Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


BeauSiti Tampil Dengan Kempen ‘Stronger2gether’

Sempena ulang tahun kedua, BeauSiti menawarkan harga promosi bagi semua produk kecantikan BeauSiti.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 2:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena meraikan ulang tahun kedua, BeauSiti menampilkan kempen ‘Stronger2gether’ sebagai tanda penghargaan terhadap para ejen dan peminatnya. 

Sejak pelancarannya dua tahun lalu, BeauSiti telah menghasilkan dua produk minuman kesihatan buat wanita seperti Beautessence dan BeauNes serta satu minuman jeli berkhasiat kanak-kanak iaitu BeauKids. 

Dalam sidang media secara maya baru-baru ini, BeauSiti turut berkongsi bahawa ia bakal mengeluarkan beberapa perisa baharu bagi produk sedia ada dalam masa terdekat ini.

Apa yang menakjubkan, rangkaian produk keluaran Beausiti sudah terjual sebanyak 200,000 unit manakala jumlah ejen berdaftar terkini adalah seramai 1,700 orang. 

“Walaupun berada dalam musim pandemik yang mencabar ini, BeauSiti berjaya membantu lebih 1,700 usahawan muda menjana pendapatan tambahan. 

“Saya sangat menghargai peminat saya. Jadi dengan platform perniagaan ini, ia dapat membuka lebih banyak peluang kepada sesiapa yang ingin menjadi usahawan yang berjaya. 

“Ini merupakan usaha saya untuk berkongsi rezeki bersama mereka. Justeru itu, saya berharap dapat melahirkan lebih ramai jutawan daripada kalangan ejen SitiZen,” kata Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selaku pengasas BeauSiti. 

Mengulas mengenai cabaran pandemik, Siti mengakui penjualan produk BeauSiti turut terjejas.

“Rasanya bukan saya seorang sahaja yang terkesan dengan wabak ini. Ia merupakan  isu global yang dilalui oleh semua. Meskipun begitu, saya percaya ada hikmah di sebalik semuanya.

“Walaupun operasi perniagaan terpaksa ditutup seketika, saya sangat bersyukur kerana setiap kakitangan BeauSiti memahami keadaan dan bersama-sama mempertahankan syarikat ini. 

“Situasi ini telah mengajar saya untuk mencari alternatif lain untuk memasarkan produk-produk BeauSiti seperti menggunakan platform digital dalam pemasaran.

“Saya rasa sangat terharu dengan usaha gigih ejen SitiZen. Saya tahu mereka bekerja keras sehingga syarikat ini mampu membuat jualan mencecah RM7 juta meski berada dalam situasi sukar ini. 

“Saya yakin berkat usaha semua pekerja, kami dapat mencapai sasaran jualan RM10 juta menjelang akhir tahun 2021,” jelasnya.

Menurut Siti lagi, produk BeauSiti juga akan dijual di beberapa stesen minyak terpilih dalam masa terdekat. Berdasarkan sambutan positif, BeauSiti juga dalam perancangan untuk menebusi pasaran luar negara tak lama lagi. 

“Saya ingin mengembangkan jenama ini ke pasaran Asia dan Timur Tengah menjelang 2026. Oleh sebab produk kami mempunyai perakuan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), saya percaya ia mampu diterima dengan mudah di pasaran antarabangsa terutama di negara-negara Islam.

“Selain itu, kami juga berhasrat untuk mengeluarkan beberapa produk khusus buat golongan lelaki dan produk keperluan rumah,” tambah Siti.

Kempen ‘Stronger2gether’ kini sedang berlangsung hingga 30 September 2021 dan menawarkan harga promosi bagi semua produk kecantikan BeauSiti. Jika berminat, anda boleh melayari laman web rasmi mereka untuk membeli produk-produk ini. - Getaran, 21 September 2021

Semua gambar: BeauSiti

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini