Berita Terkini

16 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


“Saya Mahu Semua Wanita Memperkasa Perjalanan Hijab Mereka!” - Neelofa

Neelofa mahu para wanita mempunyai keberanian yang sama dengan Ariel, 'The Little Mermaid'.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 11:43AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melakar satu lagi pencapaian bermakna, Naelofar melancarkan Disney x Naelofar, kolaborasi pertama bersama watak Puteri Disney, Ariel The Little Mermaid di pusat beli-belah 1 Utama.

Dengan misi untuk membantu memartabatkan para wanita untuk sentiasa ‘Go Far’, koleksi ini membawa tema ‘Kembara Untuk Anda Cipta’.

Sesuai perwatakan Ariel si Puteri Duyung, ia mengetengahkan nilai keberanian pada diri setiap wanita dan menjemput para peminat busana muslimah untuk melihat seni keajaiban laut dalam.

Selebriti merangkap pengasas Naelofar, Noor Neelofa berkata, “Saya teruja untuk mengumumkan koleksi bersama Disney ini setelah berbulan lamanya kami merahsiakan persiapannya.

“Saya suka watak Ariel yang tak lapuk dek zaman. Kagum dengan semangat dan ketabahannya dalam mengharungi perjalanan panjang dalam menemukan dirinya sendiri.

“Ariel ialah wanita muda yang tabah dan penuh sifat ingin tahu, bersedia untuk mempertahankan pendiriannya. Sikap ini dapat kita lihat dalam ramai wanita kita secara bergenerasi,” katanya.

Tambahnya, “Kami mahukan #NaelofarBabes mempunyai keberanian yang sama seperti Ariel. Saya mahu semua wanita memperkasakan perjalanan hijab mereka!

“Perjalanan berhijab adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang mula berhijab dengan mudah dan ada juga yang menghadapi cabaran semasa mula-mula menyarungkannya.

“Melalui Naelofar, kami ingin menyokong perjalanan kerohanian ini dan membantu mereka memperlihatkan keindahan sebagai seorang wanita muslimah,” jelas Neelofa.

Mendapat inspirasi daripada The Little Mermaid, Naelofar menyuntik identiti jenama mereka dalam corak rekaan hijab The Little Mermaid Shawl and Square yang berharga RM119 sehelai.

Digubah dalam kelembutan alunan satin dalam enam warna menawan, seleksi hijab ini membawa elemen utama seperti ekor duyung, tiara dan terumbu karang.

Tidak hanya hijab, koleksi ini turut mengetengahkan rekaan kaftan yang dijalin dengan elemen yang serupa dalam tiga warna berbeza dalam harga RM199 sehelai.

Sebagai pelengkap, hiasan logam tapak sulaiman mini rekaan eksklusif Disney x Naelofar diletakkan pada hijab dan hujung lengan kaftan.

Bagi melengkapkan seluruh penggayaan, Naelofar turut melancarkan The Little Mermaid Clear Tote Bae dalam dua pilihan warna yang berharga RM149 seunit.

Diperbuat daripada PVC dan kulit vegan, beg ini membawa konsep lautan terbuka dengan rekaan lut cahaya untuk menggambarkan kehidupan bawah laut si Ariel. 

Disney x Naelofar boleh didapati di semua cawangan rasmi Naelofar. - Getaran, 1 Mac 2022

Gambar: Azim Rahman

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Refleksi 11 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN