Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


BIG STAGE 2023 - Penampilan Menarik Dan Peminat Yang Ramai Tak Mampu Selamatkan Meer Nash Daripada Tersingkir

Meer Nash menjadi mangsa penyingkiran yang ketiga selepas Isaac Woo dan Naufal Azril. Ketiga-tiga mereka mempunyai penampilan yang menarik serta peminat yang ramai, tetapi belum mampu memikat hati juri dari segi nyanyian.

Filem & TV Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 2:00PM

Meer Nash ketika menyampaikan lagu Rapuh. - Gambar Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya penampilan yang menarik serta mempunyai fan base yang kuat belum tentu dapat menyelamatkan peserta daripada tersingkir di pentas Big Stage 2023. Itulah yang terjadi kepada Meer Nash pada malam tadi.

Meer Nash yang menyampaikan lagu Rapuh daripada kumpulan Nastia menjadi mangsa penyingkiran yang ketiga untuk Big Stage musim kali ini selepas Isaac Woo dan Naufal Azrin. 

Meer Nash
Meer Nash

Menurut juri tetap iaitu Ajai, Meer Nash perlu menggunakan kelebihan yang dia ada iaitu pengikut yang ramai untuk mengembangkan lagi bakatnya selain perlu memperbaiki mutu nyanyiannya.

“Saya dapati banyak ‘flat’ dalam nyanyiannya. Kita tak naklah ‘superstar’ menyanyi ‘flat’. Dia sudah ada peminat yang menghargai dia biarpun nyanyiannya belum lagi betul-betul hebat. Bila dah ada orang hargai, guna peluang ini untuk belajar lagi dari segi vokal untuk memantapkan lagi nyanyian. 

“Bakat adalah satu anugerah. Tetapi kena gilap dengan ilmu. Bakat dan ilmu perlu seiring. Tak boleh menyanyi ikut hati sahaja. Kalau ikut hati sahaja itu yang boleh jadi ‘flat’ dan ‘sharp’. Kena ada ‘direction’ dan ada orang yang ‘guide’.”, katanya.

Barisan juri Big Stage 5 malam tadi.
Barisan juri Big Stage 5 malam tadi.

Kenyataan Ajai itu turut disokong oleh juri jemputan minggu keempat iaitu Datuk Syafinaz Selamat. Katanya penyanyi yang bagus seperti Nadeera juga masih ‘struggle’ untuk kumpul peminat. Tetapi Meer Nash sudah punya kelebihan dari segi itu. 

“Meer Nash disukai dan digilai ramai. Maknanya ‘kepala’ dia sudah keluar. Cuma dia perlu keluarkan bahagian lain dalam nyanyiannya. Itu sahaja yang dia perlu kerja kuat,” katanya.

Sementara itu bagi Meer Nash pula, dia tidak sangka akan tersingkir di minggu keempat kerana dia teringin untuk menyanyikan lagu Situasi daripada kumpulan Bunckface pada minggu kelima yang merupakan lagu kesukaannya. 

“Sebenarnya sejak tiga kali berada di kedudukan ‘bottom 3’, sudah pasti ada timbul perasaan yang akan tersingkir kerana ini adalah pertandingan. Tetapi tak sangka akan terkeluar minggu ini kerana lagu minggu dapat lagu kegemaran saya ketika zaman kanak-kanak. Tetapi tak ada rezeki. Saya terima,” katanya.

Meer Nash mengakui dia masih tercari-cari arah tuju muzik yang sesuai dengannya sebagai seorang penyanyi.
Meer Nash mengakui dia masih tercari-cari arah tuju muzik yang sesuai dengannya sebagai seorang penyanyi.

Ditanya adakah sukar perjalanannya di dalam pertandingan ini, Meer Nash mengakui terasa tekanan sebagai seorang peserta.

“Susah sebenarnya. Bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental. Makan kena jaga, ‘mood’ kena jaga. Perasaan gementar di belakang pentas tu hanya tuhan sahaja yang tahu. Tetapi inilah yang saya mahukan. Untuk keluar daripada ‘comfort zone’.

“Bila syarikat rakaman tanya saya sama ada saya nak sertai Big Stage 2023, saya terus kata nak. Sebab saya nak belajar. 

“Saya tahu saya bukan penyanyi yang boleh masuk pertandingan. Bukan seperti Whitney Houston yang merupakan penyanyi bersuara hebat. Tetapi saya cuba untuk mengutip pengalaman. Sepanjang empat minggu ini banyak yang saya belajar. Itu yang paling penting buat saya,” kongsinya. 

Kata Meer Nash lagi, dia masih tercari-cari arah tuju muzik yang sesuai dengannya sebagai seorang penyanyi.

Menurut juri tetap iaitu Ajai, Meer Nash perlu memperbaiki mutu nyanyiannya lagi.
Menurut juri tetap iaitu Ajai, Meer Nash perlu memperbaiki mutu nyanyiannya lagi.

“Saya dah cuba macam-macam. Tetapi saya belum jumpa lagi apa yang saya sangat selesa. Kalau tanya apa jiwa saya, saya suka lagu balada. Lagu balada Indonesia. Kerana saya suka menonton Indonesian Idol. Mungkin anda lihat saya lebih ke arah Kpop. Tetapi saya suka lagu Korea yang jiwang.” Ujarnya. 

Berikut merupakan kedudukan setiap peserta berdasarkan jumlah markah yang diberikan oleh juri tetap dan juri jemputan ;

Waode (91.67 peratus), HoonDoo (91.33 peratus), Putera Muhammad (82.33 peratus), Nadeera Zaini (82 peratus), Puteri Khareeza (52.67 peratus), Dem Lepak Boyz (51), Aufahanie (50.67 peratus), Coex (49.33 peratus), Firdaus Rahmat (46.33 peratus), Meer Nash (45.33 peratus), Farhan Shah (42.67 peratus).  – Getaran, 29 Mei 2023

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 20 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 15 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Muzik 23 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN