web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Serlahkan Kreativiti, Kongsi Imaginasi Hasilkan Skrip Filem

Kuman Pictures dengan kerjasama Red Communications anjur penulisan skrip filem seram.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 12:20PM

Poster pertandingan menulis skrip filem seram anjuran Kuman Pictures dan Red Communications.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda salah seorang yang penuh dengan imaginasi, meminati filem-filem seram dan memiliki bakat dalam penulisan skrip, apa kata anda sertai pertandingan menulis skrip anjuran Kuman Pictures dan Red Communications.

Mana tahu, mungkin naskah nukilan anda berjaya menambat hati kedua-dua produksi yang sememangnya sudah punya nama ini. Apa yang penting, skrip yang dihasillkan mestilah idea asli dan bukan hasil plagiat daripada mana-mana sumber.

 Berikut adalah syarat-syarat penyertaaan dan kriteria yang telah ditetapkan.

1. Skrip filem mestilah asli yang berlatarkan Malaysia untuk filem seram atau thriller dalam skala kecil.

2. Tiada had umur, kewarganegaraan atau pengalaman menulis diperlukan.

3. Skrip perlu ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris. Tetapi dialog harus ditulis dalam Bahasa Melayu atau Inggeris. Jika ada dialog dalam bahasa lain (Cina, Tamil, Kadazan, Iban, dan lain-lain) ia harus disertakan dalam kurungan.

4. Jumlah mukasurat mestilah di antara 70 hingga 100 halaman. Harus ikut format lakon layar yang betul dan dihantar dalam format PDF.

5. Cerita dalam genre seram atau thriller sahaja. Tidak semua filem seram perlukan hantu, dan tak semua filem thriller perlu aksi drift.

6. Saranan (bukan kemestian): tidak lebih 10 watak dan tidak lebih dari tiga lokasi utama.

7. Hanya seorang pemenang akan mendapat hadiah RM20,000 dan royalti 1 peratus daripada pendapatan filem ini di semua saluran. Kami juga mungkin akan umumkan senarai pendek.

8. Pemenang akan diumumkan pada Ogos 2024 dan penggambaran filem ini akan bermula pada 2025, diarah oleh Khairi Anwar.

9. Hakcipta setiap skrip yang dihantar adalah hak milik tetap dengan penulisnya.

Rahsia antara filem seram yang mendapat sambutan yang baik.
Rahsia antara filem seram yang mendapat sambutan yang baik.

Bagi yang berminat, anda boleh e-melkan lakonlayar dan sinopsis satu mukasurat, ke [email protected] selewat-lewatnya pada 31 Mei 2024. Selamat mencuba. – Getaran, 6 Januari 2024

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN