web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Festival Filem Malaysia ke-31 Bakal Diadakan Oktober Ini

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memaklumkan penyertaan untuk filem-filem tempatan yang ingin bertanding dalam Festival Filem Malaysia ke-31 dibuka secara rasmi bermula hari ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 7:59AM

Gambar : Laman sesawang KKMM.gov.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) bakal diadakan  Oktober ini dengan mempertandingkan 22 kategori melibatkan penyertaan filem cereka.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyertaan untuk filem-filem tempatan dibuka secara rasmi bermula dari 15 Jun sehingga 12 tengah hari 15 Julai depan.

“Terdapat tiga syarat uatama penyertaan iaitu ia mestilah filem cereka tempatan yang dikeluarkan di Malaysia dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bagi tahun 2018, 2019 dan 2020 bagi tayangan di Malaysia dalam  format DCP/35 mm/format digital dengan tempoh tayangan sekurang-kurangnya 60 minit.

“Selain itu filem berkenaan juga mestilah yang belum pernah menyertai siri Festival Filem Malaysia dan merupakan filem-filem yang ditayangkan dalam tempoh tiga tahun berkenaan sahaja,” kata Finas selaku penganjur rasmi Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31).

Selain pengeluar filem hendaklah mempunyai Lesen Pengeluaran Filem daripada Finas, bagaimanapun  bagi syarikat yang telah memohon tetapi lesen masih belum diperoleh, pemohon boleh memberikan nombor rujukan fail Finas yang berkenaan.

Menurut Finas  antara kategori yang dipertandingkan adalah filem terbaik, pengarah terbaik, pengarah harapan, pelakon lelaki terbaik, pelakon wanita terbaik, lakon layar terbaik, sinematografi terbaik, penyunting terbaik dan kesan khas visual terbaik. 

Butiran lanjut, syarat penyertaan dan muat turun borang penyertaan FFM31 boleh didapati menerusi pautan ini

Sebarang penyertaan boleh berhubung terus dengan Jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM31 menerusi talian 03-79682137 / 2110/ 1129 / 012-9155220 (Norasikin Salikin) / 011-23387665 (Mohd Farid Azlam) dan emel di [email protected], kata kenyataan itu.  -- Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penganjur George Town Festival Mohon Maaf, Tarik Balik Video Kontroversi

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN