Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Antaramasa' Kisah Seorang Pemuda Mengubah Garis Masa Demi Cintanya

Sebanyak 45 peratus babak dalam 'Antaramasa' menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) serta menggunakan bajet yang besar dari segi penataan seni kerana melibatkan pembinaan set.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 10:38AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Genre filem sains fiksyen yang berkonsepkan ‘time travel’ atau pengembaraan masa sudah kerap dihasilkan terutama sekali filem-filem Hollywood.

Malah, dunia perfileman tempatan juga pernah muncul dengan sebuah filem pengembaraan masa iaitu XX-Ray 2 yang mendapat sambutan penonton.

Yang terbaharu, sebuah filem yang menggunakan konsep sama berjudul Antaramasa terbitan syarikat produksi Lux Ambiance Media telah pun ditayangkan di Astro First bermula 1 Julai 2021.

Penerbitnya, Umair Mohamed berkata, idea untuk menghasilkan filem berkenaan timbul berikutan minatnya yang cukup mendalam kepada genre sains fiksyen. 

“Saya dan pengarah filem ini memang sejak dahulu amat meminati filem-filem sains fiksyen seperti Oblivion, The Butterfly Effect, XX-Ray dan lain-lain.

“Jadi, semasa kami sedang mengeluarkan idea untuk memilih jenis filem yang kami ingin buat, Antaramasa menjadi pilihan pertama. Ketika itu judul asalnya adalah Paradox,” jelasnya.

Umair berkata, konsep pengembaraan masa ini begitu diminati disebabkan sistem garis masa di dunia dan sistem garis masa di ruang angkasa amat berbeza. 

“Banyak sub-concept yang telah difikirkan seperti jika watak pertama kembali ke masa sebelum, adakah hanya pemikirannya ataupun secara fizikalnya?” katanya.

Diarahkan Ramdan Che Hassan, Antaramasa menampilkan barisan pelakon seperti Josiah Hogan, Kaka Azraff, Adam Shahz, Riezman Khuzaimi, Indi Nadarajah, Tania Hudson serta penampilan istimewa iaitu Aziz M. Osman dan Aleeza Kasim.

Menceritakan lebih lanjut mengenai Antaramasa, Umair memberitahu ia lebih menjurus kepada kisah sains fiksyen dengan menerapkan elemen cinta menerusi jalan ceritanya.

“Bagi saya, elemen cinta sememangnya menjadi satu tarikan utama untuk penonton sekiranya ia digarap dengan begitu baik.

“Lagipun jalan cerita filem ini mudah untuk difahami, iaitu mengenai pemuda bernama Asri yang menggunakan mesin masa yang dicipta dan kembali ke masa lalu supaya dapat memulihkan hubungan dengan kekasihnya,” ujarnya.

Menurut Umair, sebagai sebuah filem sains fiksyen, sebanyak 45 peratus babak dalam Antaramasa menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) serta menggunakan bajet yang besar dari segi penataan seni kerana melibatkan pembinaan set.

“Kami berharap filem ini dapat meningkatkan lagi minat terhadap penerbitan filem sains fiksyen dan juga memperluaskan lagi penggunaan CGI/VFX dalam filem-filem di negara ini. 

“Lagipun di Malaysia sebenarnya terdapat ramai tenaga kerja dalam bidang CGI yang amat berbakat dan kami juga adalah peminat filem sains fiksyen,” jelasnya.   

Sambung Umair lagi, Lux Ambiance juga sedang merancang program bersama Ikhlas.com untuk menyalurkan sebahagian daripada keuntungan filem Antaramasa  bagi membantu mereka yang amat memerlukan dan terjejas dengan keadaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) sekarang. 

Sementara itu, Ramdan selaku pengarah pula menyatakan idea pembikinan filem ini timbul pada tahun 2014 dia mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan skrip.

Menurut Ramdan, pembikinan filem berkenaan agak mencabar daripada peringkat awal, termasuk bermula sejak penghasilan skrip lagi.

“Tidak dinafikan filem ini sangat mencabar, baik dari segi skrip, ketika penggambaran sehinggalah pasca produksi.

“Misalnya, saya perlu mengkaji banyak teori fizik kuantum dan theoretical serta merujuk banyak sumber-sumber berkaitan teori pengembaraan masa untuk mencari teori yang paling sesuai untuk dijadikan landasan dan peraturan dalam filem ini,” katanya.

Jelas Ramdan lagi, kekangan bajet untuk menghasilkan sebuah filem sains fiksyen serta keadaan cuaca yang tidak menentu juga merupakan satu cabaran buat produksi.

“Boleh dikatakan pelbagai perkara yang terpaksa dilalui, termasuk kekangan masa dan bajet untuk menyiapkan filem ini. 

“Malah, sepanjang penggambaran cuaca sering tidak mengizinkan apabila hujan lebat turun hampir setiap hari di semua lokasi. Sehinggakan kami terpaksa merakam satu babak benar-benar di dalam hujan,” jelasnya.

Dia juga menjelaskan bahawa penggambaran Antaramasa telah berlangsung selama 24 hari di beberapa buah lokasi seperti sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Nilai pada tahun 2014.

Mengulas mengenai penampilan istimewa Aziz M. Osman dan Aleeza Kasim pula, Ramdan memberitahu Antaramasa tidak ada kaitan dengan filem XX-Ray 2.

“Sebenarnya kami cuba membina filem ini dalam semesta yang sama dengan filem XX-Ray 2. Setelah mendapat persetujuan dari Aziz M. Osman untuk tampil dalam filem ini, kami menjejaki pelakon Aleeza Kassim yang ketika itu masih menetap di Belanda. 

“Setelah berjaya menghubunginya, dia berminat dan bersetuju untuk terlibat dan dia sanggup pulang ke Malaysia semata-mata untuk berlakon dalam filem ini,” ujarnya.

Filem Antaramasa  telah pun berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 1 Julai 2021 dan untuk melanggan sila ke saluran 480 atau boleh juga boleh distrim di Astro Go atau On Demand.

 

SINOPSIS

Antaramasa mengisahkan Asri, seorang sarjana dalam bidang sains fizik telah membina sebuah mesin tenaga abadi, iaitu mesin yang tidak akan habis menjana tenaga tanpa menggunakan bahan mentah.

Tanpa disedari, mesin ciptaanya itu juga mampu membawa Asri kembali ke masa lalu. Kemudian, dia menggunakan mesinnya itu beberapa kali untuk kembali ke masa lalu bagi memulihkan hubungannya dengan kekasihnya iaitu Malisa.

Setiap kali Asri kembali ke masa lalu, setiap langkah dilakukan untuk mengubah nasibnya, Asri mengubah sejarah hidup bukan saja untuk dirinya tetapi untuk seluruh garis masa alam yang sentiasa menghalang cintanya.

Tanpa disedari, Asri telah mencipta sebuah paradoks masa dan dunianya sudah berubah. Persoalannya, adakah Asri mengubah garis masanya sendiri ataupun adakah semuanya takdir? - Getaran, 6 Julai 2021

Semua gambar: Astro First

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

Pelakon dan penyanyi itu memaklumkan Sarah Jasmine menghubunginya untuk memohon maaf kerana menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 20 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN