web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


#UnfashionShow: Onitsuka Tiger ‘Mengaum’ Di Pentas Milan 2021

Koleksi Musim Luruh/Dingin 2021 Onitsuka Tiger buat pertama kali melewati Minggu Fesyen Milan 2021

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 10:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rumah fesyen asal Jepun, Onitsuka Tiger tampil membuat kemunculan sulung di Milan Fashion Week (MFW), mempersembahkan Koleksi Musim Luruh/Dingin 2021 sambil diiringi filem digital bertajuk #UnfashionShow. 

Milan sentiasa berkait rapat dengan jenama ini kerana ia merupakan pangkalan fesyen utama Pengarah Kreatif, Andrea Pompilio. Onitsuka Tiger membuka butik pertamanya di Itali pada 18 Disember 2020 di bawah naungan kreatif Andrea. 

Dengan tema East Meets West, Tokyo dan Milan menjadi teras identiti Onitsuka Tiger. Memindahkan pentas peragaan dari Tokyo Fashion Week (TFW) ke MFW untuk musim ini dilihat sebagai langkah paling wajar bagi memantapkan lagi gabungan tersebut.

Koleksi Musim Luruh/Dingin 2021 Onitsuka Tiger menggabungkan elemen dan rekaan minimalis. Ia mendapat ilham dari Himalaya iaitu persalinan aktiviti trek dan memanjat gunung era 1970-an, dengan suntikan warna-warna terang seperti jingga, kuning dan biru neon.

Himpunan ini menzahirkan prinsip fungsi yang menjadi tunjang utama jenama, seiring dengan rekaan terperinci buatan tangan yang dihasilkan penuh teliti. Helaian lapisan bulu bebiri menjadi antara padanan utama dalam koleksi ini. 

Koleksi ini turut disatukan bersama helaian dalaman nilon Radzmir dengan inspirasi gaya pipa vintaj. Ia paduan terbaik untuk kekal hangat kala pendakian gunung di musim sejuk. 

Himpunan ini diperkukuhkan lagi dengan kolaborasi Toyoki Adachi, pereka fesyen dan Pengarah Artistik Nowartt. Andrea menggabungkan grafik tekstil ciptaan Toyoki pada helaian koleksi ini, mencetaknya pada fabrik yang digunakan pada jaket, seluar dan beg galas. 

Tumpuan khusus diberikan pada garis PAW, pakaian trek Onitsuka Tiger yang diperbuat daripada poliester era 70-an. Helaian ikonik, menghasilkan gabungan dua konsep kontras yakni “vintaj x seni” dan “ analog x digital”. 

Penyertaan Onitsuka Tiger di MFW dijadualkan buat pertama kalinya bagi musim ini dengan persembahan Koleksi Musim Luruh/Dingin 2021 menerusi laman sesawang rasmi Lembaga Fesyen Kebangsaan Itali.

Filem digital pula membabitkan barisan selebriti terkenal, antaranya penyanyi M¥SS KETA, penari Gabriele Esposito dan artis visual OZMO. #UnfashionShow mencerminkan tiga tonggak teras yang diselaraskan dengan keperibadian jenama Onitsuka Tiger: muzik, gerakan dan seni. 

Semua gambar: ONITSUKA TIGER MALAYSIA

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi