web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Club Mickey Mouse Musim Ke-4 Memperkenalkan Dua Mouseketeers Baharu

Pencinta program ini bakal menikmati pengembaraan menakjubkan dengan adanya pelbagai pembaharuan. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 8:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Club Mickey Mouse’ bukan asing lagi apabila berjaya mengikat perhatian kanak-kanak menerusi paparan pengisian menarik selama ini.  Istimewa musim baru bakal menyaksikan pelbagai pembaharuan yang diyakini dapat memberikan kepuasan maksimum kepada pengikut setianya. 

Disney+ Hotstar memaklumkan tayangan perdana eskslusif bagi terbitan aksi langsung program ini akan mula bersiaran esok. 

Musim baharu ini mempertaruhkan 13 episod yang mengetengahkan tema berbeza serta diserikan dengan muzik, permainan dan aksi akrobatik yang jauh lebih hebat. Tambah menarik, sebuah siri Internet pendek berjudul ‘It’s Game Time’ akan dilancarkan bersama musim baru ini. 

Sembilan webisode pendek akan disiarkan menerusi laman Instagram dan YouTube Club Mickey Mouse.   

Selain memaparkan cabaran yang harus diharungi setiap Mouseketeers, penonton akan diperkenalkan dengan dua ahli baharu iaitu ketua Mouseketeers, Eric Lau Lofstedt dan Melynna Rose. 

Kehadiran mereka melengkapkan lagi anggota asal Mouseketeers yang dibarisi Wafiy, Erissa, Gabriel, Faiz dan Ellya. 

Dalam sidang media atas talian kelmarin,  Eric berkongsi rasa teruja dan berharap pembaharuan yang diperkenalkan dapat menghiburkan hati penonton. 

"Peminat 'Club Mickey Mouse' bakal menikmati pengembaraan menakjubkan kerana musim ini bukan seperti biasa. Selain rancangan utama, kami juga akan memperkenalkan webisode ekslusif yang sarat dengan muzik dan koreografi tarian baharu. 

“Saya menyaksikan sendiri bakat luar biasa dan dedikasi semua barisan artis serta kru musim ini. Jadi, diharap kegembiraan dan keceriaan yang kami bawakan dapat dirasai penonton nanti," kata Eric. 

Eric dan Melynna.
Eric dan Melynna.

Sementara itu, Melynna pula mengakui seakan bermimpi apabila terpilih menjadi sebahagian daripada Mouseketeers.

"Tak sangka impian saya selama ini jadi kenyataan. Sehingga hari ini, saya masih rasa seperti bermimpi. Besar harapan saya penonton menikmati dan terhidup dengan musim baru ini seperti mana saya menyukainya," katanya. 

Musim baru ini diterajui penerbit eksekutif, Lina Tan, pengarah Shamyl Othman serta pengarah muzik terkenal Audi Mok yang pernah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM). 

Selain itu, turut ditampilkan nama besar dalam industri seperti Alif Satar, Sean Lee, Nabil Mahir, Elaine Daly, Alyssa Deze, Sarah Suhairi, kumpulan De Fam, Angkasawan Malaysia Dr Faiz Khaleed dan ramai lagi.

'Club Mickey Mouse’ akan menemui penonton setiap Rabu bermula esok di platform Disney+ Hotstar. - Getaran, 27 Julai 2021

Semua gambar: Disney+ Hotstar

https://www.instagram.com/clubmickeymousemy/

https://www.instagram.com/ericlofstedt/

https://www.instagram.com/rose_melynna/

https://www.astro.com.my/Disney



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN