web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Tip Menambah Seri Penampilan Raya Anda

Jadikan kehadiran anda sebagai penyeri pagi syawal untuk swafoto dan OOTD Raya!

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 4:30PM

Gambar: PNW Production, Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selesai berpuasa selama sebulan, anda pastinya ternanti-nantikan pagi Syawal.

Setelah sekian lama tidak pulang ke kampung halaman, anda juga semestinya mahu kelihatan cantik pabila bertemu dengan sanak-saudara tercinta.

Jangan risau! Ikuti sahaja tip-tip penampilan diri ini supaya gambar swafoto dan OOTD Raya anda cantik berseri!

Gambar: Alif Omar
Gambar: Alif Omar

#1 Jaga makan menjelang Raya

Sekalipun anda berasa lapar, jangan lupa untuk bersederhana semasa berbuka puasa. Lebih-lebih lagi dalam pengambilan makanan berlemak tinggi dan bergula.

Dengan mengurangkan gula, anda bukan sahaja boleh mendapat bentuk tubuh yang cantik, malah anda juga dapat menghindari masalah jerawat pada wajah anda.

Pilihlah makanan yang lebih sihat dan berkhasiat seperti protein tanpa lemak dan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Jangan lupa untuk minum air juga!

Gambar: Nu Skin
Gambar: Nu Skin

#2 Teruskan senaman rutin

Walaupun anda mahu menjimatkan tenaga semasa berpuasa, anda masih boleh membuat senaman rutin selepas pulang dari jamuan moreh atau solat tarawih pada malam hari.

Ingat, elakkan rutin senaman yang memerlukan daya tenaga yang tertalu tinggi. Gandakan pengambilan air antara waktu iftar dan sahur.

Bersederhana, utamakan senaman yang membina daya kekuatan berbanding senaman kardio untuk memperlahankan pengecutan otot semasa berpuasa.

Cubalah produk pengurusan berat dan bentuk badan dari ageLOC TR90 untuk mendapatkan penampilan badan yang menarik Raya ini. 

Gambar: PNW Production, Pexels
Gambar: PNW Production, Pexels

#3 Latih gaya solekan anda

Perkara pertama yang akan dilihat pada setiap pertemuan ialah wajah anda.

Jika anda mahukan gaya solekan yang berlainan daripada hari-hari biasa, pastikan anda menonton video tunjuk ajar solekan secara dalam talian dan berlatih sebanyak yang mungkin!

Sebaik-baiknya, bersiaplah lebih awal pada pagi Raya sebelum para tetamu sampai ke rumah anda, supaya anda mempunyai lebih masa untuk menyerikan penampilan anda sebaik mungkin.

Gambar: Nu Skin
Gambar: Nu Skin

#4 Manjakan kulit wajah 

Solekan sememangnya boleh menutupi cela dan ketidaksempurnaan kulit wajah seperti parut jerawat dan bintik-bintik hitam, tetapi sebenarnya solekan anda itu tidak mampu menutup tekstur kulit yang kasar!

Jagalah kulit wajah anda dengan rapi menjelang raya ini. Tanpa mengira apa jua jenis kulit dan produk pilihan anda, rutin penjagaan muka anda tidak lengkap tanpa Nu Skin ageLOC LumiSpa.

Alat penjagaan kulit serba guna ini membersihkan kulit wajah daripada kotoran dan toksin bagi memberikan penampilan wajah yang berseri dalam hanya masa dua minit sahaja. 

Layari Nu Skin untuk maklumat lanjut. – Getaran, 19 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden