web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malbatt : Misi Bakara Raih RM10.5 Juta Hanya Selepas 4 Hari Tayangan 

Filem ini diinspirasikan daripada kisah atau kejadian sebenar yang membabitkan pertempuran dua hari pada 3 Oktober 1993 di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2023 8:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Malbatt : Misi Bakara mencatat kutipan sebanyak RM10.5 juta hanya selepas empat hari ia ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 Ogos lalu. 

Jumlah kutipan ini dikongsi oleh GSC Movies menerusi platform media sosialnya pada Isnin.  

Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro, Ketua Pegawai Operasi GSC Movies merangkap Penerbit Eksekutifnya, Tung Yow Kong berkata, pihaknya bersyukur dengan sokongan luar biasa penonton terhadap filem itu. 

Setakat ini filem ini sedang ditayangkan di 160 pawagam di seluruh negara, termasuk tujuh di negara jiran, Brunei. 

Malbatt: Misi Bakara menampilkan Hairul Azreen sebagai bintang utama dengan disokong barisan pelakon hebat lain seperti Adlin Aman Ramlie, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Fauzi Nawawi, , Iedil Dzuhrie, , Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah dan ramai lagi. 

Filem ini diinspirasikan daripada kejadian sebenar membabitkan pertempuran dua hari pada 3 Oktober 1993 di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, yang tidak begitu diketahui ramai. 

Seramai 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995. 

Saksikan keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia. 

Malbatt: Misi Bakara diarahkan oleh Andrian Teh dan ia mencipta rekod sebagai filem termahal pernah dihasilkan karyawan tempatan, dengan kos pembikinan menelan RM20 juta. - Getaran, 29 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘Saya Kecewa Poster Filem Saya Tiada Di Booth Cannes,’ – Adrian Teh  Berharap FINAS Pentingkan Aspek Pemasaran Filem Malaysia 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN