web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Roh’ Menghantui Pawagam Amerika Syarikat

Film Movement mendapat lesen penayangan filem ‘Roh’ di pasaran Amerika Utara.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 9:32AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Roh, filem seram arahan Emir Ezwan akan ditayangkan di pawagam-pawagam Amerika Utara pada penggal suku akhir tahun ini. 

Menurut Pengarah Urusan Kuman Pictures, Encik Amir Muhammad berkata dia tidak sangka filem keluaran syarikatnya bakal ditayangkan di New York.

“Dahulu, salah satu pengalaman paling berpengaruh dalam kehidupan saya adalah semasa menonton filem-filem di panggung wayang di New York.”

“Semasa itu era ‘New Iranian Cinema’ baharu sahaja bermula dan saya menonton Gabbeh arahan Mohsen Makhmalbaf yang diputarkan di panggung wayang tetap, bersama filem-filem keluaran negara yang biasa kita kenali.”

“Walaupun rangka masa sekarang sudah berbeza dan pengedarannya juga berbeza. Siapa sangka filem keluaran kami juga bakal ditayangkan di sana?” kata Amir.

Buat peminat filem tempatan yang mahu menonton 'Roh', ia kini ditayangkan di Netflix
Buat peminat filem tempatan yang mahu menonton 'Roh', ia kini ditayangkan di Netflix

Filem seram keluaran Kuman Pictures ini melalui pengedarnya, Film Movement berjaya mendapatkan hak tayangan di pawagam-pawagan Amerika Utara, selain merancang untuk penayangan filem Roh secara maya dan platform digital.

Roh berkisarkan tentang satu keluarga daif yang menetap di pinggir hutan dan terputus hubungan dengan dunia luar. Pada suatu hari, seorang budak perempuan aneh hadir memberikan satu ramalan ngeri kepada keluarga tersebut. 

Filem yang telah disenarai pendek untuk penyerahan Oscar 2021 lalu ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Nam Ron, Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Puteri Qaseh dan June Lojong. Filem ini diterbitkan oleh Elise Shick, Shizreen Saleh dan Amir Muhammad sendiri.

“Rakan-rakan di bandar-bandar Amerika Utara yang merasakan mahu keluar dari rumah mereka hujung tahun ini, mari menonton (ROH)!” akhiri Amir gembira. – Getaran, 6 Jun 2021

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN