web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Kelahiran P.Pinang Finalis Miss Teen Universe 2021

Dheper berharap dapat menggunakan pengalamannya dalam pertandingan di peringkat antarabangsa dan mewakili Malaysia untuk bertanding bagi merebut gelaran Miss Universe di masa hadapan.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 8:48AM

Pelajar INTI College Penang Dheper Reshaa Teh, 19, menunjukkan trofi Miss Teen International Malaysia 2018/2019 yang dimenanginya. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Remaja kelahiran Pulau Pinang yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam Perniagaan di INTI College Penang, berhasrat mempromosi kepelbagaian budaya di Malaysia apabila beliau mewakili negara sebagai finalis pertandingan Miss Teen Universe 2021.

Dheper Reshaa Teh, 19, berkata beliau menyasarkan untuk mengetengahkan keindahan Malaysia dan membanggakan negara apabila berlepas ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu pada 25 Okt ini dan bersaing dalam pertandingan itu pada 6 Nov.

"Saya berharap bahawa pengalaman menyertai pertandingan sejak empat tahun lepas akan membawa kejayaan kepada saya untuk dinobatkan sebagai Miss Teen Universe tahun ini.

"Mereka yang ingin menyokong saya mewakili Malaysia boleh mengunjungi Instagram Miss Teen Universe (@missteenuniversepageants) dan mengundi saya,” katanya kepada Bernama.

Menyingkap pengalamannya, Dheper berkata beliau mula menunjukkan minat dalam pertandingan sedemikian dan memendam hasrat untuk bergelar Miss Universe pada usia seawal empat tahun lagi, dan cita-citanya terus berkembang, bermula dengan mempelajari gaya pergerakan catwalk di rumah, sehingga mengikuti akademi modelling di Pulau Pinang.

Beliau mula mengungguli pertandingan ratu cantik buat kali pertama apabila dinobatkan sebagai Miss Teen International Malaysia 2018/2019 dan sejak itu beliau berusaha untuk bersaing dalam dua pertandingan peringkat antarabangsa, iaitu Miss Teen Universe 2019 di New Delhi, India, serta Miss Tourism Global City, di Guangdong, China tahun ini.

Usahanya membuahkan hasil apabila terpilih sebagai finalis bagi Miss Teen Universe 2019 dan ditempatkan di ranking Terbaik 20 dalam Miss Tourism Global City.

"Pertandingan di peringkat antarabangsa amat jauh berbeza daripada pertandingan peringkat kebangsaan. Terdapat banyak aspek yang tidak saya ketahui seperti isu mengenai perkauman, politik dan banyak kejutan budaya... sedangkan saya masih muda dan naif," katanya, namun menambah bahawa kebanyakan rakan peserta yang ditemuinya sangat mengambil berat dan banyak menjaganya semasa mengikuti pertandingan.

Katanya beliau berharap akan dapat menggunakan pengalamannya dalam pertandingan sedemikian di peringkat antarabangsa dan mewakili Malaysia untuk bertanding bagi merebut gelaran Miss Universe di masa hadapan.

“Impian saya adalah untuk dinobatkan sebagai Miss Universe satu hari nanti, dan melihat gambar-gambar saya terpampang di majalah hebat seperti Vogue dan juga papan iklan,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN