web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Kembali Untuk Edisi Ke-35, Membawa Tema 'Ekspresi Legasi Seni'

ABPBH kembali untuk edisi ke-35 di mana anugerah ini bakal menentukan populariti artis tempatan hasil undian peminat sekaligus bakal menyaksikan seorang daripada artis tanah air akan dinobatkan sebagai artis paling popular.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 2:00PM

Menghangatkan pentas industri kreatif pada fasa peralihan endemik COVID-19, anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini mengangkat tema 'Ekspresi Legasi Seni' - Gambar Media Prima

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas setahun berehat, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kembali lagi  untuk edisi yang ke-35 demi mengiktiraf populariti artis tanah air.

Menghangatkan pentas industri kreatif pada fasa peralihan endemik COVID-19, anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini mengangkat tema Ekspresi Legasi Seni.

Terus relevan sebagai acara hiburan pilihan peminat No. 1 sejak 1987, Ekspresi Legasi Seni membawa peminat menelusuri evolusi industri kreatif bermula dari era kegemilangan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma hingga bakat pelapis era digital.

Membawa perubahan selaras minat dan aspirasi Gen Z yang menjadi kelompok sasaran utama, ABPBH 35 memberi pengiktirafan kepada anak muda dalam meningkatkan potensi diri serta berkongsi bakat dan nilai positif dalam menggapai kegemilangan.

Ekspresi Legasi Seni memberi interpretasi terhadap usaha berterusan penggiat seni dalam menghasilkan karya tanpa sempadan, namun, tidak mengabaikan jati diri dan menjadikan bintang legenda serta artis ternama sumber inspirasi.

Simbolik Pelancaran ABPBH35 yang berlangsung di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur
Simbolik Pelancaran ABPBH35 yang berlangsung di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur

Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, ABPBH 35 kembali merancakkan industri kreatif tempatan bagi mengiktiraf sumbangan insan kreatif dalam pelbagai medium dan platform popular, sesuai dengan fasa peralihan endemik COVID-19.

“Selepas penggiat industri kreatif melalui detik sukar sejak penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan sebahagian besar daripada anak seni hilang sumber pencarian, kira-kira tiga tahun lalu, penganjuran ABPBH 35 diharap dapat merancakkan lagi pembangunan industri seni.

“ABPBH 35 sekali lagi berbesar hati memberi mandat kepada peminat yang selama ini cukup setia memberi sokongan kepada artis, selebriti dan pengkarya seni, untuk memilih bintang pujaan masing-masing dalam pelbagai kategori dipertandingkan.

“Sokongan tidak berbelah bahagi peminat kepada pembangunan industri seni menjadi nadi penggerak dan talian hayat untuk sektor kreatif terus berkembang, termasuk pengkarya dan sumber tenaga lain lain yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam landskap seni kreatif tempatan.

“BH teruja dapat membawa ABPBH 35 yang sudah menjadi acara sinonim dalam mengukur kecemerlangan artis dan penggiat seni tempatan. Ini membolehkan pengiktirafan selayaknya diberi kepada anak seni yang bukan sahaja berbakat, malah mempunyai visi untuk membawa karya dan kepakaran mereka lebih jauh dalam era digital,” katanya.

Shamsul Azree bersama penaja utama di atas pentas
Shamsul Azree bersama penaja utama di atas pentas

Katanya lagi, sebagai penganjur anugerah berprestij, ABPBH mahu terus berevolusi dengan edisi ke-35 memberi fokus utama kepada bakat pelapis yang meneruskan kecemerlangan bintang legenda dan tersohor era lalu, dalam menyajikan hiburan dan berkongsi kreativiti bersama peminat, demi kemajuan sektor kreatif tempatan dan antarabangsa.

Seiring kematangannya, ABPBH 35 membawa kelainan seperti memperkenalkan nama baharu untuk beberapa kategori dipertandingkan, sesuai dengan perubahan landskap industri kreatif dan cita rasa kelompok sasaran iaitu Gen Z. Selain Kategori Utama, Kategori Ekstra! membolehkan peminat membuat pilihan dalam tujuh kategori popular bersifat semasa dan ‘trending’, termasuk kandungan popular platform digital.

ABPBH 35 menyenaraikan calon yang mematuhi syarat asas ditetapkan Jawatankuasa Penganjur ABPBH 35 termasuk penilaian Lembaga Juri ABPBH 35, membabitkan artis atau selebriti yang menghasilkan sekurang-kurangnya satu produk fizikal termasuk rakaman atau kandungan digital yang memenuhi kriteria mengikut kategori disaingi, bagi tahun pencalonan 2021 dan 2022.

Membariskan 12 kategori di bawah Kategori Utama dan tujuh (7) Kategori Ekstra!, peminat boleh mengundi artis pilihan bagi peringkat Top 20 mulai 12 Mei 2023 sehingga 11 Jun 2023 menerusi laman web ABPBH 35 di www.abpbh.com.my. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma ataupun pakej langganan BH digital.

Barisan artis yang hadir ke sidang media
Barisan artis yang hadir ke sidang media

Pada malam kemuncak ABPBH 35, sebanyak 12 kategori utama dipertandingkan iaitu BBNU Lelaki Popular, BBNU Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Turut dipertandingkan adalah tujuh Kategori Ekstra! iaitu Couple Drama Popular, Couple Filem Popular, Drama Popular, Lagu Paling Boom, Content Creator Popular, TikTokers Popular dan Video Viral Popular.

Magis malam kemuncak ABPBH 35 yang dibawakan penaja utama, produk kesihatan wanita terkemuka Jelly Ajaib Bellrossa, keluaran Fellera, akan disiarkan secara langsung di saluran TV3 dan Strim Live HD di Tonton, termasuk YouTube TV3 dan BH pada hari Jumaat, 21 Julai 2023. – Getaran, 15 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...