web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saifuddin Harap Suntikan Vaksin Kepada Penggiat Seni Dipercepat

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan mengemukakan permohonan berhubung isu pemvaksinan supaya penggiat seni yang terlibat dapat kembali kepada aktiviti penggambaran selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 1:09PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) meminta proses vaksinasi kepada penggiat seni dapat dipercepatkan bagi membolehkan mereka menjalani penggambaran di luar studio pada Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata kementerian akan mengemukakan permohonan berhubung isu itu kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) supaya penggiat seni yang terlibat dapat kembali kepada aktiviti penggambaran selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Saya tidak berhasrat untuk meminta pengecualian terhadap SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mewajibkan mereka yang terbabit dalam penggambaran perlu melengkapkan dua dos vaksin kerana kita faham keperluan SOP itu.

"Saya yakin dengan proses vaksinasi yang semakin rancak sekarang, mereka (penggiat seni) akan dapat suntikan (vaksin) tidak lama lagi, bagaimanapun kami akan mohon kepada JKJAV agar dapat disegerakan vaksinasi kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas sesi ramah mesra secara maya dengan penerima Dana Kandungan Digital (DKD) bagi Filem, Program TV dan Mikro Prisma hari ini.

Baru-baru ini, kerajaan membenarkan produksi drama, iklan dan dokumentari yang ditangguhkan penggambaran sebelum ini untuk meneruskan penggambaran di luar studio pada Fasa Dua PPN dengan pematuhan ketat termasuklah wajib lengkap dua dos vaksin.

Saifuddin juga berharap pembikin filem tempatan menghasilkan banyak filem berunsur kenegaraan dan budaya negara termasuk menggunakan DKD bagi meningkatkan minat orang ramai kepada sejarah selain dijadikan alat bantuan mengajar di sekolah dan institut pengajian tinggi serta diketengahkan di peringkat antarabangsa untuk mencapai cita-cita Road to Oscar.

Beliau berkata negara mempunyai banyak filem kenegaraan yang bagus, antaranya Bukit Kepong, Kanang Anak Langkau, PASKAL serta Lee Chong Wei, dan ia membuktikan negara boleh menghasilkan filem-filem hebat dalam kategori filem kenegaraan.

Takrifan Baharu Filem Kenegaraan. Infografik: Bernama
Takrifan Baharu Filem Kenegaraan. Infografik: Bernama

"Kita tahu ada waktunya sesetengah filem yang bersifat sejarah ini mungkin tidak dapat meraih keuntungan yang besar, tidak seperti filem kategori lain tetapi sebab itulah wujudnya dana (DKD) ini untuk memberi sokongan kepada penggiat seni kerana filem seperti ini ada keperluannya," katanya.

Saifuddin turut mengumumkan takrifan baharu bagi kategori filem kenegaraan di bawah DKD iaitu filem cereka yang antaranya cerita kepada pembentukan semangat, perasaan, sikap, kesedaran serta ideologi cintakan diri, keluarga, bangsa dan negara berdaulat melalui nilai patriotisme, perpaduan, keamanan, kemasyarakatan, kesetiaan, pengorbanan serta budaya. 

"Skopnya sama ada peristiwa atau sastera. Peristiwa merupakan pengkisahan sejarah negara yang diadaptasi atau diinspirasikan daripada perjuangan dan pengorbanan tokoh, masyarakat atau individu yang menyumbang kepada pembangunan nilai dan impak positif kepada nilai-nilai kenegaraan, ataupun adaptasi atau inspirasi peristiwa-peristiwa penting yang ikonik dalam lipatan sejarah.

“Sastera pula adalah adaptasi karya dan naskhah sastera seperti buku, novel atau cerpen yang berkualiti dan diiktiraf yang mengangkat nilai-nilai patriotisme, kemasyarakatan, kebudayaan, kepimpinan, perpaduan, pengorbanan dan cintakan tanah air,” katanya.

Beliau berkata sekalipun negara berdepan ancaman COVID-19, KKMM dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada produksi tempatan untuk terus berkarya dan menghasilkan lebih banyak filem berunsur identiti kenegaraan dan budaya tempatan. - Bernama

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN