Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Minta Nasihat Darling Ngasri Untuk Terbit Filem Sulung, Jemputan Ke Neraka Filem Psiko Thriller Terbitan Anne Ngasri 

Filem bergenre psiko thriller seram yang diterbitkan di bawah produksi milik Anne iaitu AN Universal Sdn. Bhd dan dia telah melantik Darling sebagai penerbit penyelaras.

Filem & TV Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 10:31PM

Anne Ngasri (kanan) mendapat bimbingan daripada Darling untuk menerbitkan filem sulungnya 'Jemputan Ke Neraka'. - Gambar dari Darling Ngasri

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Datin Ngasriah Ngasri atau Anne Ngasri yang kini telah menceburi dunia politik dan keusahawanan mengaku meminta tunjuk ajar serta bantuan daripada kakaknya, Darling Ngasri dalam menerbitkan filem sulungnya, Jemputan Ke Neraka.

Filem bergenre psiko thriller seram yang diterbitkan di bawah produksi milik Anne iaitu AN Universal Sdn. Bhd.

Ini turut melibatkan campur tangan Darling apabila dia menggalas tugas sebagai penerbit penyelaras.

Anne Ngasri berkata kakaknya, Darling adalah mentornya sebab itu kakaknya dilantik menjadi penerbit penyelaras.
Anne Ngasri berkata kakaknya, Darling adalah mentornya sebab itu kakaknya dilantik menjadi penerbit penyelaras.

“Memang saya mengaku sebagai penerbit baharu saya mendapat banyak bimbingan dan tunjuk ajar daripada Darling sebab dia lebih berpengalaman dalam bidang penerbitan.

“Jika tanpa Darling rasanya sukar juga untuk saya menerbitkan filem kerana jadual kerja yang agak padat. Darling sememangnya seorang mentor saya dalam bidang penerbitan sebab itu dia menjadi penerbit penyelaras.

“Bukanlah tidak yakin dengan orang lain, tetapi kerana ini filem sulung produksi saya, jadi kalau boleh saya mahu semuanya mengikut kehendak dan piawaian yang ditetapkan. Darling sudah berpengalaman dan juga kakak saya, jadi dia tahu apa yang saya inginkan,” ujar Anne, 39.

Darling berkata Jemputan Ke Neraka sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.
Darling berkata Jemputan Ke Neraka sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

Sementara itu, Darling atau nama sebenarnya Nasreen Ngasri, 40, berkata, dia mencadangkan genre psiko thriller seram arahan Amor Rizan untuk filem pertama Anne kerana yakin genre sebegitu lebih mudah diterima penonton tempatan.

“Kebetulan, saya sudah lama bekerjasama dengan Amor Rizan dan dia juga banyak terlibat dengan drama-drama produksi Darling. Bahkan, Jemputan ke Neraka ini adalah karya yang sudah lama dia simpan. 

“Saya suka penulisan dan kerja Amor Rizan serta yakin dengan kualiti kerjanya. Sebenarnya ini juga filem pertama Amor, jadi bukan kami sebagai penerbit sahaja yang berdebar tetapi Amor juga,” tutur Darling.

Mengulas tentang judul filem Jemputan Ke Neraka yang dilihat agak berani, tegas Darling judul filem tersebut sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

“Alhamdulillah walaupun judul filemnya begitu ‘daring’, tetapi pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) telah mengklasifikasikan filem ini sebagai P13.

“Tidak ada babak yang dipotong sepanjang proses penapisan kerana kami memang berjaga-jaga agar  filem ini sesuai dengan penonton Malaysia. Sayanglah jika filem ini tidak dapat ditonton secara meluas,” kata Darling yang turut muncul sebagai pelakon cameo dalam filem tersebut.

Salah satu watak dalam Jemputan Ke Neraka.
Salah satu watak dalam Jemputan Ke Neraka.

Naskhah psiko thriller seram itu mengisahkan tentang sekumpulan bekas rakan sekolah menerima jemputan ke  perkahwinan misteri di sebuah sebuah banglo mewah.

Filem Jemputan Ke Neraka yang akan menemui penonton pada 22 Jun ini dibintangi oleh, Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Amy Nurtinie, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan dan Azhar Amir.- Getaran, 9 Jun 2023 

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 15 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN