web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buletin Gaya: Apa Menarik Minggu ini?

Getaran berkongsi perkembangan dunia fesyen dan kecantikan untuk minggu ini.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2022 5:35PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buletin gaya minggu ini dimulakan dengan pengumuman kempen Zalora Big Fashion Sale oleh Zalora. Sementara New Balance, Femnine, Carlo Rino dan I’m From melancarkan koleksi terbaru. 

#1 Zalora Big Fashion Sale

Dengan lebih 800 jenama mengambil bahagian, Zalora bakal melancarkan Zalora Big Fashion Sale yang bermula dari 22 Jun hingga 28 Jun 2022.

Kempen yang dijalankan sepanjang hujung bulan Jun ini menawarkan 50 tawaran harga rendah, “Kami memberi pengguna kami jualan terbesar berbanding tahun sebelum ini.

“Bersama-sama dengan rakan kongsi jenama, kami ingin membawa pengalaman membeli-belah yang memuaskan untuk semua,” kata Neha Bhasin, Pengarah Komunikasi Jenama Zalora.

#2 New Balance 327, 57/49 & XC-72

Baru-baru ini, New Balance melancarkan model terbaharunya iaitu model 327, 57/40 dan XC-72 dalam pelbagai tona kelabu.

Rekaan ini berdasarkan siluet klasik bagi mengangkat keunggulan warna kelabu, warna yang sinonim dengan jenama ini, “Warna kelabu adalah warna yang ringkas tetapi amat kompleks.

“Ia merungkaikan pelbagai kisah, bergantung kepada tona kelabu yang digunakan ke atas kasut. 

“Mata manusia boleh membezakan ratusan jenis kelabu, menjadikannya warna versatil yang kita sentiasa boleh gunakan,” kata Paul Kaseumsouk, Pengurus Projek Kanan New Balance.

#3 Carlo Rino X Looney Tunes

Carlo Rino telah bekerjasama dengan Warner Borthers untuk koleksi terbaharunya, Carlo Rino X Looney Tunes.

Jenama kontemporari ini bakal menampilkan watak-watak ikonik dari animasi Loonet Tunes seperti Bugs Bunny, Daffy Duck dan Tweety Bird pada koleksinya ini. 

Koleksi ini merangkumi tas tangan, dompet dan t-shirt. 

#4 Femnine

Femnine, jenama fesyen digital dari Singapura berbesar hati menawarkan rangkaian pakaian berkualiti tinggi dengan harga berpatutan.

Matlamat utama Femnine ialah untuk mencipta satu jenama kepelbagaian, khusus untuk golongan wanita daripada semua saiz sambil mengekalkan piawaian fesyen setaraf antarabangsa.

“Jenama ini ialah untuk setiap wanita di luar sana yang ingin berasa selesa dengan diri mereka.

“Dengan Femnine, saya mencipta sesuatu yang berkualiti tinggi dengan reka bentuk yang bergaya. Ia fesyen untuk semua,” ujar Veena, pengasas Femnine. 

#5 I’m From’s Mugwort

Anda mengalami radang kulit? Bintik merah? Atau jerawat degil?

I’m From telah menemui penyelesaiannya dengan memanfaatkan tumbuhan herba, Artemisia Princeps atau Mugwort untuk rangkaian produk kecantikan terbaharunya.

Mugwort secara semula jadi mempunyai ciri-ciri antibakteria, penenang dan mengandungi vitamin E yang melindungi dan menguatkan penghadang kulit terhadap jerawat sambil mengurangkan garis-garis halus.

Mugwort juga mempunyai sifat penyembuhan dan anti radang untuk badan, minda dan kulit. - Getaran, 21 Jun 2022

Gambar: Jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 tahun yang lalu

Gaya Di Getaran Ep. 56: Pertunjukan Fesyen Zalora Raya 2022

2

Gaya 4 tahun yang lalu

#Zaloraya2022 : Menyambut Kemeriahan Lebaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan