web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Filem Mat Bond Malaya Bikin Nabil Ahmad Tak Senang Duduk

Minat mendalam terhadap kisah berkaitan ejen perisikan mendorong Nabil Ahmad untuk mengarah filem pertamanya, Mat Bond Malaya yang merupakan idea serta skrip karya tulisannya sendiri.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 1:04PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad mengakui dirinya agak gementar dan pada waktu yang sama teruja menanti maklum balas daripada pencinta wayang terhadap filem pertama arahannya, Mat Bond Malaya yang sudah pun ditayangkan di saluran Astro First (480), bermula hari ini. 

“Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Anak-anak dan isteri saya pun gemuruh tengok keadaan saya. 

“Saya berharap filem ini meraih perhatian penonton. Sudah dua tahun ia disiapkan. Tujuan asalnya hendak ditayangkan di panggung tetapi disebabkan Covid-19 dan PKP, akhirnya kita ambil keputusan untuk siarkan di Astro First. 

“Rasanya, ini sahajalah jalan terbaik untuk memastikan filem ini dapat ditayangkan kepada penonton. Harapnya ramai sudah mula melanggan dan tengok sejak semalam. 

“Malah, diharap juga penonton akan memberikan maklum balas yang baik terhadap filem ini supaya orang lain pula akan melanggan dan menonton pada malam-malam seterusnya,” kata Nabil.

Berkongsi pengalamannya mengarahkan Mat Bond Malaya, Nabil mengakui bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan dan dorongan beberapa pengarah drama serta filem tersohor negara. 

“Kebetulan dalam filem ini, saya tampilkan Michael Ang, Aziz M Osman, Mamat Khalid, Ghaz Abu Bakar dan Datuk Yusof Haslam.

‘Secara tidak langsung, mereka banyak membantu saya. Kalau ada perkara saya tidak faham, saya terus tanya mereka. Adakalanya, mereka sendiri banyak berkongsi ilmu dunia pengarahan. 

“Banyak perkara saya belajar daripada mereka dan ilmu itu saya gunakan sewaktu mengarah filem ini,” kata pemenang Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards ini. 

Ditanya mengapa menampilkan kisah ejen perisikan dalam bentuk komedi menerusi filem pertama arahannya ini, Nabil berkata dia sebenarnya sangat meminati  dunia perisikan dan menggemari siri kartun Detektif Conan

“Sebab itulah saya mahu tampilkan kisah sebegini dalam filem pertama arahan saya. Cuma, saya kena buat dengan cara lain. Kalau tidak nanti, orang akan samakan dengan James Bond kecuali ia dalam bentuk komedi. 

“Jadi, saya gabungkan kisah perisikan ala James Bond ini dengan virus zombi. Rasa saya, gabungan ini tak pernah lagi orang buat. 

“Jadi, kisah ala James Bond ini sudah pergi lebih jauh lagi merentasi kisah virus Zombi. Ia satu kelainan,” katanya. 

Mengenai pemilihan Naqiu sebagai Mat Bond, Nabil menjelaskan sewaktu menulis skrip filem ini, dia mencari seseorang yang tidak layak menjadi ejen perisik. 

“Itulah idea ketika itu. Karakter Mat Bond yang saya bayangkan berbadan kurus, kelam-kabut dan tidak mempunyai keistimewaan langsung. 

“Tapi, saya cuba gunakan kekuatan skrip dan dialog untuk bawa cerita ini supaya penonton menyayangi karakter Mat Bond.  Saya mahu orang suka dan sayang karakter Mat Bond, bukan sebab pelakonnya.  

“Misal katalah, saya ambil Remy Ishak atau Zul Ariffin untuk karakter ini, saya percaya orang akan menyukai mereka dahulu berbanding watak,” katanya lagi. 

Mat Bond Malaya mengisahkan Mat ingin menjadi ejen perisik di M6. Dengan bantuan ibunya, dia berjaya bekerja di M6 tetapi sebagai budak pejabat. Pada masa sama, dia mula menyukai salah seorang ejen jelita bernama Bondi. Mat telah dicabar oleh G untuk mengambil gambar bersama Bondi.

Namun, Mat tidak berjaya dan disebabkan kalah dalam pertaruhan, Mat terpaksa menjadi pembantu peribadi G dalam menguruskan bahagian penyamaran identiti. 

Satu hari, dunia digemparkan dengan serangan virus zombi yang disebarkan Dr Ebel. Ramai  terkena virus tersebut termasuk ejen-ejen di M6 dan Bondi. 

Mat tiada pilihan melainkan mencari penawar bagi menyelamatkan semua yang dijangkiti sebelum virus tersebut merebak ke seluruh dunia. 

Selain Naqiu, filem bergenre aksi komedi ini turut dibintangi Elizabeth Tan, Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar dan Farid Halus. – Getaran, 20 Julai 2021

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN