web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengarah Kecewa Filem Pagari Bulan Kurang Sambutan

Dalam satu ciapan di aplikasi X , Raja Mukhriz memberitahu beliau mendapat maklum balas yang positif tetapi kutipan di pawagam mengecewakan.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2023 9:10AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem Pagari Bulan, Raja Mukhriz Raja Ahmad, meluahkan rasa kecewa apabila filemnya tidak mendapat sambutan yang sewajarnya biarpun mendapat maklum balas positif daripada penonton.

“Dengan isu Palestin dan Israel, korang boleh tengok betapa kejamnya penjajah dan ini terjadi di Tanah Melayu dahulu.

“Jualan sangat tak ok. Sebagai pengarah ‘Pagari Bulan’, tidak kisahlah salah siapa pun berkaitan pemasaran dan promosi. Dah nasib kami. Mohon RT. Redha,” ciapnya.

Selain itu, Raja Muhriz berkata, syarikat produksi telah menyediakan bahan-bahan untuk promosi kepada pihak yang telah dilantik.

“Kami syarikat produksi menyediakan bahan bahan untuk promosi, dan melantik pengedar serta di bawahnya ada Primeworks untuk promosi media.

“Kami tak ada kupayaan dari aspek promosi dan pengedaran. Keduanya telah dilantik melalui penjajian menguruskan urusan ini,” katanya.

Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro, pengarah ini menegaskan beliau dan pihak produksi telah membuat yang terbaik untuk menghasilkan naskhah berkualiti, namun mengakui pihaknya tidak mempunyai kepakaran dalam aspek pemasaran.

"Saya tidak mahu menuding jari kepada pihak tertentu tapi apa yang saya nampak kelemahannya ialah dari aspek pengedaran dan promosi filem ini yang tidak sampai kepada khalayak. Promosi juga dibuat lewat selepas filem sudah nak habis tayang.

"Bagi saya pihak pengedaran dan promosi filem ini perlu ada strategi pemasaran untuk menarik penonton ke pawagam tanah air," katanya.

Tambahnya, beliau juga terkilan kerana jumlah tayangan filem Pagari Bulan telah pun dikurangkan oleh pihak pawagam walaupun baharu minggu pertama ditayangkan.

Getaran telah menghubungi pihak pengedar MIG Beats Sdn Bhd untuk penjelasan lanjut ini, namun mereka meminta untuk diberikan sedikit masa untuk mengeluarkan kenyataan memandangkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Teo berada di luar negara.

“Hai, kami dah laksanakan mengikut perjanjian yang dipersetujui. Untuk kenyataan yang lebih lanjut, maaf tidak dapat beri sebarang maklum balas kerana Mr David sedang berada di luar negara,” kata wakil pihak pengedar. – Getaran, 11 Oktober 2023


 

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 4 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN