web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jurusolek Ternama, Fendi Sani Meninggal Dunia

Terkenal sebagai salah seorang jurusolek terbaik di dalam industri, arwah juga merupakan antara tenaga kerja yang pernah menjayakan beberapa kulit depan TARA di Getaran.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 12:32PM

Gambar Asal: Astro Gempak

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jurusolek profesional, Fendi Sani menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat kanser hati di kediamannya yang terletak di Pulau Pinang.

Berita duka itu dikongsikan Instagram @ehmalaysia dalam satu hantaran gambar Fendi Sani berwarna hitam dan putih pagi tadi.

Terkenal sebagai antara jurusolek terbaik di dalam industri, arwah yang mesra disapa abang Fendi merupakan salah seorang tenaga kerja yang pernah menjayakan beberapa kulit depan TARA di Getaran.

Antara wajah TARA yang pernah mendapat sentuhan beliau termasuklah isu Naim Daniel: Mungkin Ini Kisah Paling Sedih, Whulandary: Puspa Bangsa di Bumi Melayu, Metamorfosis Sherry Alhadad, Hun Haqeem: Cinta Hati Saya Adalah… dan Syafiq Kyle: Tentang Maskulin Toksik.

Mereka yang pernah bekerja secara langsung dengan arwah menyifatkan beliau seorang yang merendah diri walaupun sudah dianggap sebagai senior dalam industri solekan negara. Sepanjang menjadi jurusolek, beribu wajah selebriti ternama dan orang kenamaan sudah ditata rias oleh beliau.

Bukan itu sahaja, beliau seorang yang arif serta mudah untuk berurusan. Berikan sahaja tema dan visi penggambaran, sekelip mata sahaja beliau faham dan tahu bagaimana mahu menjayakannya.

Tidak hairanlah nama Fendi Sani selalu disebut dan menjadi pilihan majalah fesyen terkemuka negara.

Semestinya pemergian arwah adalah satu kehilangan besar yang turut dirasai seluruh anak seni dan industri fesyen negara. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah. - Getaran, 20 Mac 2022

Isu Pada

Jiwa Bebas Fauzi Baadila

19 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN