web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Atu Zero Akui Mencabar Bertutur Dalam Bahasa Melayu Baku Bagi Filem ‘Sumpahan Malam Raya’         

Menurut Atu,  membawakan watak sebagai Syawal dalam filem komedi seram tersebut sememangnya agak mencabar lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjadi lebih serius dan banyak bermain dengan emosi.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 6:00PM

Atu berkata, pertuturan dialek Sabahnya terlalu pekat sehingga menyukarkan dirinya untuk menggunakan bahasa Melayu baku. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah sekian lama menceburkan diri dalam bidang lakonan, pelakon dan pelawak Atu Zero mengakui teruja apabila buat pertama kalinya dia diberikan tanggung jawab memikul watak utama dalam filem, ‘Sumpahan Malam Raya’ arahan Prof A Razak Mohaideen.

Jelas Atu lagi, membawakan watak sebagai Syawal dalam filem komedi seram tersebut sememangnya agak mencabar lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjadi lebih serius dan banyak bermain dengan emosi.

“Alhamdulillah, saya sangat teruja apabila sekali lagi dapat bekerja dengan pengarah A Razak Mohaideen selepas kali pertama membintangi filem ‘Shift Malam Raya’.

“Kali ini, saya diberikan watak utama dan saya akui ia sangat mencabar. Saya dah terbiasa ‘over acting’ tapi kali ini saya kena tone down sedikit. Disebabkan itu, saya hampir jadi murung kerana itu bukan diri saya.

“Saya juga sudah biasa dengan permainan pentas tapi kali ini pergerakan saya agak terbatas kerana shot kamera kecil. Namun, saya gembira selepas melihat hasil akhir filem tersebut,” katanya kepada Getaran.

Jelas Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif, 31, ini lagi, bertutur dalam bahasa Melayu baku turut menjadi cabaran utama dalam proses penggambaran filem berkenaan.

Atu berkata, pertuturan dialek Sabahnya terlalu pekat sehingga menyukarkan dirinya untuk menggunakan bahasa Melayu baku.

“Saya tahu, dialek saya terlalu pekat dan tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahasa pertuturan watak utama sebuah filem. Tidak sesuai jadinya. Tidak semua penonton boleh faham dialek.

“Jadi, bila saya kena bertutur dalam bahasa Melayu  standard yang mengikut piawaian yang sepenuhnya, memang susah jugalah. Kena lalui proses rakaman juga. Memang mencabar menjadinya,” ujarnya anak kelahiran Sabah itu.

Selain Atu, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya Nora Danish, Danial Zaini dan Reen Rahim.

Filem ini juga turut menampilkan barisan artis-artis popular tempatan sebagai cameo seperti Datuk Yusri Abdul Halim, Datin Lisa Surihani, Ropie, Saiful Apek dan Rita Rudaini. - Getaran, 26 April 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu