web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Afdlin Shauki Saran FINAS Guna Wang FFM31 Bantu Orang Filem Yang Susah

Kata Afdlin Shauki, gerakan solidariti anak seni itu bukanlah tujuannya memboikot terus FFM31, sebaliknya meminta ia ditangguhkan buat sementara waktu.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jul 2021 9:37AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menganjurkan Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) telah menerima kritikan hebat di kalangan segelintir warga dan karyawan seni industri perfileman Malaysia. 

Rata-rata mereka menyifatkan bahawa tindakan FINAS itu seolah-olah bagaikan tidak peka dan tidak sensitif dengan suasana keadaan semasa serta nasib kebanyakan pekerja filem yang ketika ini hilang punca mata pencarian serta bergelut ‘hebat’ untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Bantahan terhadap penganjuran FFM31 ketika pandemik COVID-19 masih lagi belum reda menyerang dunia ini sudah pun mula tular di platform sosial media Twitter sebaik sahaja FINAS memuatnaik borang penyertaan festival tersebut menerusi laman Facebook rasmi mereka pada 5 Julai lalu. 

Sebahagian daripada Soalan Lazim yang dimuatnaik FINAS bersama borang penyertaan FFM31
Sebahagian daripada Soalan Lazim yang dimuatnaik FINAS bersama borang penyertaan FFM31

Satu gerakan solidariti anak seni untuk membantah penganjuran FFM31 ini dengan penggunaan hashtag #solidariti #boikotffm #kempenboikotffm #kempenboikotffm31 telah pun dimulakan menerusi akaun pemilik Twitter ArtiSeni@arti_malaya1957.

Gerakan ini telah mendapat perhatian  penerbit, pengarah filem dan pelakon, Dato’ Afdlin Shauki. Malah, dia telah memanjangkan isu tersebut di sosial media. Ketika dihubungi portal Getaran, Afdlin berkata, gerakan ini sebenarnya bukanlah dilakukan dengan tujuan untuk memboikot terus penganjuran FFM31. 

“Tapi seelok-eloknya, biarlah penganjuran festival ini ditangguhkan dahulu buat sementara waktu. Janganlah kita buat festival ini waktu orang tengah susah. 

“Kita berterima kasih kepada FINAS kerana mahu meraikan orang filem. Tapi, orang filem sekarang ini pun tengah susah. Jadi, tiada apa sebenarnya yang perlu diraikan pada waktu ini. 

“Dan bukan kita tidak biasa. Kita pun dah beberapa tahun tidak ada festival filem. Jadi, kita tunggulah sebab sekarang ini kita perlu melalui norma baharu. Yang penting sekarang ini adalah kesinambungan hidup,” katanya. 

Afdlin juga turut menyarankan agar duit yang bakal digunakan untuk menganjurkan FFM31 ini digunakan untuk membantu orang-orang seni yang ketika ini mengalami kesusahan selepas tidak punya mereka hilang pekerjaan dan punca pendapatan. 

Penerbit, pengarah filem dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki Aksan. Gambar Fail.
Penerbit, pengarah filem dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki Aksan. Gambar Fail.

“Sebab kita harus ingat, apa sahaja yang orang industri lakukan semuanya tidak betul di mata masyarakat. Jadi, usahlah tambahkan gasolin di dalam api.

“Saya rasa FINAS kurang sensitif dalam hal ini. Apatah lagi pada saat negara dan senario politik kita masih berada dalam keadaan tunggang terbalik,” katanya lagi. 

 Sambung Afdin lagi, industri filem seharusnya bersatu pada saat-saat yang cukup getir ini. 

“Kita banyak tolong orang luar yang susah. Tapi, orang dalam kita pun tengah susahkan. Kita harus utamakan orang kita juga. 

“Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada FINAS di atas usaha untuk menganjurkan FFM31 ini. Kita tidak pandang kecil usaha FINAS ini. 

“Tapi, kita juga harus prihatin dengan nasib dan keadaan orang industri yang tengah susah. Takkanlah orang nak lalu karpet merah pakai baju cantik-cantik dalam situasi sekarang.

“Gunakanlah duit penganjuran itu untuk bantu industri. Saya percaya tidak akan ada pihak yang bising kalau tidak jadinya festival ini.

“Kalau semua okey tahun depan, kita boleh adakan festival ini. Percayalah ramai yang akan keluar nanti sebab ramai yang dah tak sabar nak keluar pun,” katanya lagi. 

Pandangan Afdlin ini turut dipersetujui pengarah Mencari Rahmat, Al Jafree Md Yusop. Dalam akaun Twiiternya, Al Jafree turut menyatakan sokongannya untuk memboikot FFM31. 

“Aku berpendapat budget untuk FFM31 sepatutnya digunakan untuk membantu warga filem yang semakin tertekan dengan keadaan sekarang. Dengan itu aku ambil keputusan untuk memboikot Festival Filem Malaysia ke-31,” tulisnya.  - Getaran, 8 Julai 2021 







 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN