web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Produksi Gagal Jelaskan Tuntutan Geran FINAS Bakal Disenarai Hitam

Setakat ini tiga daripada 47 individu dan syarikat produksi yang dikenal pasti menerima dana itu tetapi tidak menerbitkan filem, telah memulangkan semula dana tersebut kepada FINAS

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 5:15PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Individu dan syarikat produksi yang gagal menjelaskan semula tuntutan dana geran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan disenaraihitamkan daripada menerima sebarang bantuan agensi itu pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata setakat ini tiga daripada 47 individu dan syarikat produksi yang dikenal pasti menerima dana itu tetapi tidak menerbitkan filem, telah memulangkan semula dana tersebut kepada FINAS.

“Kami sokong tindakan FINAS mengeluarkan saman. Kesemua 47 pihak itu telah menerima surat tuntutan dan hanya tiga daripada mereka telah menjelaskan tuntutan berkenaan. Tindakan itu (membayar semula) membuktikan mereka mengakui kesalahan tersebut.

“Bagi mereka yang tidak memberikan apa-apa jawapan dalam tempoh masa diberi, FINAS akan meneruskan tindakan undang-undang dan bawa perkara itu ke mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sumbangan Baju Raya Sempena Program Cahaya Ramadan Bersama Telekom Malaysia (TM) di pusat beli belah Mydin Mall Kulai di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Yayasan TM Ainol Shaharina Shahar dan Pengarah TM Johor Md Naziruddin Abd Moez.

Teo yang juga Ahli Parlimen Kulai, berkata demikian ketika mengulas laporan mengenai FINAS saman 47 individu dan syarikat produksi setelah mereka didapati gagal menerbitkan filem menggunakan dana keseluruhan berjumlah RM20 juta.

Menurutnya tindakan tegas perlu diambil memandangkan dana yang diterima menerusi geran tersebut adalah duit rakyat yang bertujuan membantu produksi tempatan mengembangkan industri perfileman negara.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah meminta FINAS mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) berhubung pemberian geran kepada pemohon agar ia dapat ditambah baik sekali gus memastikan tidak lagi berlaku penyelewengan pada masa akan datang.

“Kerajaan tidak akan memansuhkan dana tersebut hanya kerana wujud penyalahgunaan, namun kami meminta mereka untuk melakukan penambahbaikan terhadap SOP pemberian dana itu,” katanya.

Terdahulu, Teo menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa kelengkapan hari raya bernilai RM200, masing-masing RM150 daripada Yayasan TM dan RM50 daripada Parlimen Kulai kepada 70 pelajar golongan B40.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Prof Dr Md Nasir Ibrahim dilapor berkata dana untuk menerbitkan filem sebanyak RM20 juta yang diberikan kepada 47 syarikat produksi di­dakwa diseleweng untuk kepen­tingan peribadi termasuk melakukan pengubahsuaian rumah dan percutian mewah.  - Bernama

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

15 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 16 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN