement, RM426

Gambar dari Virtue Labs
Gambar dari Virtue Labs

Di berita yang lain, Unilever Malaysia (UM) meraikan ulang tahunnya yang ke-75 di Malaysia pada tahun ini.

Bermula pada 1947, syarikat ini ditubuhkan oleh Lever Brothers dengan menghasilkan produk-produk utamanya seperti sabun dan marjerin.

Hari ini, UM telah berjaya menghasilkan rangkaian produknya, dari barangan penjagaan rumah, hinggalah produk kecantikan termasuklah produk-produk rambut seperti syampu dan perapi.

Sempena sambutan ini juga, UM turut melancarkan satu logo khas dengan menggabungkan 25 ikon berwarna-warni yang dihias mengelilingi angka 75.

Dengan cogan kata ‘75 Tahun Bersama U’, ia melambangkan komitmen UM pada masa lalu, juga masa hadapan untuk kekal membantu rakyat Malaysia agar tampil lebih menarik dan sihat.

Unilever Malaysia (UM) meraikan ulang tahunnya yang ke-75 di Malaysia pada tahun ini. - Gambar ihsan Unilever Malaysia
Unilever Malaysia (UM) meraikan ulang tahunnya yang ke-75 di Malaysia pada tahun ini. - Gambar ihsan Unilever Malaysia

Pengarah UM, Lenny Chuah berkata, “Mengimbau 75 tahun ini, kami nekad untuk membina satu organisasi cemerlang dengan budaya yang menjana pembangunan lestari,” ujarnya.

UM juga telah menyumbang lebih RM5 juta untuk menyokong usaha melawan COVID-19 melalui sumbangan sabun, produk sanitasi dan makanan untuk golongan yang memerlukan.

“Usaha kami tidak berakhir di sini, kami berikrar untuk terus memberi lebih manfaat kepada bumi dan masyarakat dengan bekerjasama dengan Perikatan Kitar Semula Malaysia (MAREA).

“Kami mahu membina ekonomi hijau yang bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih serta mencorak masa hadapan yang lestari,” akhiri Lenny. – Getaran, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Armila Beauty Miliki Racun Berjadual, Notifikasi Ditarik Semula - KKM

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

3

Gaya 3 tahun yang lalu

Isu Tular Di Media Sosial, Produk Skin Dessert Mula Tindakan Undang-Undang Terhadap SIRIM 

4

TARA 3 tahun yang lalu

“Saya Memang Tak Boleh Pisah Dengan IG Saya” Aliff Syukri Juga Menyesal Keluarkan Video Tangisan 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 11 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN