web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Hadiah Untuk Meraikan Hari Bapa

Hari Bapa akan disambut dua hari lagi. Senarai berikut merupakan pilihan hadiah yang boleh anda berikan kepada insan tersayang ini.

Gaya Hidup Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 6:40PM

Beg sandang dan kemeja merupakan antara hadiah yang boleh diberikan sempena Hari Bapa bagi menghargai pengorbanan seorang bapa dan suami.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun ini Hari Bapa bakal diraikan pada 18 Jun 2023. Hari istimewa ini adalah meraikan kaum lelaki yang bergelar ayah, bapak, papa, daddy dan banyak lagi gelaran lain. 

Selalunya kanak-kanak adalah golongan yang paling teruja untuk menyambut hari ini. Inilah masanya, mereka mengekspresikan kasih-sayang kepada bapa yang dianggap hero. Bagi orang dewasa, ia adalah hari untuk menunjukkan betapa mereka menyayangi dan menghargai pengorbanan seorang bapa dan suami dalam hidup mereka. 

Jadi untuk sambutan kali ini, adakah anda sudah menyusun acara untuk meraikannya? Selain itu, sudah beli cenderahati untuk dihadiahkan kepada insan tersayang ini? Jika belum, cuba semak senarai di bawah. Bolehlah jadikan panduan kerana masih punya masa lagi seminggu. 

1. Kaca mata hitam koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2023 Levi’s

Kaca mata hitam Levi's® menampilkan pelbagai model, sesuai untuk golongan bapa bergaya. - Gambar oleh Safilo Group S.p.A
Kaca mata hitam Levi's® menampilkan pelbagai model, sesuai untuk golongan bapa bergaya. - Gambar oleh Safilo Group S.p.A

Sesuai untuk lelaki yang gemar menggayakan kaca mata hitam apabila berada di luar rumah, terutamanya ketika bercuti. 

Direka dan dihasilkan dengan kerjasama Safilo Group S.p.A, peneraju dunia dalam reka bentuk, pembuatan dan pengedaran cermin mata hitam, koleksi ini mempersembahkan kaca mata hitam dan bingkai optik yang edgy dan tidak lapuk dimakan waktu.

Kaca mata hitam Levi's® menampilkan pelbagai model yang berfungsi lagi bergaya, menyerlahkan gaya hidup California dan inspirasi daripada rona koleksi denim Levi's®, dan dipadankan dengan kanta warna keemasan dan perak serta banyak lagi. 

Koleksi baharu ini adalah ‘RESPONSIBLY-MADE’, selaras dengan komitmen syarikat untuk membantu mengurangkan kesan ke atas planet ini dengan menggunakan kaedah pengeluaran yang lebih bertanggungjawab.

Koleksi ini membariskan sembilan rekaan terbaharu. Bagaimanapun, untuk ‘The Timesless Collection’ dianggap cukup ideal untuk dijadikan hadiah hari bapa. Koleksi yang juga boleh digayakan oleh kaum wanita ini tampil menawan dalam warna hitam dengan sentuhan warna biru, merah jambu, kelabu,dan hijau.

2. Teman perjalanan bergaya daripada TUMI

Esports Pro Sling boleh dihadiahkan kepada peminat sukan e-sport. - Gambar oleh TUMI
Esports Pro Sling boleh dihadiahkan kepada peminat sukan e-sport. - Gambar oleh TUMI

Jadikan perjalanan menjadi mudah untuk bapa dengan rangkaian beg TUMI, sesuai untuk membawa semua keperluannya semasa dalam perjalanan. Sama ada dia seorang jet-setter atau seseorang yang suka melakukan percutian hujung minggu, Renegade Backpack ialah teman perjalanan yang sempurna.

Dibuat untuk menahan unsur-unsur dengan ketahanan yang tiada tandingan, beg galas itu membawa semua keperluan dengan ruang simpanan yang mencukupi untuk semua perjalanan dan aktiviti harian.

Bagi lelaki yang suka kekal teratur semasa berada di luar negara, Split Travel Kit pilihan bijak untuk membawa semua keperluan yang diperlukan. 

Esports Pro Sling boleh dihadiahkan kepada peminat sukan e-sport. Beg sandang serba boleh dan mudah dibawa ini ideal untuk memuatkan peranti permainan dan keperluan harian. Dengan tali boleh laras dan pelbagai poket, pasti alatan yang dibawa tidak tercicir di mana-mana. 

3. Koleksi fesyen daripada Dia Guild

Frankitas Starfish Cotton Batik Shirt, antara hadiah yang menarik sempena Hari Bapa. - Gambar oleh Dia Guild
Frankitas Starfish Cotton Batik Shirt, antara hadiah yang menarik sempena Hari Bapa. - Gambar oleh Dia Guild

Platform fesyen beretika, Dia Guild teruja untuk menyertai sambutan Hari Bapa dengan mengetengahkan pilihan pilihan produk yang akan diyakini mampu memikat hati golongan bapa. 

Dia Guild mempamerkan pelbagai jenis artisan dan pereka Asia Tenggara, masing-masing dengan gaya dan cerita unik mereka sendiri. Daripada rekaan klasik yang tak lapuk ditelan zaman, kepada rekaan kontemporari. 

Pasti ada sesuatu untuk citarasa setiap bapa. Sama ada tali leher yang anggun, baju yang bergaya atau aksesori buatan tangan, produk ini merangkumi kerja tangan dan perhatian terhadap perincian yang patut diberikan kepada bapa.

Apa yang membezakan Dia Guild ialah komitmennya terhadap amalan beretika. Dengan menyokong pereka dan artis yang baru muncul ini, golongan bapa boleh memberi impak positif. Setiap pembelian menyumbang kepada pemeliharaan teknik tradisional dan memperkasakan masyarakat Asia Tenggara.

Antara item yang boleh dijadikan hadiah ialah Frankitas Starfish Cotton Batik Shirt, Kelvin Morales School of Fish Shirt, Pink Jambu Batik Silk Tie in Royal Blue dan Cloud Joseph Silk Shirt by Khoon Hooi.

4) Suplemen daripada LAC 

Men’s Mega Multi berfungsi untuk meningkatkan tenaga dengan membantu membebaskan tenaga daripada makanan. - Gambar dari LAC
Men’s Mega Multi berfungsi untuk meningkatkan tenaga dengan membantu membebaskan tenaga daripada makanan. - Gambar dari LAC

Produk suplemen kesihatan daripada LAC ini membantu golongan lelaki mencapai kesejahteraan tubuh badan. Ada dua pilihan terbaharu yang boleh anda pilih iaitu Men's Mega Multi dan Men's Mega Maca. 

Men’s Mega Multi mengandungi 40 vitamin dan mineral yang dikaji secara klinikal, asid amino dan nutrien tumbuhan yang bermanfaat. Ia berfungsi untuk meningkatkan tenaga dengan membantu membebaskan tenaga daripada makanan. 

Manakala Men's Mega Maca merupakan tonik yang bertindak pantas dan berkuasa yang mengandungi gabungan proprietari koktel tenaga yang menggunakan bahan-bahan untuk kecergasan semula jadi. Bahkan, ia juga membantu meningkatkan minat seksual. 

Kandungan zink, selenium, zat besi, Vitamin B, asid amino berfungsi untuk menyokong kesuburan dengan meningkatkan pengeluaran sperma, sementara serbuk jelatang & biji labu menyokong tahap testosteron dan kesihatan prostat yang optimum. Manakala green oat untuk kesihatan peredaran darah untuk mencapai prestasi puncak.

Kedua-dua produk ini menggunakan formula vegetarian, tiada bahan pengawet dan pewarna tiruan.

5. Kasut berteknologi tinggi Geox Spherica Actif 2023

Kasut yang menampilkan teknologi kasut yang berprestasi tinggi ini sesuai dihadiahkan untuk lelaki yang aktif yang mementingkan keselesaan dan ketahanan kasut tanpa mengorbankan gaya. - Gambar dari Geox
Kasut yang menampilkan teknologi kasut yang berprestasi tinggi ini sesuai dihadiahkan untuk lelaki yang aktif yang mementingkan keselesaan dan ketahanan kasut tanpa mengorbankan gaya. - Gambar dari Geox

Spherica Actif 2023 merupakan tambahan terbaharu koleksi musim panas 2023 daripada Geox. Tidak dinafikan jenama kasut ini bukanlah murah, tetapi sesuai dengan pepatah menang membeli, alah memakai. 

Kasut yang menampilkan teknologi kasut yang berprestasi tinggi ini sesuai dihadiahkan untuk lelaki yang aktif yang mementingkan keselesaan dan ketahanan kasut tanpa mengorbankan gaya. 

Geox Spherica Actif 2023 mentakrifkan semula kemudahan dengan memecahkan asas baharu dengan sistem kusyen berstruktur khas yang meluas ke seluruh tapaknya. Rekaan pertama seumpamanya dalam rekaan tapak tengah yang inovatif mempertingkatkan kesan kusyen dan kelenturan, meningkatkan pengaliran udara, kalis air dan sudah semestinya membawa rekaan kasut ke tahap yang seterusnya.

Kasut ini mengangkat intipati jenama Geox yang menjanjikan kualiti Itali, reka bentuk kontemporari, kelestarian dan teknologi digital. Harga kasut GEOX bermula dari RM799.90 hingga RM1,599.90. Semua koleksi baharu boleh didapati di semua cawangan di Malaysia. - Getaran, 16 Jun 2023 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan