web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Big Stage Minggu Pertama – Rina Nose Gandingan Kak Lina, Duo Korea Muncul Juara, Naufal Azrin Berimej Seksi

Konsert Big Stage 2023 minggu pertama menyaksikan banyak kejutan yang berlaku membabitkan hos, peserta dan juri.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 4:10PM

Pelbagai aksi konsert pertama Big Stage musim kelima - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert minggu pertama Big Stage 2023 telah berlangsung pada malam Ahad lepas di mana menyaksikan banyak kejutan menarik membabitkan hos, peserta dan juri.

Selebriti dan pempengaruh terkenal dari Indonesia iaitu Rina Nose telah dipilih menjadi hos bersama Elly Mazlein untuk musim kelima ini. 

Rina Nose telah dipilih menjadi hos bersama Elly Mazlein untuk musim kelima ini
Rina Nose telah dipilih menjadi hos bersama Elly Mazlein untuk musim kelima ini

Tiga peserta antarabangsa dari Singapura, Indonesia dan Korea Selatan turut diperkenalkan buat pertama kali pada konsert ini.

Mereka ialah Farhan Shah mewakili Singapura, Maode mewakili Indonesia dan duo Hoondoo mewakili Korea Selatan.

Tiga peserta antarabangsa dari Singapura, Indonesia dan Korea Selatan turut diperkenalkan buat pertama kali pada konsert ini
Tiga peserta antarabangsa dari Singapura, Indonesia dan Korea Selatan turut diperkenalkan buat pertama kali pada konsert ini

Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai kembali ke kerusi juri tetap sambil ditemani oleh penyanyi dan komposer popular masa kini, Aina Abdul. Pelakon jelita, Nora Danish pula dipilih sebagai Presiden Netizen dan penyanyi Lah Ahmad diundang sebagai juri jemputan. 

Barisan juri Big Stage musim kelima
Barisan juri Big Stage musim kelima

Seramai 13 peserta telah menunjukkan bakat mereka di pentas Big Stage di mana ada diantaranya merupakan pertama kali membuat persembahan di pentas besar seperti ini.

Antara yang mencuri tumpuan tentunya penyanyi bertubuh genit yang popular dengan lagu 'Casablanca' iaitu Naufal Azrin. Naufal tampil dengan imej seksi memakai sut berwarna merah yang mendedahkan bahagian dadanya. Persembahan Naufal turut mendapat pujian daripada barisan juri. 

Naufal Azrin
Naufal Azrin

Begitu juga dengan kumpulan Coex yang terdiri daripada lima orang gadis cantik. Menyampaikan lagu 'Pink Venom' daripada kumpulan Blackpink, kumpulan ini mendapat sorakan gemuruh daripada penonton di dewan MBSA. 

Coex
Coex

Kehebatan duo Hoondoo menyampaikan lagu 'I Will Go To You Like The First Snow' daripada Ailee telah berjaya memikat hati juri sehingga muncul sebagai juara untuk konsert yang pertama dengan jumlah markah sebanyak 81 peratus.

Hoondoo
Hoondoo

Malang buat peserta dari Singapura iaitu Farhan Shah yang menyampaikan lagu 'Sesuatu Janji' daripada Taufik Batisah apabila dia mendapat markah tercorot sebanyak 37 peratus menyebabkan dia disingkirkan pada minggu pertama.

Farhan Shah mendapat markah tercorot sebanyak 37 peratus, menyebabkan dia disingkirkan pada minggu pertama
Farhan Shah mendapat markah tercorot sebanyak 37 peratus, menyebabkan dia disingkirkan pada minggu pertama

Namun ada kejutan yang diumumkan pada penghujung rancangan. Setiap juri diberikan kuasa ‘imuniti x’ iaitu mereka boleh menyelamatkan peserta yang tersingkir, tetapi perlu menyingkir peserta lain yang berada di kedudukan tiga terbawah .

Ajai dan Aina Abdul membuat keputusan untuk tidak menggunakan kuasa imuniti x itu kerana berasa ia adalah satu keputusan yang kejam. 

Di saat Farhan mahu melangkah pergi meninggalkan pentas Big Stage, Elly Mazlein mengumumkan bahawa tiada penyingkiran di minggu yang pertama. 

Ditanya apa yang membuat Hoondoo muncul sebagai juara untuk konsert minggu pertama, kata Ajai kedua-dua penyanyi ini berjaya memahami persembahan mereka sejak dari rangkap pertama. 

“Kombinasi suara mereka sangat bagus. Tetapi kita tak dengar lagi bagaimana mereka menyanyikan lagu rancak. Kita hanya menjurikan mereka berdasarkan persembahan malam ini,” katanya ketika ditemui di sidang media. 

Ajai
Ajai

Ditanya kenapa Ajai memberikan markah yang tinggi buat kumpulan Coex iaitu sebanyak 78 peratus, kata Ajai kumpulan ini mempunyai ‘attitude’ tersendiri.

“Saya pernah terbitkan kumpulan penyanyi sejak dari zaman 90-an lagi. Rata-ratanya ia tentang setiap individu punya ‘presentation’. Kita cepat ingat karakter masing-masing. Coex punya persembahan bukan sahaja menunjukkan apa yang kumpulan mereka boleh tonjolkan, tetapi apa yang setiap seorang daripada mereka boleh tonjolkan. Mereka berjaya menyanyi dalam masa yang sama menari. Itu perlukan usaha yang sangat besar,” ujarnya. 

Bagi Aina Abdul pula, dia melihat peserta Big Stage musim kelima ini terbahagi kepada dua kategori iaitu vokalis dan penghibur. 

Aina Abdul
Aina Abdul

“Saya teruja untuk lihat persembahan pada minggu kedua. Untuk minggu pertama ini saya ‘play easy’ tapi bukan bermaksud kita menjuri sambil lewa. Kita baru nak kenali mereka. Tekak pun masih baru nak warm up,” katanya. 

Berikut adalah kedudukan setiap peserta di minggu pertama hasil gabungan markah juri profesional dan undian penonton.

Hoondoo (81 peratus), Coex (78.6 peratus), Waode (76.7 peratus), Naufal Azrin (75.7 peratus), Aufahanie (75.3 peratus), Putera Muhammad (72.33 peratus), Nadeera Zaini (71.3 peratus), Dem Lepak Boyz (66 peratus), Firdaus Rahmat (64 peratus), Puteri Khareeza (62 peratus), Isaac Voo (56.33 peratus), Meer Nash (51 peratus), Farhan Shah (37 peratus). – Getaran 8 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sejurus Tamat Konsert Akhir Big Stage, Hoondoo Terus Pulang Ke Korea Kerana Masalah Visa

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Datuk Syafinaz Selamat Rayu Rakyat Malaysia Sokong Bakat Yang Bagus Agar Tidak Lenyap Daripada Industri

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN