web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mencuci Pakaian Lebih Menyeronokkan

Mula menjengah pasaran Malaysia kira-kira setahun lalu, rangkaian produk cucian Sanren Journey dicipta dan diselidik dengan teliti khusus untuk mempercepatkan proses cucian. 

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 8:35AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi sesetengah orang, tugas mencuci pakaian cukup membebankan. Lebih-lebih lagi jika berkeluarga besar dan punya masa hanya di hujung minggu.

Mungkin ada yang mempersoalkan: “Apa yang susah sangat? Cuma masukkan pakaian kotor ke dalam mesin dan biarkan ia melakukan tugas sehingga selesai.” 

Benar, itu proses yang semua orang lakukan tetapi kerja-kerja sebelum itu adakalanya merenyahkan. Perlu asingkan pakaian putih, baju kerja, pakaian harian dan sebagainya. Dek kerana itulah, masih ramai lagi yang gemar menggunakan khidmat kedai dobi. Cuma bayar dan siap!

Kini pengalaman mencuci pakaian anda bakal berubah. Sanren Journey, jenama sabun pencuci pakaian buatan tempatan memberi definisi baharu kepada kerja rumah majoriti suri rumah ini.

Jenama sabun ini hadir dengan matlamat untuk mengubah proses kerja harian di rumah yang mana ia bukan sahaja menawarkan produk premium kepada pengguna, malah menambah baik dan meningkatkan pengalaman mencuci pakaian.

Mula menjengah pasaran Malaysia kira-kira setahun lalu, rangkaian produk cucian ini dicipta dan diselidik dengan teliti khusus untuk mempercepatkan proses cucian. 

Pada awalnya, Sanren Journey hadir dengan produk terulung mereka, Classic Laundry Stones - kantung fabrik inovatif yang mengandungi serbuk pencuci ultra pekat untuk membersih dengan sempurna tanpa perlu mengasingkan fabrik putih dan berwarna. 

Sejak itu, jenama tersebut telah berjaya mengembangkan rangkaian produknya termasuklah penyerap warna, pemadam noda fabrik, sanitiser fabrik, untuk cucian tangan dan fabrik lembut, penjagaan kain dapur, tuala serta perapi fabrik. 

Pemadam noda fabrik
Pemadam noda fabrik

Produk-produk jenama ini dibuat dalam kelompok kecil dan telah direka untuk membolehkan pengguna mempercepatkan proses pembersihan, mengekalkan kualiti pakaian serta memastikan cucian bersih dan bebas kuman. 

penyerap warna
penyerap warna

Sanren Journey juga percaya walaupun proses mencuci pakaian kadang-kala agak rumit dan leceh, ia patut menyuntik keriangan.

Dengan itu, pengasas Sanren Journey, Herne Gan dan Victoria Ng, telah bekerjasama dengan pereka wangian untuk mencipta aroma yang benar-benar unik untuk semua produk mereka. Mereka yakin mengaitkan bau-bauan dengan kerja rumah seharian mampu mengubah persepsi kehidupan secara positif. 

Ditubuhkan pada 2020, idea menghasilkan Sanren Journey bermula ketika kedua-dua pengasas jenama tersebut bekerja di luar negara dan bergelut untuk mengimbangi kerja rumah harian dengan gaya hidup pantas mereka. 

“Bekerja sepenuh masa membuat kehidupan kami sangat sibuk. Setiap kali kami pulang, ada sahaja timbunan pakaian kotor yang menunggu untuk dicuci. Leceh dan membebankan.

"Ketika itulah kami sedar yang kami perlu memikirkan satu cara untuk memudahkan proses mencuci pakaian di mana ia juga mampu menambah baik dan meningkatkan pengalaman mencuci pakaian.”

“Berkat ilmu asas dalam industri membuat  bahan cucian dan setelah bertungkus-lumus bereksperimen, kami berjaya menghasilkan Sanren Journey - kaedah terbaik yang memberi makna baharu kepada proses pencucian pakaian.

"Dengan menggunakan rangkaian produk ini, kami percaya ia boleh mencetuskan keseronokan, cara mencuci yang lebih efisien dan menjimatkan masa. Ini bermakna punya lebih banyak masa untuk perkara-perkara lebih indah,” ujar Herne Gan dan Victoria Ng.

Untuk maklumat lanjut dan info terkini, lawati Sanren Journey di Facebook, Instagram atau  laman web. - Getaran, 21 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN