web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Teruja Bawa Watak Aksi Yang Energetik Dan Taktikal, Mierul Aiman Berlakon W: Two World Tidak Pakai ‘Stuntman’

Jelas Meirul, dalam drama itu, dia turut melalui proses latihan menggunakan senjata dan pergerakan aksi selama sebulan supaya tidak kekok ketika penggambaran.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2023 3:00PM

Mierul teruja dapat beraksi dalam drama aksi sentuhan pengarah Yusry Abdul Halim. - Gambar Instagram Mierul Aiman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bakat baharu, Mierul Aiman nama yang semakin meningkat naik dalam bidang lakonan mengakui teruja apabila ditawarkan watak sebagai pengawal peribadi dalam drama aksi terbaru lakonannya, W : Two World.

Menurut Mierul, sejak kecil dia sudah memasang niat berlakon dengan watak aksi yang energetik dan taktikal.

“Filem aksi pertama yang saya suka menonton adalah Apocalypto. Ia menampilkan jalan cerita menarik lebih-lebih lagi watak hero itu sendiri menyampaikan mesej mengenai pengorbanan.

“Ia filem yang menyedarkan saya bahawa watak aksi adalah jiwa saya selain dapat mengembangkan bakat lakonan.

“Jadi, apabila saya mendapat skrip drama ini, saya membacanya sepintas lalu dan terus jatuh cinta kerana watak inilah yang saya tunggu selama ini,” katanya kepada Getaran.

Mierul sanggup ‘berkampung’ di gimnasium bagi mengekalkan berat badan yang ideal. - Gambar Instagram Mierul Aiman
Mierul sanggup ‘berkampung’ di gimnasium bagi mengekalkan berat badan yang ideal. - Gambar Instagram Mierul Aiman

Mierul berkongsi perkembangan itu ketika ditemui pada sidang media drama W: Two World di ibu kota baru-baru ini. 

Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman berkata, bersenam di gimnasium, berlatih tinju, menjaga pemakanan dan stamina adalah rutin dilakukan untuk drama aksi berkenaan.

Jelas Meirul, dia turut melalui proses latihan menggunakan senjata dan pergerakan aksi selama sebulan supaya tidak kekok ketika penggambaran.

“Kalau ikutkan, saya ‘berkampung’ di gimnasium, dan perlu menjaga rutin pemakanan bagi mengekalkan berat badan yang ideal dan pergerakan badan ketika berlakon agar ia berjalan dengan lancar.

“Banyak juga proses latihan menggunakan senjata dan pergerakan aksi saya lalui selama sebulan bagi memastikan aksi yang dilakukan nampak 'real’',” kongsinya.

Sementara itu, pelakon Projek : High Council itu turut memaklumkan dia melakonkan sendiri aksi ‘stunt’ dalam drama berkenaan.

Tambahnya, kesemua aksi dalam drama ‘W : Two Worlds’ itu adalah aksinya sendiri yang dilakonkan tanpa ‘stuntman’.

“Setakat ini saya tidak menggunakan ‘stuntman’ kerana saya mahu menggunakan tenaga dan semangat saya sendiri sementara masih ada kudrat.

“Bagi saya untuk dapatkan aksi yang terbaik, kena buat yang terbaik,” ujarnya.

Selain Mierul, drama adaptasi Korea yang diarahkan oleh  Datuk Yusry Abdul Halim itu turut diterajui Hun Haqeem dan Daiyan Trisha. - Getaran, 28 Jun 2023 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN