web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangkah Ke Butik Fred Perry Serba Eksklusif

Sempena 11 tahun di Malaysia, jenama ikonik British ini melancarkan Kuala Lumpur Neon!

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 May 2022 2:43PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah sebelas tahun bertapak di Malaysia, jenama fesyen jalanan ikonik dari United Kingdom membuka butik keenamnya di Pavilion Bukit Jalil.

Butik seluas 1400 kaki persegi itu merupakan butik Fred Perry pertama yang mempamerkan pintu masuk kaca berkembar lengkap dengan skrin LED serta kalungan Laurel di jendela.

Dindingnya dihiasi dengan gambar-gambar klasik sang juara tenis itu sendiri, termasuk poster peragawan dan peragawati lengkap dalam sepersalinan Fred Perry yang kemas dan sotisfikated.

Setiap koleksi disusun dengan cara yang membawa anda melalui sebuah perjalanan, bergerak dari koleksi ke koleksi, dari koleksi lelaki kepada wanita, sukan dan bahagian beg.

Bersempena dengan pembukaan butik besar-besaran ini juga, Fred Perry turut melancarkan ‘The Original Twin Tipped Fred Perry Shirt’, koleksi M12 City Shirts dalam empat warna.

Antaranya, Manchester Blue, Toronto Green, Riyadh Gold dan Kuala Lumpur Neon sempena lampu neon di Petaling Street di mana ibupejabat Fred Perry pernah bertapak.

Ini kali pertama dalam sejarah Fred Perry, Kuala Lumpur dinamakan di dalam koleksi! 

Majlis malam itu dimulakan dengan persembahan oleh Dani Komari dan kumpulannya. Penyanyi soul itu berjaya menjiwai esen suara mendiang Amy Winehouse, rakan jenama lama Fred Perry.

Setelah persembahan, pengunjung dan media dibawa pula untuk sesi lawatan mengelilingi butik sambil menikmati bertih jagung dari Des Puffmeister serta kopi Vietnam dari Kee Nguyen Coffee. 

Di England jenama ini sangat terkenal dalam kalangan punk dan skinhead, Freed Perry menjadikan fesyen dan muzik British sebagai terasnya.

Di Malaysia, nama-nama kugiran besar seperti Gerhana Ska Cinta, The Times, OAG, Toko Kilat dan Pastel Lite sudahpun mengenakan sepersalinan Fred Perry semasa persembahahan mereka.

Paling istimewa, Fred Perry dengan bangganya mengumumkan bulan Mei sebagai ‘Bulan Baju Fred Perry’ 

Buat julung kalinya, 15 rakan jenama telah dipilih untuk mempamerkan kisah mereka melalui gambar pegun dan bergerak.

Rakan-rakan jenama itu terdiri daripada pemuzik, artis tatu, tukang gunting rambut, jurugambar dan ramai lagi insan seni yang menjadi intipati jenama Fred Perry. - Getaran, 17 Mei 2022

Gambar: Fred Perry Malaysia 


 

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 bulan yang lalu

Pavilion Bukit Jalil Meriahkan Aidilfitri Dengan Adiwira Monsta

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN