web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Soalan Bersama Willow Smith Sebagai Wajah Onitsuka Tiger

Onitsuka Tiger tampilkan duta globalnya, Willow Smith untuk kempen Koleksi Musim Bunga/Panas 2021.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Feb 2021 10:27AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rumah fesyen asal Jepun, Onitsuka Tiger komited dalam menyerlahkan koleksi kontemporari terbaharunya, dengan menggabungkan elemen fesyen bersama sukan (athleisure) serta aspek warisan dengan suntikan penuh daya inovasi. 

Onitsuka Tiger kali ini hadir mempersembahkan Koleksi Musim Bunga/Panas 2021dengan penampilan Willow Smith sebagai wajah kempennya. Tema yang digayakan Willow dalam kempen ini ialah The Onitsuka Tiger Attitude

Pengarah Kreatif Onitsuka Tiger, Andrea Pompilio berkata ia bagi memberi penghormatan kepada sejarah asal Onitsuka Tiger, lalu terus berkembang dengan cambahan kreativiti serta gaya aliran fesyen terkini. 

Untuk koleksi ini, penggayaan Onitsuka Tiger diterjemahkan bukan sahaja pada logo dan perincian (yang diilhamkan oleh pelayaran), malah menerusi persekitaran. Jenama ini mahu berterusan menyebarkan mesej tradisional serta inovasinya secara global.

Bersama identiti Willow yang unik dan pintar, ia saling melengkapi antara satu sama lain. Sekali gus menghasilkan imej kempen istimewa yang membolehkan anda merasai sendiri jiwa Onitsuka Tiger-isme yang serba baharu. 

Untuk kempen The Onitsuka Tiger Attitude ini, Andrea Pompilio menggunakan kecantikan dalaman Willow sebagai tema utamanya yakni menggambarkan koleksi dalam bentuk lebih dramatik, dengan menggabungkan elemen senaman yoga yang menjadi amalan Willow. 

"Ketika dunia berubah dengan begitu pantas, Willow terus menawarkan nilai-nilai baharu dalam masyarakat tanpa mengetepikan sinar keperibadiannya.”

“Kempen ini memberi harapan bahawa tiada batasan dalam kepelbagaian fesyen. Setiap individu mampu menikmati fesyen dengan cara unik tersendiri, sama ada di luar atau di rumah, tanpa mengira lokasi usia dan jantina,” jelas pasukan komunikasi rasmi Onitsuka Tiger. 

 

3 Soalan Bersama Willow Smith Sebagai Wajah Onitsuka Tiger

S1: Anda kerap berkongsi aktiviti yang membabitkan Yoga di laman Instagram @willowsmith. Apakah maksud 'yoga' pada anda? 

Willow Smith: Bagi saya, yoga adalah latihan yang menjadikan saya lebih dekat dengan diri sendiri agar saya dapat menenangkan fikiran. Dan cukup bersedia untuk membina hubungan saya dengan alam semesta.

S2: Anda turut mempersembahkan beberapa gaya yoga dalam sesi fotografi kempen ini. Bagaimana perasaan anda ketika melakukannya untuk koleksi terbaharu Onitsuka Tiger ini?

Willow Smith: Saya bersyukur kerana dapat mengetengahkan helaian yang unik dan menarik ini dalam cara yang memberikan kepuasan kepada saya! 

S3: Sekiranya anda dapat menggambarkan kempen ini dalam hanya satu ayat, apakah ia?

Willow Smith: Saya gambarkan kempen ini sama seperti apa yang saya gambarkan untuk koleksi kasutnya; ASLI. 

Layari Onitsuka Tiger Malaysia  untuk maklumat lanjut. – Getaran, 23 Februari 2021

Semua gambar: ONITSUKA TIGER MALAYSIA

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi