web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selendang Eksklusif Dari Istanbul Buat Malaysia

Dihasilkan di Istanbul, selendang yang direka khas ini menampilkan kehebatan dan daya tarikan Malaysia dengan menggabungkan elemen semula jadi, tradisional dan moden yang terdapat di negara kita. 

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 2:55PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini jenama fesyen sopan global, Modanisa, memperkenalkan rekaan selendang eksklusif yang diinspirasikan dari Malaysia sebagai tanda memperingati pelancarannya di sini sejak hampir setahun lalu. 

Direka oleh pereka Modanisa dan dihasilkan di Istanbul, selendang yang direka cipta khas ini menampilkan kehebatan dan daya tarikan Malaysia dengan menggabungkan elemen semula jadi, tradisional dan moden yang terdapat di negara kita. 

Rekaan selendang berona terang ini menampilkan corak cetakan pokok palma tropika, bunga raya dan latar langit Kuala Lumpur yang ikonik. Menerapkan elemen batik dalam setiap rekaan, koleksi ini tampil sempurna di atas sehelai kain berkualiti tinggi dan selembut sutera berukuran 130cm X 130cm. 

“Sejak kemunculan Modanisa buat julung kali di pasaran Malaysia November lalu, kami telah menerima sambutan yang memberangsangkan daripada penggemar fesyen sopan di negara ini. Selendang yang bakal dipasarkan ke semua pasaran global Modanisa ini dicipta sebagai tanda penghargaan kami di atas sokongan dan dorongan yang telah diterima.”

“Rekaan selendang ini memberi penghargaan kepada warisan budaya dan alam semula jadi Malaysia yang kaya dan juga untuk menzahirkan perasaan kasih mesra kepada negara ini dalam semangat perpaduan - dari Istanbul, dengan muhibah,” ujar Pengarah Bersekutu Fesyen dan Komuniti Modanisa, Havva Kahraman.

Pelancaran selendang eksklusif ini juga bersempena sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia yang disambut baru-baru ini. Aksesori fesyen tanda kenang-kenangan ini dijual dengan harga RM33.54 (USD$7.99) di laman sesawang rasmi Modanisa. Selain digayakan sendiri, ia juga boleh dijadikan hadiah, sebagai tanda saling menghargai dan berkongsi perasaan cinta kepada tanah air.

Sejak penubuhannya di Istanbul pada 2011, Modanisa telah dimulakan untuk memenuhi permintaan dalam kalangan wanita yang gemarkan fesyen sopan dari serata dunia yang ingin mendapatkan busana yang sesuai dengan gaya hidup mereka. 

Hari ini, koleksi Modanisa sudah menjengah di 140 negara. Platform ini telah mencapai 16 juta kunjungan bulanan dari serata dunia melalui  aplikasi mudah alih dan juga laman sesawang yang tersedia dalam enam bahasa. 

Dengan penampilan 500 jenama dan label serta merangkumi lebih 75,000 produk, Modanisa menghantar ribuan produk yang terdiri daripada trend terkini dalam fesyen sopan, aksesori, hijab, pakaian sukan, pakaian renang, pakaian bersaiz besar serta produk kosmetik ke pasaran antarabangsa.

Sejak kemunculannya buat julung kali di Malaysia pada November lalu, Modanisa telah menjadi semakin popular dalam kalangan wanita Malaysia oleh kerana harganya yang mampu milik dan bergaya. 

Untuk mendapatkan maklumat tentang tawaran terkini dan kempen jualan, sila layari https://www.modanisa.com atau muat turun aplikasi Modanisa di Google Play Store atau Apple App Store bagi mendapatkan busana sopan bersesuaian dengan gaya hidup moden masa kini. - Getaran, 27 September 2021

Gambar: Modanisa

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN