web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dendam Ashin, Puteri Dari Utara Joseon

Siri 'Kingdom' mempunyai pengikut yang tersendiri, jadi semestinya episod khas 'spin-off' yang bertajuk ‘Kingdom: Ashin of The North’ amat dinanti-nantikan. Awas! Mungkin mengandungi sedikit 'spoiler'.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak keterlaluan jika dikatakan siri ‘Kingdom’ merupakan nadi utama kepada Netflix Korea Selatan. Mempunyai pengikut yang tersendiri, semestinya episod khas spin-off kepada siri tersebut yang bertajuk ‘Kingdom: Ashin of The North’ amat dinanti-nantikan.

Siri bergenre seram-thriller ini pertama kalinya ditayangkan di kaca Netflix pada 25 Januari 2019 dan mendapat sambutan yang amat hangat, diikuti dengan musim kedua yang ditayangkan pada 13 Mac 2020.

Mengisahkan mengenai wabak misteri yang menyerang para penduduk setempat di zaman Joseon yang menyebabkan wujudnya mayat hidup atau lebih dikenali sebagai zombie yang berpunca dari sejenis tumbuhan misteri berwarna ungu.

Pada masa yang sama, Raja Joseon pada ketika itu ditimpa penyakit misteri dan tiada sesiapa pun dibenarkan menghadap baginda, seterusnya menjadi persoalan dalam kalangan warga istana.

Putera Mahkota Lee Chang menyedari kewujudan wabak misteri itu dan cuba untuk menyelamatkan negaranya sambil dibantu oleh pegawai kanannya yang setia, Moo Young.

Berdasarkan plot musim pertama dan musim kedua yang telah ditayangkan, episod spin-off ‘Kingdom : Ashin of The North’ ini berkisarkan asal-usul tumbuhan misteri yang menyebabkan wujudnya wabak mayat hidup yang menjangkiti warga Joseon.

Ashin dilahirkan dalam kalangan kaum Seongjeoyain di utara Joseon, dibesarkan oleh bapanya Ta Hab yang merupakan ketua suku Seongjeoyain dan juga ibunya yang sakit.

Kaum Seongjeoyain merupakan antara kaum Jurchen terawal yang menempati tanah Joseon tetapi mereka tidak diiktiraf sebagai sebahagian daripada warga Joseon.

Namun demikian, Joseon telah melantik bapa Ashin untuk menjadi agen pengintip dan mengawasi pergerakan sekumpulan Jurchen yang dikenali sebagai Pajeowi yang dikatakan mampu menggugat keselamatan Joseon. Ta Hab dijanjikan kedudukan dan kekayaan serta pengiktirafan sebagai rakyat Joseon sebagai balasan.

Apabila terjadinya satu kejadian yang tidak diingini di kawasan larangan Pyesa-gun yang melibatkan kematian suku kaum Pajeowi, para pegawai Joseon cuba untuk mengawal keadaan dengan cara meminta Ta Hab untuk menyebarkan berita bahawa kematian itu berpunca dari serangan haiwan liar.

Min Chi-rok, Ta Hab dan Ai Da Gan
Min Chi-rok, Ta Hab dan Ai Da Gan

Menyedari bahawa berita yang disampaikan itu cuma rekaan semata, suku kaum Pajeowi yang dipimpin oleh Ai Da Gan telah menyerang tempat tinggal Ashin dan membunuh para penduduk di situ.

Ketika kejadian tersebut berlaku, Ashin berada di dalam hutan mencari ubat untuk ibunya dan menjumpai satu tumbuhan misteri yang dikatakan mampu membangkitkan orang yang telah mati.

Ashin kembali ke kampungnya dan mendapati kesemua suku kaumnya telah dibunuh oleh suku Pajeowi. Sejak dari kejadian itu, Ashin telah berjanji kepada dirinya sendiri untuk membunuh setiap yang bernyawa di atas tanah Joseon.

Sejak kali pertama Netflix mengumumkan Gianna Jun akan menerajui watak sebagai Ashin dalam episod khas ini, penulis amat menanti-nantikan tarikh tayangan yang dijanjikan.

Gianna Jun, nama yang tidak asing lagi dalam kalangan para peminat drama dan filem dari negara Korea Selatan. Diberi gelaran ‘Highest Paid Korean Actress’, Gianna membuktikan bahawa bakat lakonannya adalah setanding dengan gelaran yang diterima.

Dalam episod ini, Gianna yang cuma muncul di sebahagian perjalanan cerita berjaya menonjolkan sisi lainnya sebagai pelakon terhebat dengan membawa watak sebagai seorang wanita luar biasa yang ingin membalas dendam atas pembunuhan suku kaumnya.

Merujuk kepada salah satu temu bualnya bersama Tatler mengenai ‘Kingdom : Ashin of The North’, Gianna mengakui dia perlu bekerja keras untuk membawa karakter yang sedih namun penuh dengan dendam. Emosi yang betul amat dititikberatkan agar dapat dihayati oleh para penonton. 

Untuk episod khas ini, pihak produksi turut membawa watak Min Chi-rok lakonan Park Byung Eun yang merupakan Ketua Komandan Diraja dalam musim kedua ‘Kingdom.’ Min Chi-rok adalah pegawai yang bertanggungjawab memberi arahan kepada bapa Ashin, Ta Hab untuk menjadi pengintip bagi pihak Joseon.

Satu pujian khas harus diberikan kepada pelakon cilik baru, Kim Si-A yang membawa watak Ashin di zaman kanak-kanak.

Dibesarkan tanpa ibu dan bapanya, Kim Si-A membawa watak anak yang terpaksa berdikari di luar zon keselesaannya disamping membawa dendam yang tersendiri. Penulis amat terkesan dengan adegan Ashin yang melutut di hadapan Min Chi-rok memohon perlindungan setelah suku kaumnya hancur di tangan kaum Pajeowi.

Sememangnya penantian selama setahun setelah tamatnya siri ‘Kingdom’ musim kedua boleh dikatakan berbaloi dengan kemunculan episod khas ‘Kingdom : Ashin of The North’ ini.

Sekiranya anda tidak pernah menonton siri ‘Kingdom’ yang terdahulu, episod khas ini boleh ditonton sebagai permulaan “pengembaraan’ ke dalam dunia ‘Kingdom’. Selamat menonton! - Getaran, 27 Julai 2021

Semua Gambar: Netflix

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN