web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'A Perfect Fit' - Mencari Pasangan Ibarat Mencari Sepasang Kasut Sempurna

Walaupun ia karya klise yang ada banyak cacat-celanya, penonton pasti menghargai babak romantis dan keindahan Pulau Bali yang ditonjolkan dalam filem ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 8:20PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.


Mencari pasangan hidup ibarat mencari sepasang kasut yang sempurna. Jika kasut yang dicari itu tidak sepadan untuk disarungkan ke kaki,  bererti hidup kita masih belum sempurna dan  tidak akan mampu menemui kebahagian cinta yang dicari.

Itulah yang cuba dizahirkan menerusi filem ini. Manis! Memang manis. Pencinta filem romantik pasti akan menyukai filem ini. Apatah lagi, ia berlatarbelakangkan pulau romantis Bali.

Namun, naratif yang disampaikan dalam filem ini agak lemah dan longgar terutama aspek konflik dan permasalahan yang melibatkan fesyen blogger bernama Saskia (Nadya Arina) dengan tunangnya, Deni (Giorgino Abraham) setelah hatinya terpaut dengan penjual kasut bernama Rio (Refal Hady). 

Saskia jatuh hati dengan Rio kerana pemuda itu tenang, penyabar dan penyayang, sama sekali berbeza dengan Deni. Akan tetapi Saskia tidak dapat memutuskan hubungan dengan jejaka yang ego, berlagak, kasar dan cepat marah itu kerana banyak terhutang budi.  

Sebagai penonton, kita pasti tertanya, mengapa susah benar untuk Saskia meninggalkan Deni? Alasan bahawa dia terhutang budi dengan Deni dan keluarganya kerana membiayai rawatan ibunya sangat  tidak logik kerana ibunya bukan terlantar sakit di hospital bahkan penyakit yang dihidapi tidak dijelaskan dalam filem ini. 

Andai kata, Saskia terhutang budi disebabkan Deni dan keluarganya membiayai pembinaan pusat tari bagi mengekal adat budaya Bali, ia mungkin masih boleh diterima akal. 

Kedua-dua ibu bapa Saskia adalah penari budaya. Namun, cara pembawakan Saskia di dalam filem ini tidak menampakkan langsung dia pewaris pasangan penari budaya. Sedangkan dia punya cita-cita untuk membuka butik fesyen. 

Setidak-tidaknya, pengarah mungkin boleh menyelitkan idea untuk Saskia mengangkat aspek material atau motif tarian budaya di dalam rekaan fesyen yang cuba diketengahkan di butiknya itu. 

Filem ini juga gagal membuatkan kita percaya bahawa Saskia, Deni, Rio dan Tiara adalah anak-anak kelahiran Bali. Cara mereka memainkan dan menghidupkan karakter penduduk jati Bali langsung tidak meyakinkan.  

Malah, mereka kelihatan seolah-olah anak muda yang baru sahaja menetap di pulau tumpuan dunia itu. Ditambah pula dengan adegan yang memperlihatkan mereka bagaikan pelancong yang baru meneroka beberapa lokasi indah pulau itu, ia benar-benar membuatkan kita berasa mereka tidak mengenali Bali.  

Idea pengarah untuk mengangkat aspek seni budaya menerusi adat, muzik, tarian, ramalan dan ritual-ritual penduduk Bali memang wajar dipuji. Sayangnya, ia tidak digarap dengan baik. Sudahnya, ia tidak ubah seperti sebuah filem yang mahu mempromosikan Bali sebagai pusat pelancongan. 

Padahal lakon layar filem ini ditulis Garin Nugroho tetapi kenapa begini hasilnya? Sedangkan genre filem sebegini dengan cantuman budaya adalah makanan Garin Nugroho. Garin bukanlah calang-calang karyawan filem di Indonesia. 

Apa yang  wajar dipuji dalam filem ini adalah aspek sinematografinya. Sesuai dengan genrenya, walaupun elemen komedi sebenarnya tidak ada, sinematografernya berjaya menggunakan keindahan Pulau Bali ini dengan sebaik-baiknya.

Penggunaan warna-warna yang lembut berjaya membangkitkan mood romantis terutama membabitkan babak di antara Saskia dan Rio.

Walaupun A Perfect Fit sebuah karya klise yang punya banyak cacat celanya, peminat filem komedi romantik ini pasti akan menghargai babak-babak romantis dan keindahan Pulau Bali yang ditonjolkan sepanjang penceritaan.

A Perfect Fit 

  • Pengarah: Hadrah Daeng Ratu 
  • Lakon Layar: Garin Nugroho dan Hadrah Daeng Ratu 
  • Pelakon: Nadya Arina, Refal Hady, Giorgino Abraham, Anggika Bolsterli, Laura Theux, Dave Hendrik Ayu Laksmi, Mathias Muchus, Unique Priscilla dan Karina Suwandi dan Christine Hakim  
  • Genre: Komedi Romantik 
  • Bahasa: Indonesia 
  • Tarikh Tayangan: 15 Julai 2021 
  • Platform: Netflix 

Sinopsis: 

A Perfect Fit berkisar tentang seorang blogger fesyen bernama Saskia lakonan Nadya Arina mahu mencari sepasang kasut untuk menghadiri sebuah acara melibatkan tunangnya, Deni (Giorgio Abraham). 

Sebelum itu, saat menghadiri sebuah acara pertunjukan fesyen, Saskia telah bertemu seorang tukang ramal lakonan Christine Hakim yang memberitahu bahawa dia akan berjumpa dengan seseorang yang mampu membantunya melihat dunia dari sisi berbeza. 

Ramalan itu jadi kenyataan apabila dia bertemu dengan penjual kasut bernama Rio (Refal Hady) secara kebetulan. Kali pertama bertemu Saskia, Rio sudah jatuh hati. 

Melalui Rio, Saskia mula melihat dunia dengan cara yang berbeza. Perlahan-lahan, perasaan cinta antara mereka mula bersemi dan ketika itu tercetus pelbagai konflik. Saskia berada di persimpangan dilema. - Getaran, 10 Ogos 2021



 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN